Monday, November 23, 2009

Tuhan..qabulkan permintaanku..

Salam,

Hari ini selepas sarapan, aku menuju ke Tabung Haji di Kompleks Diamond bersebelahan Bintang (x-WARTA), BBBangi.
Tujuan aku ke sana ingin memasukkan sedikit duit 'raya' anak anak aku yang telah lama terperam. Di samping itu aku ingin bertanyakan status pendaftaran/giliran aku untuk menunaikan haji. Terasa hati ini TERPANGGIL (ha ha ...macam perkataan SKIMA le pulak)untuk mengetahui kedudukan penggiliran itu.

Setelah selesai urusan hal ehwal anak anak maka kerani TH memeriksa status giliran aku dan suami.

Oh!!! Alangkah gembiranya aku bila mendapati giliran aku menunaikan haji ialah pada tahun 2011 atau mungkin mendapat status WAITING LIST pada tahun 2010. Dan aku telah diingatkan oleh adik itu untuk belajar cara cara menunaikan haji dari sekarang..

Tuhanku...hati aku terasa gembira sekali!!
Ya Allah, benarkanlah aku menjadi tetamuMU. Benarkanlah..
Terimalah aku untuk berkunjung ke rumahMu samada tahun hadapan atau tahun 2011...atau tahun tahun hadapannya.

Ya Allah..panjangkanlah umurku untuk itu. Dapatkanlah aku berkunjung ke Raudhah sekali lagi...berkunjung Kekasih mu, Ya Allah.

Ya Allah..qabulkanlah permintaanku.
Dapatkanlah aku menunaikan haji dengan sempurna.
Jadikanlah diri ini bersedia untuk waktu itu.
Permudahkanlah segala urusanku Ya Allah..
Permudahkanlah..
Permudahkanlah..

Amiiiiinnnnnnn.

sekian

9 comments:

cHeRyNa PiReS said...

sha doakan lepas nieh giliran akak pulak! ish..terujanya. best betul. kalau sha jadi akak..macam mana agaknya.

amin...mintak2 dapat thn depan!:)

ashley said...

Cheryna,
InsyaAllah..minta minta Allah mudahkan.

Dan akak nak beritahulah kat adik adik, biar kita pasang niat dari waktu muda lagi..dan daftar untuk ke Mekah dari umur 20 an atau 30 an lagi.. because it takes years untuk sampai giliran. Menabung pun biarlah dari muda...

kucingorengemok said...

insyaallah niat yang baik dipermudahkan tuhan :)

ashley said...

KOG,
ko bayangkan seorang makcik yang agak gemuk terlompat lompat keluar dari TH tadi...
he he he
..dan tersenyum senyum seorang diri!

ibusinga said...

alhamdulillah....

AZANI said...

semoga Allah makbulkan.

Gurindam Jiwa said...

Semoga Allah mudahkan urusan dan perjalanan...

Gurindam Jiwa said...

Eh ... gemuk ke?

ashley said...

ibusinga,
alhamdulillah..and moga aku sihat tubuh badan..

Azani,
aminnn.

GJ,
aminnn..

GJ,
I've gained some Kgs after giving birth to my son and the last daughter..
Pulak tu, tak rajin nak menjoggingkan diri dah sekarang ni..