Ini adalah gambar gambar dan lokasi surau yang berada di dalam seksyen 3, Bandar Baru Bangi.
Bagi mereka yang melalui seksyen 3 dan ingin menggunakan kemudahan di surau surau ini, informasi di bawah mungkin dapat membantu anda.
Lokasi : di Jalan Utama 3/1 dan 3/26
Terdapat Tadika Tahfiz yang berhadapan dengannya
serta
taska Cahaya Ummah di sebelahnya.
Berdekatan taman permainan kanak kanak juga.
Di surau ini terdapat kelas Tahfiz Ummah (untuk kanak kanak 7-12 tahun),
cawangan Abdul Rahman A'uf .
Bagi penduduk sekitar, surau ini juga mempunyai kelas kelas pengajian yang aktif dijalankan selepas Maghrib dan Subuh.
Qariyah terdiri daripada penduduk sekitar jalan 3/20 dan seterusnya.
Dikelilingi perumahan rumah teres dua tingkat.
SURAU BANGI PERDANA
Lokasi : di Jalan 3/1 dan berhadapan deretan Kedai Bangi Perdana
Mempunyai taman permainan yang selesa berhampirannya.
Solat Jumaat telah dapat diadakan di surau ini.
Surau ini masih memerlukan perbelanjan untuk menyiapkan pagarnya.
Qariyah terdiri daripada penduduk yang mendiami perumahan rumah teres dua tingkat di Bangi Perdana.
SURAU ASSOBAH
Surau ini adalah surau yang paling awal didirikan di Seksyen 3, BBBangi.
12 comments:
ada di antara surau ni rasa macam aku pernah pergi
Anjang, surau mana satu tuh?
ai suka surau kat darul shifa tu. ada ekon kan? heheheh
Jah,
surau annur kat seksyen 1.ada dapat wifi lagi!!
surau assobah pun ekon gak Jah!
Kalau aku ke sana, aku nak tumpang sembahyang kat rumah akak boleh?
inilah indahnya bangi. rindu betul.
thanks for everything, kak.
selamat hari raya aidiladha:)
Nizam,
ha ha ha..
rumah aku beberapa langkah dari surau..
afdhal solat kat surau..
tapi nak solat kat rumah pun, no hal!
cheryna,
selamat hari raya to you toooo!!
kalau makan sodap sodap, ingat akak..
uuu..ley gune ni..mn tau akan2 dtg..ngee~ ^^
et,
ya la..kut kut nak berkunjung ke Bangi...kan?
Info Masjid sekitar BBB pastinya menyusul....
Masjid?
hmmmmmmm tak berapa banyak..tapi boleh la!
Post a Comment