Tuesday, November 03, 2009

Mutiara putih...anugerah ilahi!

Salam,
Dari minggu lepas lagi Huda mengadu sakit gigi..
Hmmm..siapa nak bawak dia pergi klinik ni?
Pagi pagi aku ada kelas sampai pukul 12.
Kalau petang pula, lepas zohor asyik tertidur. Sedar sedar selalunya dah jam 3 petang.
Jadi, aku sound sound la kat abahnya untuk membawanya hari Isnin kelmarin.
Mungkin abahnya tak ingat kerana tengah berasap membuat 3 papers yang kena submit hari Jumaat ni jadi hari ini Huda bising lagi.
Hari ini katanya gusinya berdenyut. Dia tak mahu makan apa apa di tadika.
Aku tengok giginya..hmmm memang ada lubang sikit di geraham kecil.
Alang alang kalau pergi klinik, biar cabut..ha ha ha tapi aku rasa mungkin kena tampal sahaja dulu.
.
.
.
Budak budak ni kalau sakit gigi, pantang dengar kena tampal atau cabut.
Dah nama pun sakit gigi..
Nak dibuat apa lagi kan?
he he he..
Either gigi tu kena tampal atau kena cabut.
.
.
Dan kalau tak disebabkan sakit, jarang sangat la kita ni nak rajin pergi jumpa doktor gigi.
Melainkan mereka yang benar benar CONCERN atau mereka yang memang suka gigi cantik dan sihat.
.
.
Sebenarnya semua orang suka gigi mereka bersih, cantik dan sihat tapi kalau di bandar ni bayaran untuk rawatan gigi agak senaklah juga nak MEMBAYARNYA.
Dari rawatan tampalan, cabut, scaling, rawatan orthodontik dan lain lain....yang aku pun tak tahu.
Kalau nak pergi klinik kerajaan pula, mak aiiii LATUK...ramainya orang. Letih woooo TOMONUNG..menunggu. Oleh kerana sayang nak ngabihkan duit doploh dan tigapuloh ringgit untuk sebatang gigi susu...aku rela TOMONUNG nunggu giliran itu.
.
.
Bila sembang pasal gigi ni, dalam keluarga aku ada dua orang yang terlibat dengan kegiatan MENEROPONG MULUT ORANG ini..he he he.
.
1) Makcik aku yang sudah pun pencen awal dari menjadi NURSE gigi.
2) Sepupu aku, Dr Noriah yang mempunyai sebuah klinik pergigian di Taman Permata, KL.
.
Makcik aku ni dulu tinggal bersama sama dengan keluarga kami.
Dia dijaga oleh ibuku semenjak dia di dalam darjah 3 lagi.
Jadi bila dia mula bekerja di Klinik Pergigian Bagan Serai maka aku sering disuruh datang ke klinik jika perlukan rawatan pergigian.
.
dan aku rasa, time aku darjah 4 lah, aku selalu kena pergi cabut gigi...BENCI TAU!!
.
.
Kebanyakannya disebabkan gigi longgar atau gigi dah berlubang atau ada gigi kekal yang dah mula keluar. Gigi susu perlu dicabut untuk memberi ruang tempat kepada gigi kekal itu.
Dan pada kes yang last sekali itu, aku cukup berdebar.
Gigi susu masih elok, tapi kena cabut..Masa tu cukup TAK SUKA!! TAK SUKA!!
Tapi disebabkan dah ada NURSE GIGI kat rumah yang sering BERI TEKANAN dan GERTAKAN maka mahu tak mahu terpaksa juga aku pergi serah diri kepada kerusi SERAM yang BERLAMPU itu..
Hingga ke hari ini, kalau aku naik jer atas kerusi doktor gigi, aku mesti rasa SERAM SEJUK!!
Takut ooooooooooooooooo...
Kalau dengar bunyi grinding..zzzzzzzzttttttttt tu lagi aku kecut perut.
.
.
.
.
Tapi aku tak boleh biarkan anak anak aku jadi penakut HOSPITAL macam aku.
hahaha...
Mesti kena tunjuk MACHO yet KEIBUAN gitu.
errrrrrr jadi aku kena bawak budak ni esok.
Hopefully tak hujan....dan kita harus ingat bahawasanya gigi yang putih ini adalah satu anugerah.
YANG FREEEEEEE...Mesti kena hargai dengan menjaganya.
Cuma untuk privet DENTIST, errr kasi kuranglah sikit rega tampalan/cabutan tu.
LISKAUN LISKAUN laaa time I DATANG ye!!
he he he he
p/s
pada anak anakku dan anak anak muridku, sila BERUS GIGI SEBELUM TIDUR, OKEH?!
NANTI KUMAN BERCENGKERAMA dalam mulut yang tidak bersih!!
sekian

13 comments:

yayayuyee said...

ala kak oii
jangan la disebut doktor gigi..pengalaman masa darjah tiga(ke empat lupe la)masa kekal dalam ingatan..waduh taim kena cabut gigi kat doktor rase nak pijak je doktor tu..haha,dan percayala sampai sekarang saya tak jejak kaki kat klinik gigi(setakat niela)takot ka..eee ngeri nyer..dulu tiap kali doktor gigi datang sekolah kompem saya akan nusuk(sembunyi)sampaikan nurse datang kejar saya,lawak sungguh tapi die tak sempat kejar,cayalah yuyee!!haha..alhamdulillah sekarang gigi okey lagila.kena cari inisiatif lain la tak nak pegi jumpe doktor..

eh terpanjang pulak..sori..hah bab belanje tu,alalalalatotot saya segan la..hehe..TQ kak sudi pelawa belanja say..

tasekM said...

kak, aku kan. seumur hidup tak pernah pergi jumpa dr gigi. masa kecik dulu, aku tanggalkan gigi susu aku dgn goyang2kan je. ha ha.

bila masuk sekolah. nak tak nk kena jumpa juga dr gigi yg kt sekolah tu kan. dan setiap kali pergi nurse mesti puji gigi aku cantik.

tapi. sejak dh beranak ni.. aku rasa gigi aku tak berapa nk elok dh. org kata, lagi ramai kita beranak lagi cepat reput gigi, ye ke kak...? tapi masalahnya aku br beranak sorg. haih...



.

kucingorengemok said...

kak, geraham bungsu kita tak tumbuh lagi... dok kira² gigi ada 28 je. cacatkah aku, kak??

uji6june said...

keciknya donia ni ..
Dr. Noriah tu sepupu Ashley ke?
huhuhu .. niece akak pernah
kerja dengan dia dulu
orangnya baik dan pemurah

tapi .. klinik dia ni memang
ramai orang betoi
artis pon ada gak pi situ
(kata niece akaklah .. hehehe)

dulu akak ada gak bawak anak
pi cabut gigi dan kdg2 akak sendiri pi wat scaling kat situ
masa tu .. adalah diskaunnya :-)

memang betoi pon
kalo pi klinik KERAjaan ni
berjanggut nunggu nye ..

CatlinaFly said...

wohoho.. pengalaman wat scaling masa 2 months pregnant..mmg gigi bersih tapi ngilu nnye tuhan je tau heh..

Insyirah said...

Dulu masa saya kecik, bila skru gigi susu dah longgar2 sbb nak tumbuh gigi kekal, selalunya saya cabut pakai benang aje. Tak prnh gi cabut kat klinik melainkan gigi geraham aje.

Pastu, org Cina plak ada petua utk mendapat gigi kekal yg cantik tersusun rapi (petua yg saya rasa agak kelakar jugalah). Haha. Mak saya yg ajar. Kalau gigi susu bawah yg tercabut, gigi tu buang kat tmpt yg tinggi. Kalau gigi susu atas yg tercabut, kena buang kat tmpt yg rendah. Masa tu saya ni naif tak tahu apa-apa, ikut jelah apa yg mak cakap. Lagipun siapa yg tak nak gigi cantik kan? Hahaha. Mujurlah gigi kekal skrg ni memang tersusun rapi dan tak ada masalah gigi...Alhamdulilah.

Bila KOG cakap pasal gigi geraham bongsu, saya ni tak tahu dah tumbuh gigi geraham bongsu ke belum. Org kata kalau tumbuh gigi geraham bongsu, sampai bengkak2 gusi dan demam. Adehhh...gerun la plak. Rasanya macam belum prnh kena lagi. Adehh...balik nanti nak kena kira brp batang gigi yg ada skrg ni. Kut la tak normal mcm KOG. Hikhikhik.. :p

cheryna zamrinor said...

akak...

sha dulu cabut gigi pakai pintu. amik benang, pastu sambung kat gigi ngan tombol. pastu...terus tutup pintu dengan kuat.

haahhh!!! tercabut!

skang suruh buat macam tu, boleh meraung kot..ehhehe...

ASH said...

yuyee,
ha ha ha..
kalau cabut gigi geraham, time cucuk ubat kebas tu cukup seram..
akak pernah sekali terkena.ubat kebas dah hilang sebab nunggu giliran dan terlalu ramai orang. time doktor cabut gigi aku, MERAUNG sakit giler...
terus demam lepas tu!

TM,
ko mesti tak rajin makan gula gula nih...
bebudak kat bandar,gigi tak cantik tau!
kuat makan gula gula!
nak nak yag dijaga oleh BIBIK!...mungkin terlepas pandang kut bab ni.

ASH said...

TM,
beranak banyak reput gigi?
itu kalau tak ambik kalsium tambahan..
even ibu ibu yang menyusu pun kena ambil kalsium tambahan...
mak akak anak 7. umur dah 62, gigi masih INTACT SEMUANYA!

ASH said...

KOG,
you mean WISDOM teeth?
kadang wisdom teeth ni lebih banyak menggangu kedudukan gigi jer.kehadirannya banyak kasi kacau.
macam aku..
dia tumbuh tak boleh keluar semua kerana tak ada ruang dalam rahang lepas tu menyebabkan gusi aku sakit!
doktor syorkan buat pembedahan gusi untuk buangkannya...aku dengar tu, DAH KECUT PERUT.sampai ke sudah aku tak pi buat pun!
....time sakit memang gusi bengkak.
leceh.

uji6june,
dr Noriah adalah sepupu. anak abang kepada my mom...( cuma kami berkongsi datuk yang sama tetapi nenek yang berlainan, my datuk kahwin 3 kali)

catlinafly,
tspi akak suka buat scaling berbanding tampal...lepas tu rasa lega sangat.

ASH said...

Insyirah,
akak tumbuh gigi bongsu time umur 22..ha ha.ha..kat US pulak tu.
sakit..

cheryna,
itu gigi kacip yang kat depan boleh ler....geraham kalu?

ko buka tutup pintu berkali kali pun belum tentu tercabut..
takut daun pintu yang tercabut pulak...ha ha ha

et said...

eh...gambo gg tu..logo ukm densta..dental student association..hahahahaaaa~~

ASH said...

ET,
oh ye kerrr...aku googlr dik!