Monday, October 19, 2009

Mendiang PROF "SALEM" dan my 'ORCHID'

Salam,


Takk...tak...
dia bukan seorang Islam.
Sebab tu aku guna perkataan "Mendiang".

Dia dah lama mati.
Dia mati satu semester selepas dia ngajar kami.
Dan nama 'SALEM' itu tiada kaitan langsung dengan nama seorang penyanyi rock.
Dia adalah Prof yang ngajar English Composition.
Waktu kami di IU ( Shah ALAM).

Di kelasnya kami kena baca karangan...karangan...dan karangan..
Pastu terangkan..
Pastu jawab soalan kuiz.
Yang soalan KUIZnya hanya satu sahaja.
LEBIH TEPAT LAGI HANYA SATU PERKATAAN sahaja.

.

.

.

.

and either you got A
OR
you GOT F!!!

PENGSAAAANNN!!

Kenapa aku panggil dia dengan nama Prof "SALEM"?
Kerana rokok jenama 'SALEM' tak pernah lekang dari dua jarinya.
Dalam kelas, dalam ofis, di cafeteria...

ALWAYSSSSSS!!

Dia adalah seorang Prof yang mempunyai TEBIAT BURUK merokok dalam kelas!
Setiap hari dia akan masuk ke kelasnya dengan membawa secawan KOPI pekat dan sekotak "ROKOK SALEM".
PEROKOK TEGAR!!

Apabila habis kelas, aku akan pening lalat.
Tudung, baju kurung aku akan lekat bau rokok ini!

TSK TSK TSK..
( Untuk makluman...tahun 1985-1987 MASIH tiada peraturan LARANGAN merokok di kawasan kolej...)

Tapi untuk gred kelasnya aku bernasib baik.

Biarpun semua KUIZ yang diadakan di kelasnya aku dapat F, final gred yang aku perolehi dari kelasnya ialah B MENES!!
LEGAAAAA...

Sebab pada hujung semester itu, kami semua disuruh membuat satu karangan sepuluh muka surat.
Tajuk karangan : BEBAS...suka hati kami..tapi kena terangkan perkara/benda yang kami paling suka sekali in DETAILS...buat lah macamana sekali pun, janji sepuluh muka surat.

Dan dia akan jadikan kertas penulisan kami itu sebagai gred akhir sekiranya gred itu lebih baik dari gred kuiz kuiz kami. ( PADA AKU, OF COZ LA KENA BUAT YANG TERBAIK SEBAB AKU BERADA PADA SKALA METER F..HA HA HA)

Jadi masa ni la aku kalang pukang cari idea..
Nak buat topik apa...
LEKAS LEKAS LEKAS..
Nak buat lagu mana...
FIKIR FIKIR FIKIR...

....akhirnya aku buat topik mudah.
menda yang aku suka tengok, enjoy tengok, gemar nak tengok....

Cerita pasal bunga...
lebih spesifik, ORCHID laaaaaa!!!


Aku turun naik library ITM
( masa tu mana ada internet daaa..komputer pun had yang MONOCHROME LAGI..GEDABAK..tu pun kat LAB)

Pi Taman Bunga yang tak berapa nak bunganya kat Shah Alam waktu tu.
Cari orchid.Tangkap gambark guna kamera cikadak aku.
Then baru start menulis...

GRAMMAR? Minta tolong depa yang tera tera laaa..
Check tengok.

Dan walaupun tak dapat A (hanya B menes sahaja) tetapi TERSANGAT lebih baik la dari solid F!!

sekian

5 comments:

umi_e said...

ic... itu ceritanya :p

ibundo said...

aku ingat si 'salem' tu dah jadik frof pulak.

DrSam said...

memang kalau bersekongkol dengan spesies yang merokok ni, bukan setakat pening lalat tapi satu hari lekat bau tu kat satu badan. Dahlah tu...kering habis tekak dibuatnya. Ish....ish...

Brahim Nyior said...

Memang bau rokok boleh melekat di baju..

ASH said...

Umi_e,
he he he he..

Kakpah,
Ironinya...
Prof 'Salem' itu TELAH dijumpai mati seorang diri..setelah beberapa hari tak datang mengajor. Mati kat Mesia pulak tu.

DrSam,
Susah nak berenti rokok,kalau dah ketagih.

Berahimnyok,
Memang..
baunya pahitttt dan kelat..
boleh pening lalat...