Saturday, November 07, 2009

Kalau nak masak kari...

Salam,
Kalau nak masak kari ikan, aku suka guna ikan bawal atau ikan merah atau ikan nyok nyok..
Lelain ikan? Aku juga suka guna ikan sembilang laut yang ada telur (bukan keli sungai okay)..tapi cara masak dia lain sikit.

Hari Jumaat kelmarin aku masak lagi kari bawal..
Bagi aku biasa ja la masak kari ni. Dah nama pun orang UTARA.
Kalau nak khwin ngan orang UTARA kena la belajag belajag masak kari ni nuuuuuuuu...

Selalunya aku masak kuah pekat..kena kaw kaw sikit.
Kalau masak ikan bawal yang agak besag, walaupun seekor mesti taruh 2 kampit rempah.
Pastu kena boh santan pekat sikit.
Tumis kena ada daun kari, halba campur, hirisan bawang merah, bawah putih dan halia.

Masak rempah kena bagi naik bau harum semerbak..
Lagi bagus kalau boh bendi ka, terung ka, kacang panjang ka, buncis ka..tomato ka..
FUHHHHHH...

Makan pula dengan papadom!

Lepas tu dok nyanyi,

" Kari cer kari, nasi kandag PAPADOM...
Sekali sekala kena teh LAMBONGGG"

sekian

12 comments:

yuyee cap limau said...

sedapla kak,akak membuatkan saya teringat kat umah.kat sini kedai mamak jela yang sedap karinya..aduh!!saya memang minat sungguh ngan kari nie...kari ikan tenggiri pon sungguh mavelous sehingga menjilat pinggan..hehe

Tijah said...

kari ni nak lagi sedap...nak mkn hari ni, mlm tadi dah kena masak kan?

ashley said...

Yuyee,
kedai mamak nampak kari dia memang jadi lapag...tapi akak jarang pi kedai mamak..unless kat PENANG!
he he he

Tijah,
fuhhhh...kalau dah terseduh semalaman lagi mengancam..tapi make sure perangat selalu!
kalau tidak, sakit perut pula..

Jah,kakpah tak balik lagi..pi pekena cendoi pulut nih apa..

DrSam said...

hari-hari kari, hari-hari kari...kalau tak dapat kedai mamak kita pergi.

ashley said...

Dr Sam,
tu macam SURIA SPICES punya IKLAN jer...
(sebut mamak, tersedak PAK MERTUA I tengah dok makan KARI, TAU!!)
ha ha ha

Brahim Nyior said...

Yang kak tulis lirik tu, bukan lagu Sweet Charity ka?...


Saya pun minat gak dengan nasi kandaq. Ada satu kali, p Penang, singgah kat Chowrasta, pekena nasi kandaq Line Clear.

Kedai dia kecik, tepi bangunan ja, tapi dia punya pelanggan, nak habaq mai, serata dunia ada. Melayu, Cina, India, ompteh pun dok makan sana.

Abih makan, kena bayaq la. Tu diaa... Satu pinggan, RM12...

Terkulat jap saya. Biasa makan dalam 3-4 ringgit ja...

Tapi mai Penang kalu tak pekena nasik ni, oghang kata tak sah...

(Tolong baca dengan nada mamak Penang nooo...)

ashley said...

Berahimnyok,
ha ha ha..
lagu yang kak boh tu lagu lama..
mana akak nak pi tau SWeet Charity ka, apa ka..
tapi had negeri peghak punya depa keluag,

"yak tempoyak..sambei nyor pucuk pegage, komer ghaser bagai nak gilerrrr"

ya...akak baca cam dok berlakon cerita Mami jarum dah nih!!!
ha ha ha

arsaili said...

salam, my fav curry ikan ni neh..ehehe...suka makan kari ngan kicap atau sambal belacan...yummmy. Tapi tak pernah masak buh halba..nanti nak terai..mana plak nak cari halba neh...

cHeRyNa PiReS said...

amboi kak...lenkali kalo sha nak wat posting makanan utara boleh panggil akak jadi consultant tak?;)

ashley said...

arsaili,
halba campur...adalah campuran halba, biji sawi dan jintan manis.

cheryna,
he he he..sikit sikit boleh la bagi PETUA..
nak jadi CONSULTANT?
ishhhh macam disqualified!
he he

et said...

huu..duk kat kolej, hampir tiap2 hari mkn kari..ades~

ashley said...

ET,
kolej ko kat Madras ke?
ha ha