Thursday, October 29, 2009

Cliffhanger..

Salam,

Entah kenapa bila si Yuyee chop limau cerita pasal daki gunung Jerai maka aku teringat filem Sylvester Stallone...." Cliffhanger" ( BTW, Yuyee, ini baru dipanggil PANJAT GUNUNG..)
Bukan naik van secara aman damai tu..
Itu namanya Mount Surfing...kui kui

Filem ini filem lama. 1993.
Cerita action.
Kisah penyelamat kat gunung yang terpaksa berdepan dengan penjenayah.



Kisah runtuhan jambatan gantung di Kuala Dipang, Perak itu juga mengingatkan aku pada Opening Scenenya.
Well....aku tahu kejadian di Kuala Dipang itu tak der kena mengena ngan pendakian gunung yang merbahaya macam ni. Tapi risikonya tetap ada.

Aku tak boleh bayangkan macamana perasaan cikgu yang menyelamatkan budak budak seramai 19 orang dari dalam sungai itu.

Debaran pastinya ada..
Macam Opening Scene cerita ni juga...boleh MENGIGAU dibuatnya!!

By the way..korang nak tahu tak aku tengok filem ni time bila?
Aku tengok cerita ni first time dah sepuluh tahun selepas ianya ditayangkan.
Dalam tahun 2004, time aku naik FERI gi Langkawi.
Apa punya pakcik FERI buat promotion...
Sampai Langkawi, aku kirim salam sajalah sama itu CABLE CAR!!!
ha ha ha ha ha
Berani nak naik?
P/s Yuyee, pun begitu akak tetap terhibur dengan aksi Chef di Gunung Jerai itu..dalam cerita Cliffhanger ni, dia takdak pertandingan masak masak....ape ke hal panjat gunung tak makan kan? Where got energy?
sekian



12 comments:

kucingorengemok said...

NO WAY aku akan naik lagi cable car kat langkawi tu (atau di mana² jua anda berada)... dulu tu pun terjebak sbb gi sana lepas the 1st tsunami, masa tu takde orang langsung kat langkawi so takyah beratur, konon merebut peluang lah... GAYAT!!!

yuyee cap limau said...

kak kalu gunung tu mintak ampon mintak maap gua tak berani kak,maunyer fengsang tak bangun-bangun..hahaha

ala kak sekali sekala je naik van.haha masalah nyer masa nakk turun dari gunung jerai hari last tu saya memang tak join jalan kaki saya join geng naik van nikmat sungguh..hahahaha..

tau tak pe kak siap ada pertandingan memasak lagi,kelas gitu..KOG caner ngan masakan i??pro tak..

cHeRyNa PiReS said...

kat malaysia nieh canggih. semua ada. tanya prasarana apa yang takde. suma ada. macam2 ada...

tp yang takde maintenance jek;)

tasikmerah said...

gunung jerai? aku dulu pun pergi naik van. ha ha.



.

Hamirdin b Ithnin said...

kui ...kui tu apo?

yuyee cap limau said...

kak TAS
hahaha buat malu kat anak dara je..haha ops!!!kite sama lupe plak..haha

et said...

uuu..ku mabuk laut..x suke naek feri..huuu~~

ashley said...

KOG,
at least ko dak rasa..

aku sebenornya teringin juga.

tapi pakcik feri tayang filem ni masa nak pergi..terus cam ngigau jer..tak jadi.

Yuyee,
next destination, ko pergi gunung Ledang pulak...gi masak masak ngan PGL...boleh?

Cheryna,
tu yang selalu bermain dalam fikiran akak tuh!
maintainance HAMPEH!..
pembinaan pun banyak CILOK!
risiko tinggi!

ashley said...

TM,
kira rehat rehat jer kan?

Atuk Faris,
ish ish ish..
kui kui kui...
tanya UWAN yang tengah sibuk lilit bunga tuh.

ashley said...

Yuyee,
kira empat kali empat jer la..


et,
mabuk? ko muntah jer..bior bagi kerja sikit kat cleaner feri!
ha ha ha

DrSam said...

Terasa nak bercliffhanger masa kenduri sabtu ni. Ehem...boleh tolong email/forward sekali lagi tak maklumat tempoh hari ? Sori no...

ashley said...

Dr Sam,
ko nak bercliffhanger kat mana?
Rumah kakpah bukan atas gunung pun...