Tuesday, October 27, 2009

Cikgu, bila peksa?

Salam,

Ada dua tiga orang mak pelajar 5 tahun yang tanya soalan nih..
Aku rasa macam nak gelak jer..
.
.
.
.
Gamaknya mana pergi la surat jadual peperiksaa yang dikirimkan dan dimasukkan dalam beg budak budak nih.
Samada mak tak tengok dalam beg anak atau dah jadi kapalterbang kertas melayang masuk longkang.
Dah dua minggu lebih peperiksaan berlalu...
Hari Konvo 6 tahun pun dah selesai.
Tuan punya tadika sudah berkira kira nak mengahwinkan anaknya pula.
ha ha ha..

Seminggu dua ni aku siapkan buku laporan murid dan menyelesaikan buku buku latihan untuk diberi pada mak ayah nanti.
Dan bagi anak anak lima tahun yang nak meneruskan pelajaran ke 6 tahun pula, sila confirmkan tempat semula.
Takut nanti, tempat anda diambil orang.
Aku rasa ramai yang nak naik semula.
Lebih kurang 1o orang dah pulangkan borang yang diedarkan.
Yang lain kena tanya semula...
Takut takut borang jawapan tak sampai ke tangan ibu bapa.
Takut takut jadi kapal layar pula..
ha ha ha ha

Nanti bila dah saat akhir baru kelam kabut mak dan ayah..
Hmmmm...

okaylah itu saja.
Nak gi makan nasi..
Lauk?.....ayam bakar, sayur cendawan, sambal dan ulam PETAI!!
byeeeeeee...pastu solat pastu nak MEGHOLOH!!

sekian.

7 comments:

kucingorengemok said...

ooo dia keluorkan bahasa dia pulak ye - megholoh tu apa? hehe. ngorok ke?

ASH said...

Megholoh tu tidur MENDENGKOR DENGKOR..
ngeh ngeh ngeh ngeh..
NGOROK tu menda pulok?
ha ha ha ha..

Insyirah said...

Bestnya kalau dapat megholoh. Hehe.

anjang said...

lama tak dengor perkataan megholoh tu.

ASH said...

Insyirah,
cuba trymtengok MENGHOLOH sekali sekala kat ofis tu...
ha ha ha

anjang,
Weehhh...dok kat Peghak pun tak der sapa guna ker?
menunjukkan betapa tekunnya cikgu cikgu di sana...
errr cuba try mengholoh kat surau sekali!!
agak agak apa jadi?
ha ha

Nik Ha said...

lama tak dgr word tu..he..he..dulu roomate org perak ;)suka la kat or g perak tatau kenapa, ada aura tersendiri kot..he..he..sib baik kawin dgn org kelate jgk..ops!shhhh!

sy time balik letih2 ada jgk telepas nak kelebek beg Qaiyum.nak hrp dia bgtau takleh la,maklumla dk hingusan lg..he..he..mak la kena proaktif kan. Mak qaiyum dah bg reply slip nak stay aulad thn dpn kan?ingat2 lupa lak

ASH said...

NIK HA,
errrr..roomate tu mesti rajin BERLABUN..tu ang ada AURA tuh.