Thursday, November 05, 2009

Usin Poowek..( sambungan Pondok, Gua dan Usin)

Salam,

Pada penggal kedua, 1975, aku telah bertukar ke Sekolah Kebangsaan Gunung Semanggol. Sewaktu itu aku dalam darjah dua. Keluarga kami berpindah dari pekan Batu Gajah untuk menetap di kampung ayahandaku. Ayahku telah mendirikan sebuah rumah sendiri di tanah pusaka peninggalan datukku.

Maka dengan itu aku mula melalui jalan sempit berbukit tersebut. Jalan yang berkabus dan sejuk di waktu pagi. Aku tidak menyusurinya sendirian bahkan ditemani oleh ibu saudaraku yang sewaktu itu berada di dalam darjah empat.

Sungguhpun terpaksa melalui jalan yang sempit dan berliku, suasana awal pagi ketika itu cukup mendamaikan. Yang kedengaran hanya lolongan pekakah dari rimba sekeliling. Juga kicauan unggas hutan yang sayup sayup riang menyambut pagi. Ianya benar benar syahdu...

Cuma sesekali hati aku bergetar juga ketika melalui hadapan gua kecil itu. Takut takut juga pada mulanya kerana sebelum ini aku sering dimomokkan oleh bapa saudaraku dengan ceritanya tentang orang bunian yang menghuni kawasan sekitar itu.

Tetapi lama kelamaan kisah tentang orang bunian itu tidak menjadi apa apa hal buatku. Lantaran inilah jalannya yang kulalui saban hari. Ke sekolah. Ke pekan Semanggol. Ke khutub khanah. Ke rumah tok wan. Ke rumah Pak Long bahkan ke rumah kawan kawanku kerana hampir kesemua kawan kawan baikku tinggal di sebalik bukit sana.

Di laluan yang sunyi dan sempit ini terdapat sebuah pondok yang didirikan di tepi jalan.Pondok ini hanya mempunyai atap tetapi tidak berdinding. Di sinilah selalunya aku perhatikan seorang dua manusia yang berhenti sebentar, berteleku, menilik nilik dan meminta minta sesuatu. Kadangkala ada di antaranya membawa makanan berupa limau atau kuih muih untuk ditinggalkan di bawah pondok ini. Tujuan mereka berhenti di situ cukup menjadi tanda tanya buatku yang ketika itu berumur sekitar delapan tahun.

Tetapi aku tidak ambil kisah melainkan kiranya di pondok itu terdapat si dia ini. Si dia yang sering menunggang basikal ke sana ke mari. Si dia yang menjadikan pondok ini tempat melepaskan lelah. Juga tempat dia berlibur dengan kawan kawan. Juga tempat dia mengusik anak anak kecil seperti aku yang pulang dari sekolah. Dia jugalah yang sering mengutip duit duit syiling yang dilemparkan ke kawasan ini oleh sesiapa sahaja yang melaluinya. Aku tidak tahu kenapa orang membuang duit syiling di sini kerana yang bergembira dengan duit duit syiling itu ialah si dia ini. Si dia yang hanya kukenali dengan nama USIN POOWEK!!

Usin Poowek bukan gila. Dia juga tidak sasau. Sewaktu dahulu, aku tahu dia mempunyai ibu tetapi sudah tidak berayah. Tetapi entah kenapa sering aku lihat Usin Poowek merayap ke sana ke mari. Dengan basikalnya. Bukan basikal tua..tetapi basikal BERHIAS!

Basikalnya lengkap berlampu. Berkipas kecil. Juga turut dilengkapi dengan hon ala ala penjual roti. Jejari tayar basikalnya turut dihiasi dengan lampu lampu kecil yang agak menarik perhatian.

Usin Poowek ke hulu ke hilir mengayuh basikal ini. Baginya untuk ke pekan Bagan Serai yang terletak kira kira 10 km adalah perkara biasa. Begitu juga untuk ke bandar Taiping yang terletak kira kira 12km jauhnya dari pekan Semanggol. Dan itulah kerja setiap hari...ke hulu dan ke hilir di atas basikal. Cuma pada musim musim menuai padi, aku ada melihat Usin mengambil upah mengangkat guni guni padi ke atas lori. Kadangkala aku juga mendengar cerita kawan kawan bahawa Usin mengambil upah memukul padi di petak sawah ayah mereka.
(sewaktu dulu mesin memotong padi yang besar masih tiada lagi) Sumber kewangan Usin ini mungkin dari upahnya membuat kerja kerja kampung sebegitu.

Tapi hanya itulah kerjanya. Sebahagian besar masanya dihabiskan merayap ke sana ke mari dan lepak di pondok itu.
Siapa saudara maranya?
Siapa adik beradiknya?
Aku tak pernah tahu.
Dulu aku sering melihatnya begitu mungkin kerana usianya sekitar duapuluhan dan dia umpama seorang anak muda yang inginkan kebebasan hidup. Tetapi setelah 30 tahun kemudian adalah cukup memeranjatkan sekiranya kelibatnya masih ada sekali sekala di pondok itu.

Usin Poowet kini berusia 60 tahun. Dia masih lagi menunggang basikal yang sama seperti mana 30 tahun yang lalu. Cuma basikalnya tidak semeriah dahulu dan Usin kelihatan dimamah usia...
Apakah sehingga kini dia masih SOLO dan ke sana ke mari seperti dulu.
Hmmmmmmmmmm...
MUNGKIN!

sekian

13 comments:

cHeRyNa PiReS said...

cerita nieh macam cerita Koleng Raman kat kampung ayah. kadang2 sayu pulak tgk orang2 tua macam nieh. idup dia hanya dia yang tau.

tp kalau kita kesian, dia akan marah. manusia2 tegar macam nieh selalunya tabah..tak mintak simpati org kan?

kucingorengemok said...

orang macam husin poowek tu mesti antara orang paling bahagia dalam dunia ni...

ashley said...

cheryna,
nama depa ni unik kan?
ha ha

KOG,
wonder jugak kan?
teringin nak pi interbiu dia...panggil TB3 tengok!

GPI SKSV said...

TV3?
Saya mencadangkan Cik Ashley contact dgn another blogger... namanya Bro. Mazidul. pastinya dia akan cuba memenuhi permintaan cik... kan ke dia pernah bljr same2 dgn cik...?
pastu suh dia buat cerita pasal Bukit Tok Keramat tu.. hehehe..

et said...

huu..sian nye kalu da tue2 pon tggl sorg2..huu..xley trime..sian..simpati..tp, xpatut rse gtu kn..adoi~ ntah la..sian jugak.. :(

ashley said...

GPI,
nanti takut Usin Poowek tu jadi gelemer...
alangkan whitney Houston pun tak tahan gelemer...
kesian lak!
ha ha

ET,
tapi aku rasa dia pilih jalan hidupnya begitu....
btw, dia sihat ( kita pun tak larat nak kayuh basikal ke sana ke mari) dan ada duit..
cuma suka ke sana dan ke sini...merayap rayap atas basikalnya...he likes being like that!

yuyee cap limau said...

sobsosbsob(sambil lap air mata)sedihnyer dengan kisah husin poweeeek tu..die ada rumah ke kak??hidup die memang sebatang kara kan..tapi bagus jugak orang macam nie nanti senang kat padang mahsyar sebab tak banyak tanggungjawab,hidup pun macam tu la...tapi sedih waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

anjang said...

ala-ala din beramboi pulak kan. bukan din beramboi yang pelawak, din beramboi yang original.

ashley said...

yuyee,
aku rasa dia ada rumah..
sebab dia tak tidor kat pondok tu malam malam...
dia sihat...tak nampak macam umur 60 tahun..gagah perkasa.. mungkin sebab exercise kayuh basikal tu!

anjang,
din beramboi ori?
siapa?

Nizam.Ariff said...

Di kampung aku juga ada watak yang hampir seperti itu, namanya Gonod. Nama sebenarnya aku tak tau. Dia sering di'pergunakan' oleh orang-orang kampung dalam kerja-kerja seharian yang memerlukan kekuatan lelaki. Ya, dia memang kuat kerja.

Kini aku lihat dia gembira mengusung 2 budak kecik... mungkin sudah kahwin. Umurnya? aku kira lebih kurang 50 tahun sekarang ini.



(dan tulisan aku mirip kepada tulisan buku teks, ye tak?)

ashley said...

GONOD?
lagi best namanya...
ha ha ha.
.
.
buku teks?
ha ha ha sesekali kita perlu menggunakan bahasa Malaysia yang STANDUD!

ibusinga said...

kenapa'poowek??'

ashley said...

ibusinga,
akak pun tak tau la...
kut dia minat POETRY????wallahualam..

tapi itulah gelarannya.