Saturday, October 03, 2009

Gambar hero veteran.... Izzuddin 8084!

Salam,

Hari ni rumah aku kena serang...he he he
Dak aiiiihhh..!!
Hari ni rumah aku dihadiri oleh tetamu tetamu istimewa!!
Geng suami aku, ex Izuddin Shah 8084 ( sebuah sekolah menengah agama di Ipoh, Perak).
Aku dan suami hanya menyediakan rumah dan sedikit JUADAH.
(agak ketag juga sebab mula mula depa kata nak mai 1o orang jaaa..pastu tetengok hampir double the number)
Yang meng organize kan pertemuan ini ialah LukmanW, rakan suami cum blogger yang aktif http://orang kecilorangbesar.blogspot.com


Depa sembang sembang PONG PANG PONG PANG!! BESA la kan.
Dah lama tak jumpa.
Aku dok dengark suami aku kuk kik, kuk kik gelak..

ha ha ha.....
mujurk aku dah jumpa geng sekolah aku tempohari tu.

terima kasih Lukman dan kengkawan..sebab aku tau, husband aku TERUJAAAA bagai nak ghak.

On the other hand, aku dok bersabok to make sure everything UNDER controlled...
( ye la..dah budget makanan untuk 10 orang saja..pejam mata la bila tengok sambal ikan bilis untuk nasi lemak dalam sekelip mata dah langsai!! sorrrrryyyyy..)
HARAP NYA TAK ADA YANG TERKEMPUNAN!!




Walaubagaimanpun yang lebih penting pertemuan ini dapat merapatkan UKHUWAH kawan kawan my hubby, hopefully.



Okay, keterangan gambar?
errrrrrrr...aku kenai muka Daud, Lukman, Che Azhar dan Faisal Azni..
baru berkenalan tadi, Mazlan, Syed, Faisal (jeddah/MONTEL??..nickname glemer kata suami), Abu..
Lain lain ..tak cam la! Sorry.

Harapan aku agar lain kali, mereka ini akan dapat datang one family by one family ke rumah so that aku dapat kenai dengan lebih dekat lagi keluarga mereka.
especially kawan yang tolong anjurkan pertemuan ini...LukmanW!


sekian




8 comments:

Brahim Nyior said...

Salam kak,

SIS memang mantap 'Old Boys'nya.

Yg pakai baju Man U tu, sapa? Dia ada minat yang sama dengan saya, Man U fans,...hehehe..

Kak, jumpa kawan lama, tentu banyak benda nak disembang, kalau diorang buat 'reunion' di warung mamak, saya ingat sampai 2 pagi pun belum tentu balik rumah. Banyak benda nak dikongsi..

Mujur buat di rumah kak, tapi penat sikit lah...

lukmanw@gmail.com said...

Salam Berahimnyior

Mmg asal nak buat kedai mamak shj. Sebelum ini dua kali buat kedai tom yam shj - itu sampai 3 pagi dan turut dihadiri oleh Shaif, suami Hidayah!

Tadipun dekat 1 1/2 jam sembang di Stesen Minyak Petronas UKM/Niosh tu.

Salam Hidayah

Maaf saya bagi figure asal 10 org! Geng datang 15 belum campur 2, 3 dengan keluarga.

Emailkan gambar-gambar yang diambil ke lukmanw@gmail.com. Gambar yg saya ambik flash tak cukup kuat!

lukmanw@gmail.com
http://izzuddin8084.blogspot.com/

ASH said...

brahimnyok,
MANTOP tu ada banyak maksud...
tubuh badan bmantop pun tu kira betul juga tuuu..
.
.
.
dulu depa pi sembang kat kedai TOM YAM, husband sampai ghumah pukui dua pagi..
tunggu lolap, tunggu lolap..tak balik balik lagi!
MUJURK akak ni jenis yang faham

smile!!


LukmanW,
Dah faham sangat dah bab bab pertemuan ngan kengkawan lama ni.
Geng SMTSP tempohari siap sewa bilik untuk lepak....

Tak tidur semalaman..buat macam back to school once again( tapi saya tak dapat joint untuk bermalam sebab ada anak kecil kat rumah. Kalau tidak...mahu juga bersengkang mata bersembang sakan)

Unknown said...

Salam

Kebetulan ada cerita kenangan tahun 1984 di NST hari ini 4-Okt-09 (pg 24) berkaitan Lukman dan Abu Haniffah.

Lawat http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/

Lukmanw

anjang said...

inilah senior-senior aku dulu, ada yang ganas, ada yang lembut. Che azhar aku masih ingat lagi mukanya, yang lain-lain aku tak berapa cam, maklum la banyak yang aliigment dah lari ni

ASH said...

LukmanW,
dah baca kisah tu..suami kata kami nak kena pergi rumah Abu kat Semenyih juga.

anjang,
tahun bila kat izzuddin?

Apai said...

Salam Bro. Saiful dan isteri, terima kasih diucapkan atas kesudian menerima kunjungan kami pada hari Sabtu lepas. Walaupun saya dan rakan batch paling junior pada hari tu, seronok dapat kenal abang-abang yang lebih senior. Macam-macam cerita yang dapat kami kongsi.

Terima kasih sekali lagi.

ASH said...

Apai,
terima kasih kerana sudi datang..lagi kali boleh le singgah rumah dengan keluarga sebab dah tahu!