Sunday, November 22, 2009

Majlis Khatamul Quran dan Penyampaian Hadiah

Salam,

Pada hari ini telah berlangsung acara gilang gemilang Majlis Khatamul Quran dan Penyampaian Hadiah bagi pelajar pelajar kelas Tahfiz Ummah Bandar Baru Bangi.
Kelas Tahfiz Ummah ini mempunyai cawangan sebanyak 15 buah di usahakan oleh Angkatan Belia Islam Malaysia atau dikenali dengan nama ABIM.

Ianya bertaburan di setiap pelusuk qariah surau di Bandar Baru Bangi ini.

Cawangannya ialah Al-Abrar, Al-Amirin, Al-Ehsan, Al-Hasanah, Al-Ikhlas, Al-Ikhwan, Al-Kausar, Al-Madani, An-Nur, Ar-Raudhah, As-Sobah, Bangi 3, Damai, Bukit Mahkota, Seri Putra.

Majlis hari ini ialah majlis yang ke 22. Berlangsung di dewan Kuliah Utama Pusat Pengajian Islam, Masjid UNITEN.
Anakku si Zainab menyertai Majlis Khatamul Quran tersebut serta juga menerima hadiah. Begitu juga adik adiknya si Rahmah dan Raudhah.

Di bawah ialah gambar gambar majlis tersebut.

Dewan Utama tempat berlangsung majlis.
.
.
Sebahagian pelajar yang menerima anugerah cemerlang.
.
.
.
Sebahagian ibu bapa yang hadir
.
.
Majlis dimulakan dengan bacaan Al-Quran dan terjemahan oleh adik Huzaifah dan Muhammad Najmi.
Kemudian ada 3 ucapan..Letih ooooo..
Kemudian Majlis diRASMIkan!
.
.
.
Kemudian baru start Majlis Khatamul Quran diikuti doanya....
hei...berapa banyak "KEMUDIAN" daaa..
Anak anak yang khatam Quran dibimbing oleh Us Zulkifli Yusuff PHEP, UniTEN

.
.
Selesai bacaan doa dan pelajar kembali mengambil tempat..
tu dia baru nampak anak aku, si Jenab!!

Ada persembahan nasyid dari pemenang Majlis Ihtifal, Kumpulan Nasyid Bangi 3.
Lepas itu baru Majlis Penyampaian Hadiah....
.
.
.
Majlis hampir selesai bila ketiga tiga orang anak mendapat hadiah masing masing..

.
.
.
Dah selesai pun...posing tepi pagor Masjid UNITEN pula!
Tunggu abah jemput...
Alhamdulillah...Zainab telah tamat mengaji di Kelas Tahfiz ini.
Semoga segala bimbingan Ustaz dan Ustazah dapat diingati sampai akhir hayat.
..dan semoga mereka yang mengajar anak anak aku ini mendapat pahala berlipat ganda di akhirat kelak...InsyaAllah..terima kasih Ustaz dan Uztazah..
.
.
.
sekian







6 comments:

geraugebang said...

alhamdulillah. Moga diberkati allah anak-anak ini.

ashley said...

gerau,
alhamdulillah...tq for the wish.

cHeRyNa PiReS said...

Kuliah Utama Pusat Pengajian Islam, Masjid UNITEN.

--> rindu dengan tempat nieh!!! adeh..asal nangeh lak pagi2 buta nieh..sabar jelah...

tpt nieh pernah menyelamatkan seorang budak perempuan bernama sha dari kebuluran di bulan puasa. niat sha dan kawan2 utk tarawikh...dengan tiada juadah berbuka sebab masa tu kami teruk duit blaja tak masuk lagi. masing2 tahan lapar dan nangis2 jalan ke masjid.

tgk2 masjid bagi makan free.

apasal teringat cerita nieh pagi2 nieh yeee...

ashley said...

cheryna,
jangan la sedih..jadikan kenangan sebegini satu kenangan yang dapat mengingatkan kita sewaktu kita berperut kenyang..

ibusinga said...

comel senyuman cik jenab dan cik raudhan dan cik rahmah..
sejuk perut ibu yang ngandungkan depa ....

ashley said...

ibusinga,
dan moga moga anak anak ibusinga pun dapat menyejukkan perut...
he he he