Thursday, October 08, 2009

KAMAR...

Salam,

Mengapa kaum pompuan kalau pi rumah kahwin mesti nak masuk tengok bilik tidur pengantin?
Biasalah ada katil, ada tilam dan ada bantal!
Lepas tu adalah cadar yg ada repol-repol tu!

Pertanyaan ini dibuat oleh seorang rakan blogger lelaki, of coz.

Aku nak jawab macamana ek?
Walaupun aku ini salah seorang dari kaum Hawa, bukanlah menjadi kemestian bagi aku untuk pergi ke rumah pengantin dan menjadi peninjau bilik tidur pengantin.
Pun begitu, aku tak menafikan bahawasanya memang ramai kaum sejenis dengan aku yang gemar masuk ke dalam rumah, melihat lihat around...especially ke kamar pengantin.

Kalau zaman 70-80 an, makcik makcik ni masuk menjengok bilik pengantin sebab nak tengok pengantin. Nak kenal pengantin..kerana zaman 70-80an, selalunya pengantin perempuan tak akan keluar dari bilik sehinggalah kedatangan pihak lelaki untuk disandingkan. Jadi bagi tetamu wanita yang datang awal, agak menjadi tradisi untuk menjengah pengantin perempuan di biliknya sekaligus melihat lihat keadaan bilik...
Gambar hiasan menunjukkan salah satu bilik pengantin..
Agak agak bilik pengantin mana lah ini?
he he he..
Jika dilihat keadaan hari ini pula, selalunya pengantin dari kedua dua belah pihak telah kenal mengenal antara satu sama lain sebelum hari perkahwinan lagi. Adakalanya juga jiran tetangga sekeliling juga telah mengecami kedua dua mempelai. Jadi alasan untuk 'nak kenal pengantin' tidak boleh diambilkira lagi. Tapi tradisi menjengah kamar pengantin tetap diteruskan.
Adakalanya Tuan Rumah sendiri yang dengan besar hati mempelawa para tetamu wanita untuk melihat lihat around....(especially kalau kamar itu dihiasi dengan GRAND AND TREND..ha ha ha)..dan oleh kerana dipelawa maka sudah tentulah bilik pengantin bertukar ganti pengunjungnya.
Sebab musabab ianya HANYA dikunjungi kaum wanita SAHAJA?
NAK JAWAPAN LAGI??
.
.
.
HEI!! ORANG POMPUAN kan sukakan kecantikan!! Masa ni la nak tengok yang indah indah!!
Kalau dah dapat anak berderet macam aku ni, mana nak CARI LAGI BILIK TIDUR SEINDAH kat atas tu!!
ha ha ha..
Tak da siapa teringin nak jengah TENGOK!!
KUT nak jengok masuk PUN, dah tertera kat pintu, NO ENTRY!!
kui kui kui..
Pun begitu sebagai pengantin lama, aku tetap mahukan kamar aku indah, bersih dan suci dari najis dan bau bauan yang KURANG menyenangkan..
Biarpun DAH AGAK lama menjadi PENGANTIN ini..
.
.
TAK PERLU lah ada rama rama, bunga bunga yang merimbun (YANG mungkin JADI SARANG NYAMUK), rambu rambuan di sekiling kepala katil..atau ROPOL ROPOL yang merimaskan.
.
.
.
Cukup sekadar bilik yang kemas dan effisian.
That's good enough for me.
smile
sekian

11 comments:

cHeRyNa PiReS said...

betul! pernah sha menjadi pengapit...pastu dihalau oleh makcik2 yang kurang asam,"eh, kau buat apa dlm bilik pengantin nieh? sibuk je org nak tgk bilik pengantin."

nak menitik air mata. tak tahukah mereka bahawa sha nieh la org yang tolong pengantin pakaii kasut?

nasib baik mak pengantin jawab,
"dia ni macam anak saya juga. nasib dia ada jadi pengapit...boleh tolong anak saya pakai kasut, tolong hidang dan pegang payung."

* bilik pengantin tpt gossip makcik2. makcik itu tak suka emak saya, dihalaunya saya pulak.

kesimpulan: saya nak kawen di masjid!

yuyee cap limau said...

kak ash
wowwww lawa snyer bilik tido tu
karer coklat lagi tu..my fav color..nak macam tu gak nnti kawen..haha..

kakpah said...

Bilik yana simpel je. Aku belikan katil yang paling simpel (katil kena tukar sebab sebelum ni katil bujang).
Langsir aku jahit sendiri - takde kerawang, cuma lngsir-lurus-orng bodo pun boleh jahit.

Nak tengok2 bilik pengantin? Takyah lah. Bilik kat atas. Buat penat lutut je nak naik tangga keh..keh..

Ko nak tau, minggu lepas bapak aku balik kampung kejap (hari yang kita meeting tu). Dia balik sini dibawaknya cadar dan alas pelamin masa aku kawin dulu. IMAJIN LA.... DAH 30 TAHUN. TASTE SUDAH BERUBAH MAAA...

Dia cakap pakailah masa yana kawin nanti. AYOYO.. MACAMANA MAU BIKIN MA..

Tijah said...

aku pun suka masuk bilik perantin kak. tp sbb nak cr ekon la. dapat sejukkan badan brg 15 menet jadi ahh...hehehe

lukmanw@gmail.com said...

Aik?

1 comment boleh jadi 1 posting ni?

Ni ada berpuluh-puluh comment lagi nak hantar!

Lukmanw

GPI SKSV said...

I guess.. this picture taken on August 2008.. on the northern state.. But, how you got this picture? I forgot whether you attended this function.. somehow, you should acknowledge the owner of this room..

(betoi ka ayat english ni..)

ashley said...

Cheryna,
makcik makcik ni memang cam gitu.
ko sabar je laaaa..
he he he...

Yuyee,
tak per..
bila Blackberry dah bersedia, ko boleh demand!!ha ha ha

kakpah,
wah...
Moyang Faris nak sejes bagi JIMAT KOS...
penuh kenangan LAMO nengok cadar dan lapik pelamin tu kakpah wei.
Atuk FARIS sengih sengih tak nengok CADAR lama tu?
NOSTALGIK! NOSTALGIK!
ha ha ha

ashley said...

Tijah,
ko selalu buat menda serampang dua mata..effisian betul la ko nih!!
he he he

LukmanW,
Tak per aaa..
boleh kepul kepul idea pula keluar..
ha ha ha

ashley said...

SKSV,
ho ho..ada la sikit sikit mistake tu..
.
.
Gambar tu cuma ditempek sebagai hiasan...
.
.
.
ke nak buat entry KHAS boh gambar pengantin sekali?
.
.
.
Amboooiii, letih je I lepak rumah PAK MERTUA I time tu!!Siap singgah makan CENDOL PULUT on the way back from pekan CHANGLOON..
Yo brader, I and my hubby ada lah datang bersama dengan beberapa orang anak.
Dari Bangi singgah Sungai Petani. Bermalam di situ sebelum keesokannya pergi ke rumah pengantin. You punya MEMORI kapuuut la!

kucingorengemok said...

kita orang kalau nak bilik cantik tumpang tidor kat ikea, hehehe >:)

[perasan tak bilik tidor kalau dalam majalah, takde tempat gantung tuala etc, dia orang lepas mandi air dry je ke?]

ashley said...

KOG,
dalam magazine tu pemilik nya stail sidai tuala dalam bilik AYOR..
pastu pakai baju kimono yang jenis cam TOWEL tu!