Salam,
Yuyee..bak mai minyak Yuyee CAP LIMAU tu satu. Akak tengah pening pening ni, ko bagi tag pulak dah.
Akak tak berapa sihat lagi ni jadi akak jawab ringkas je lah ye..Jangan marah pulak.
1) NYATAKAN 15 PERKARA TENTANG DIRI ANDA.Saya seorang wanita.
Saya seorang isteri.
Saya seorang ibu.
Saya seorang cikgu.
Saya anak kedua.
Saya berumur hampir 42 tahun.
Birthday saya Disember 25th. ( Sila catit dalam diari masing masing..ha ha ha)
Tapi dalam kad pengenalan hari lahir saya 26th sebab ayah saya report lambat!
Jadi dah sama taraf dengan TSUNAMI's day...2004
Saya orang Perak.
Saya bersekolah rendah di Perak.
Saya bersekolah menengah di Perlis.
Saya sambung belajar di Shah Alam dan Chicago.
Sepatutnya saya jadi engineer atau architect tapi entah kenapa tak jadi pulak...ngeh ngeh ngeh..
Saya jadi HOME MANAGER agak lama sebelum saya diambil bekerja di TADIKA!!
Tapi saya tak kisah kerana bagi saya setiap detik dalam perjalanan hidup saya, samada pahit ataupun manis semuanya satu PEMBELAJARAN yang menarik tentang hidup!
.
.
.
okay..? cukupkan 15 perkara!
2) NYATAKAN 15 PERKARA TENTANG SI DIA...ha ha ha...aku jarang nak cerita hal SiDIA..okay, tak per ...tak per....
Dia anak sulung.
Dia tunggal kalau dari ibu bapa yang sama.
Dia ada 2 adik seibu.
Dia ada 5 adik seayah.
Ibu ayahnya berpisah sewaku dia berumur 3 bulan.
Dia dibela oleh datuk dan neneknya.
Dia bersekolah rendah di Perak.
Dia bersekolah menengah di Perak dan di Kuala Lumpur.
Dia sambung pelajarannya di L.A dan Boston.
Dia mejadi suamiku pada 25th of Dis 1989.
Dia suka menonton segala jenis sukan terutamanya bola sepak.
Dia gemar membaca tetapi tidak gemar menulis.
Dia tidak suka cakap banyak tetapi a good listener......hmm....hhuh huhh....hmmm...haaa..( itu responnya...baguskan??? ha ha ha ha)
Dia anak yang baik, suami yang baik dan ayah yang baik.
Dia sayang keluarganya...dan sentiasa membahagiakan orang yang dicintanya! ( NGEH..NGEH!!..sila jeling jeling..)
3)PANDANGAN ANDA TENTANG CINTA DAN BERPASANGAN.Cinta itu satu anugerah dari Allah untuk hamba hambanya....( ulang ungkapan ini berkali kali kerana itu benar) Tanpa cinta, dunia ini akan dipenuhi dengan rasa kekejaman. Salurkan rasa cinta itu pada tempat yang betul..
Berpasangan?...Hawa dicipta untuk Adam. Bumi dengan langitnya..Malam dengan Siangnya..Mentari dengan Bulannya..setiap benda ada pasangannya jadi ianya satu FITRAH yang tidak dapat dipisahkan.
4) CINTA PANDANG PERTAMA?lupa kan saja..
5) PUTUS CINTA? hmmm...malangnya saya tidak pernah bercinta dengan lelaki...cuma TER ADMIRE tu ada la..tak tergolong dalam I Lop you, You lop me!! ha ha ha..
6) POLIGAMI?ho ho ho...ini kena tanya BAPAK MERTUA saya sebab dia PENGAMAL nya..
Tanya anak dia? hmmmm...hmmmm..hmmmmm.... hanya mereka yang boleh berlaku adil saja yang layak. Bagi siDIA, dia takut TIDAK BERLAKU ADIL so..better not! ( or NOT YET!!)
7) PERKAHWINAN?...on the 25th of Disember 1989 ( aku umur 22 tahun)
8) PERTUNANGAN?..on the 16th of January 1989
9)BILANGAN ANAK YANG DIINGINKAN?sebenarnya MOLA MOLA dulu ingat takat 4 ja. pastu kut lajak pun takat 6 atau 7.
sekali dah terlajak sampai 9. cukup la kuuuuuttt nuuuuu!!
10)CINTA YANG DIHARAPKAN?tiada yang membenci aku...!
11)TEMPAT YANG DIINGINKAN BERBULAN MADU....tempat yang boleh melelapkan mata berdua duaan tanpa diganggu! Ada bunyi air mengalir, burung menyanyi dan haruman bunga yang semerbak...( ha ha ha ). Aku nak sebuah tree house yang exclusive terletak tinggi di mana aku boleh nampak pemandangan yang cantik..menghijau saujana mata memandang..serta aku boleh lihat air terjun yang mengalir turun dari pergunungan..
ha ha ha ha....kat mana tu?
12) IMPIAN HIDUPHidup aku bahagia setakat ini...alhamdulillah! dan aku harap kebahagian yang aku kecapi ini berterusan hingga ke akhir hayat terutamanya di hari hari tuaku. Aku juga ingin melihat anak anakku gembira dan bahagia! Kebahagiaan mereka adalah kegembiraanku..13) TAG 4 orang?hadoiiiii...aku nak tag sapa ek?
okay , GPI SKSV, 4 bersaudara..lagi dua aku hold dulu sebab TAG ni ada sikit BERAT laaaa.
sekian