Friday, October 30, 2009

Kolah di sekolah..

Salam,

Ini satu cerita lagi yang dipetik dari kawan aku. Patutnya kawan aku ni buat blog dia sendiri. Mesti best..sebab dia lagi pandai olah ayat. Aku suka baca cara dia tulis kat emailing group kami.
Cerita dia lagi kelakar giler..

Tapi dia bagi alasan tak reti nak buat blog. Satu lagi dia kurang ada masa nak mengadap computer. Hanya sekali sekala saja.....sebab anak dia pun merenyut macam anak aku. Cuma bezanya anak dia sorang sahaja pompuan. Yang sulong. Itu pun dia dah hantag pi asrama kat Kelantan. Yang lain jantan belaka!!
Kesian kat kawan aku ni..dok pekesah anak jantannya yang seramai enam orang itu!

(Makmie, kalau hang baca entry nih aku nak cuba olah balik jalan cerita yang hang karang dalam email dulu tu...ha ha ha)

Sewaktu aku belajar di sekolah menengah ( Sekolah Menengah Tuanku Syed Putra, Kangar dari tahun 1980-1984), kami selalunya terpaksa menghadapi keadaan di mana TERPUTUSNYA bekalan air. Kadang kadang pagi pagi lagi budak budak lelaki terpaksa pergi ke taliair yang berhampiran untuk mandi manda..( air di taliair itu baunya macam air LUMPUR, okay..sungguh tak best sekali!) tapi kami di asrama puteri sukar sekali berbuat begitu. ( memang tak dak siapa yang boleh buat..takkan nak berkemban kat taliayark kut)

Jadi untuk mengatasi masalah keputusan air maka pihak sekolah telah membuat kolah kolah yang agak besar untuk tadahan air. Ada 3 kolah besar yang bersambung di dalam WASHROOM dan juga kolah yang di bina sepanjang tempat shower di bilik air tingkat bawah. Selalunya bilik air tingkat 4, jarang sekali digunakan kerana air sukar untuk sampai ke tingkat atas. ( Bilik air tingkat 4 ni macam bilik SERAM jer tau...so spooky)

Kolah di washroom inilah yang paling kerap digunakan saban hari oleh semua pelajar perempuan di asrama kami. Ianya bukan sahaja tempat untuk membasuh pakaian tetapi juga tempat mandi manda secara terbuka dan beramai ramai...ha ha ha ( sila berkemban macam makcik makcik kat tepi sungai, okay)

Di kolah yang besar ini, air tadahannya cukup banyak dan kawan baik aku ni pernah menyatakan hasrat hatinya untuk melakukan sesuatu!
ha ha ha...cer teka?

Oh ye...seperti juga diri aku nih, kawan aku tidak pernah sekalipun menjejakkan kaki untuk masuk ke mana mana kolam RENANG semasa zaman kanak kanak. "Kolam renang" kami hanyalah taliair taliair berhampiran bendang yang airnya akan KEROH dan berselut selut apabila kami BERKUBANG!

Jadi korang tahu apa yang ada dalam kepala hotak kawan aku nih?
Ya benar...dia nak berKUBANG dalam kolah....errrr tapi bagaimana?..dan BILA?

Maka tricknya ialah pada satu hari di minggu minggu terakhir SPM, kawan baik aku dan dua sidekicksnya telah sama sama MENCUCI kolah ini.
Sesambil cuci KOLAH ini mereka pun mengambil peluang merendam rendamkan tubuh badan ala ala hippopotomus.
ha ha ha...

Cam best jer kan?
UNtuk tidak meninggalkan kuman kudis buta atau juga panau melepat kepada adik adik junior yang akan menggunakan air kolah itu di kemudian hari maka kawan kawan aku itu melepaskan air sebanyak NTAH BERAPA GELEN dari 3 kolah yang bersambung itu selepas kegiatan DUA DALAM SATU itu..

Weiiii....banyak OOOOOOOOO airnya...

sekian

p/s ....tapi dua sidekicks itu bukan aku TAU!

9 comments:

yayayuyee said...

kak kat ukm nie lagi sadis..
hari-hari student mandi bekas air mandian monyet...waaa patutla asyek menggaru je..monyet tu kan kak,die berenang dalam tangki,kalula ukm nie ada kolah kompem bukan kami yang mandi geng-geng diorang dulula..

yayayuyee said...

kak asal tak tido lagi kak??
nak wat tahajud cinta ke??hehe

kucingorengemok said...

kita takleh wade (bukan swim ok, kaki jejak lantai) kat swimming pool, automatik perangai keji datang - nak KENC!

cheryna zamrinor said...

ooo...pernah membuat ini ketika program tunas puteri time sekolah rendah. asrama tuh ada kolah so kitowang jump masuk dalam tuh ramai2...

best..sangat best...skang nieh pon rasa nak buat lagi:)

et said...

keh3..ingat dlu2 basuh kolah..abes lencun..smpi kne marah ngan cekgu..bising sgt..maen je lebey..keh3~

ASH said...

Yuyee,
kalau lumba renang ngan all that sepupu DARWINS...agak agak boleh menang tak?

Yuyee lagi,
hei..budak budak kena inesen..TAU!

KOG,
ko tak per sempat wade lagi..aku nampak kolam air je dah nak TER...

ASH said...

cheryna,
mesti malam kembong perut..telan air!

et,
ini suku sakat kawan kawan aku tu aper...
ha ha ha ha

Anonymous said...

ni sebijik macam kita n geng pernah buat dulu...
:)
tapi kita tak sekolah kat Kangar..
(kita=saya)

ASH said...

ibusinga,
akak rasa ko ni geng KOG ngan Tijah LAWA, betui tak?...ha ha ha..