Tuesday, October 13, 2009

Ajaklah anak mewarna..secara online!

Salam,

Melayari internet mungkin telah menjadi satu hobi bagi sesetengah orang.
Adakalanya anak anak sekecil 2 atau 3 tahun pun telah pandai menggunakan komputer dan juga laptop.

Bagi para ibu yang mempunyai anak anak kecil yang ingin belajar mengenal gambar gambar, nama nama benda dan binatang, ada banyak laman web yang boleh dilayari.

Bagi yang ingin memperkenalkan bunyi bunyi huruf serta perkataan perkataan mudah, saya sarankan agar ibu ibu perkenalkan laman web www.starfall.com. kepada anak anak mereka.
Laman web ini membolehkan anak anak anda mengenal huruf serta bunyi huruf dengan mudah sekali. Phonic diajar secara interaktif di laman web ini.

Bagi yang ingin menggalakkan anak anak mewarna secara online, anda boleh ke laman web http://www.thecolor.com. ( Ini adalah salah satu contoh laman web yang boleh dilayari...ada banyak lagi sebenarnya!!..Beribu ribu)

Di bawah ini adalah contoh gambar yang telah diwarnakan secara online oleh anak saya Muhammad yang baru berumur 3 tahun plus.
Gambar gambar yang telah diwarnakan ini anda boleh savekannya di dalam picture file anda.
Anda juga boleh mencetakkannya jika mahu!



sekian

15 comments:

et said...

uh oh..bgus nih..bley bkk utk anak sedare..

ASH said...

Et,
Memang site ni bagus untuk pembelajaran..
cuba lah..
cuma kena monitor la bila mereka di hadapan komputer..

yayayuyee said...

kak ash
selain dari anak-anak
mak anak buley tak??
haha soalan tak releven
eh emm yang tua bangka macam kite nie syok gak kalu dapat mengaler maklumla masa kecik tak mampu nak beli kaler..sobsob..sedih tak citer kiter..kak bile nk wat open house nie..
kempunan rendang ketupat dah nie..

Unknown said...

Salam

Tahu mcmana saya ajar anak saya melukis;

Biarkan dia menconteng dgn crayon (kdg-kdg gincu ibunya) di dalam biliknya (semasa berumur 1 - 5).

Bila (mulanya) ibu nya marah - saya jawab sudah 30 tahun saya menunggu kedtg anak saya sendiri utk melukis di dinding itu.

Tapi bila umur 6 tahun, dinding itu kami (saya, anak saya dan isteri saya) sama-sama mengecatnya kembali (mujur warna putih) dan memberi amaran kalau dia menconteng lagi akan didenda.

Sekurang-kurangnya sedikit bakat melukis yg ada pada saya tercurah kpdnya.

Bagaimanapun sudah lama saya tidak memegang berus, kini lebih menggunakan komputer (engineering dwg) utk rekabentuk trek-trek perlumbaan.

Lukmanw

ASH said...

yuyee,
jemput silakan..
cuma weekend ke depan ni dah agak tight sebab dah dekat dengan hari konvo Aulad.
Ada beberapa persediaan yang perlu diperhalusi..SIBUK sikit!
KONVO AUlAD ON 25TH OF OCT DI ESSET..SEBELAH KOMUTER UKM tu.
Mai laaaaa tengok!!..

LukmanW,
Tu mujurk SORANG!!
ha ha ha..
.
.
.
bab mengecat dinding ni cukup seronok...
Dulu waktu mola mola dok rumah ni setiap kali datang Ramadhan, me and my hubby mengecat warna putih..
.
.
.
bila anak anak dah makin cerdik every two years...
.
.
.
kemudian kami cat kat mana yang TERUK diconteng.
Cuma pada tahun 2007 kami upah orang mengecat warna kuning CAIR..itu pun..dah mula diconteng oleh MUHAMMAD dan MAWADDAH ini!!
SABAU je lahhh..

yayayuyee said...

kak silela menyudikan diri jawab tagged di blog kite yea..jangan lupeeeeeeeeeeeee

yayayuyee said...

ok kak nanti insyaALLAH kite
kesana..hehe.

hatim a.r said...

salam ziarah.fuhh canggih sunggoh bebudak skang.saye dlu dajah nam baru nk belajar pegang mouse!anak akak dh gune leptop.cess

cheryna zamrinor said...

bestnye dak2 skang leh guna computer.bayangkan...dulu computer nieh dianggap mende mewah. jadi, sha yang berumo 6 tahun takkan boleh pegang computer.

* aktiviti budak2 nieh last2 sha yang buat! hahaha...(org dewasa, mari join!)

Mak Su said...

menarik! tappiiii... tunggulah.. saya ni slow motion. laptop pun tak dak, pc pun tak dak :(

DrSam said...

kalau anak saya tahu url ni, sure tak tidur malam. Tapi kalau anak tak tidur malam, kita pun tak tidur malam juga...camne?

ASH said...

yuyee,
okay nanti akak tengok

hatim a.r,
welkam..
tapi hatim..zaman kita tak akan sama dengan zaman anak anak akan datang...pasti ada perbezaan.kalau ko pegang mouse darjah enam, akak merasa pegang komputer MONOCHROME umur 20!ha ha ha..

cheryna,
sila jadi kanak kanak semula!
akak pun min gak.
ha ha ha..
bayangkan emak anak 9 main kaler kaler!

ASH said...

mak Su,
tak per..slow and steady..
pelan pelan.

Dr Sam,
Website starfall tu boleh ajar anak membaca buku English...Anak saya suka sangat mengadap...Tapi kena limitkan masa.

anjang said...

aku dah cubdah laman web melukis tu .memang bagus thanks for this info

ASH said...

anjang,
apa pun, kiranya anak anak yang melayarinya...sila pantau!