Tuesday, October 06, 2009

Adab bertamu..

Salam,
Hai anak anak sekelian..
Hari ni makcik nak ajar korang cara cara bagaimana nak kunjungi rumah orang lain.
Ye lah..kalau tak diajor karang tak tahu pulak macam mana nak jadi tetamu.

Jadi tetamu ni kena ada adab juga..
Maklum le yang nak didatangi itu adalah rumah orang.
jangan buat macam rumah sendiri walaupun tuan rumah tu cakap:

"Tak pe, takpe! Jangan malu malu..buat cam rumah sendiri.."

Mengunjungi rumah orang ni ada tatacaranya sebab termaktub dalam al-quran.
Jangan tak tahu pulak tau!

Sebagai contoh; di antara adab adab yang perlu diketahui ialah :-

1) Berikan salam pada tuan rumah..kalau tidak berjawab sehingga 3 kali salam..sila beredar. Mungkin tuan rumah tak ada... atau sedang tidur..atau tidak sudi menerima kedatangan tetamu di kala itu.

2) Sekiranya tuan rumah itu tiada, tetapi ada anak dan isterinya...jangan memandai mandai kita masuk juga. Pastikan Tuan RUMAH iaitu si suami telah dimaklumi..al maklum la kan..nanti dia tidak IJIN orang datang rumah dia jadi gaduh gaduh pulak antara suami isteri itu.

3) Kalau si suami dan si isteri TIADA tetapi kita ini adalah kawan kepada anak anak tuan rumah dan anak anak itu jemput kita masuk, jangan memandai mandai kita masuk. Tanya dulu pada kawan kita itu MAK BAPAK dia tahu tak kedatangan kita ini..
Ini tidak, Time MAK BAPAK kawan kita TAK ADA lah..kita main REDAH MASUK RUMAHNYA!!! BERDOSAAA TU tak memberitahu ibubapa tentang kehadiran orang lain. Tak minta izin dari ayahbonda..Kalau jadi apa apa, kehilangan harta menda, siapa nak bertanggungjawab?...SAMA juga kalau kita nak keluar rumah, WAJIB minta kebenaran dari IBU BAPA. WAJIB memberitahu ke mana kita nak pergi!!

4) Bila dah jadi tetamu, pastikan kita jadi tetamu yang baik.
Jangan menggeledah rumah orang!
Jangan sebok jadi PENINJAU.
JANGAN sebok jadi PEMBELEK..
Ada orang suka belek langsir rumah..
Ada juga yang suka belek dapur..
Ada yang suka sibuk sibuk tengok cadar katil sebagainya.
Kita ni jadi TETAMU bukannya PENGUNJUNG supermarket!
Kat MALL dan SUPERMARKET tak pe aaa..
Kat sana lebih banyak pilihan kalau nak BELEK!
OKAY..?

5) Ruang tamu ialah tempat di mana TETAMU seharusnya berada..jadi pastikan anda tidak merayap ke sana ke sini tanpa kebenaran dari TUAN RUMAH!
ha ha ha...adik manissss...ada faham ka?
tarak faham kalu, sila BEREDAR!

P/s...lain la kalau yang dikunjungi ITU, rumah kat DALAM CYBERWORLD>>lantak la kan??

sekian

8 comments:

cheryna zamrinor said...

2) Sekiranya tuan rumah itu tiada, tetapi ada anak dan isterinya...jangan memandai mandai kita masuk juga. Pastikan Tuan RUMAH iaitu si suami telah dimaklumi..al maklum la kan..nanti dia tidak IJIN orang datang rumah dia jadi gaduh gaduh pulak antara suami isteri itu.

betul kak...yang nieh sha setuju. pernah budak2 datang (lelaki), sha tinggal sorang kat umah. bila sha kata, "dik..takleh la. mak akak takde."

diorg macam marah2 plak ngan sha. diorg kate,

"akak dah tua pon kena tanya mak bapak ke?"

adoii...padahal sha tak kenal pon budak2 tuh sape.

ASH said...

Cheryna,
Budak budak tu samseng jer bunyi nye..ha ha ha..anak sapo kah ITU?

kucingorengemok said...

eh kat cyberwold pun kena beradab jugak, takleh la gi rumah orang sekali terus tanya, mana ko banyak duit makan sedap²? (ayat contoh je, hehe)

patutnya entri ni keluar sebelum raya, kak! tahun depan sila buat siaran ulangan :)

ASH said...

ha ha ha..
oh ye ke?
ko remind kan aku.

anjang said...

Raya-raya ni menerima tetamu cilik poket kena tebal. Dia macam surat berantai, stu group datang dapat duit hendaknya lebih pulak sikit, maka berita akan tersebar k egroup lain. Siap la lepas tu bertalu-talu peminat cilik yang datang

ASH said...

anjang,
itu tak mengapa..tukarkan kepada matawang rupiah!Sekejapjer dah jadi jutawan..

lukmanw@gmail.com said...

Mengapa kaum pompuan kalau pi rumah kahwin mesti nak masuk tengok bilik tidur pengantin?

Biasalah ada katil, ada tilam dan ada bantal! Lepas tu adalah cadar yg ada repol-repol tu!

Lukmanw

ASH said...

Lukman,
tu kena tanya orang pompuan lain...ha ha ha sebabnya aku tak gomar buat perbuatan macam yang ko sebut tu!