Monday, November 16, 2009

Hujan..

Salam,
Aku rasa dalam seminggu ni tak dak yang tak hujan..
Setiap hari kalau tak pagi maka petang akan hujan.
Kalau tak petang maka malam akan hujan. Tak pun tengahari.
Ada hujan lebat, ada hujan renyai renyai..ada hujan lightweight gitu..
Tapi pokoknya UJANNNNN.. Jemuran??
Jiran kat sebelah ada 2 anak teruna.
Aku tengok bibik dok sidai JEANS depa tak kering kering 3 hari dah!
Gantung bawah porch macam pasar malam.

Aku kata kat bik, "Kalau meniaga boleh untung tak, bik?"
KUI KUI KUI...Bibik GELAK mengekek.

Baju kat ampaian rumah aku pun sama. Mujur ampaian ada roda.
SORONG MASUK, SORONG KELUAG..
TAPI lebih baik tak payah keluag..sebab cuaca habis baik takat pukul 11.
Masuk pukul 12 tengahari dah mendung. Sebaik petang, akan hujan..

Hmmm...alhamdulillah kat rumah aku tak banjir.
Setakat air melimpah masuk longkang sahaja.
Tapi nak kena jengok jengok juga dalam longkang tu.
Takut takut aliran air tersekat.

Tapi kampung aku kat Perak?
Kawasan Krian?
Dengar kata air naik kat Alor Pongsu.
Hmmm.....kawasan bendang nih.
Gena orang sana?
Kalau rumah bawah, harus ayark naik...

Ish.....

"Berhati hati semasa musim banjir...awasi anak anda!!"

sekian

5 comments:

aza ni said...

ku sangka panas hungga ke petang, ghopanya hujan di tengahari....ate kena beli drier....baru confirm kering...

anjang said...

betui tu aku baru balik daripada jelai, batu kurau, rumah pak mentua kena jugak banjir sikit

kucingorengemok said...

teringat 'banjir termenung' kat johor dulu, rumah mak mentua naik air sampai ke pinggang! sejjjuuukkkk!

Anonymous said...

hujan petang2..time2 nak balik ofis lak tu kan...
kalau pagi2...sedaaaaaap tarik selimut..

ASH said...

azani,
dryer???
ha ha ha
hair dryer boleh tak?

anjang,
hang tengok rumah cikgooden sama na..
agak agak tenggelam tak?
senyaaaaap dari memblog ja.
dia dok kalut banjir ke atau dok mengeram?

KOG,
time time gini, aircon tak yah pasang, kipas angin pun relax jer..
BTW, GJ suruh hang bagi TIPS ambik gambark makanan!!
COMPLIMENT TUH!!

Ibusinga,
DR denan asik dating...siapa nak ganti kalau dok tarik selimut?!!