Tuesday, November 24, 2009

Peach Pie pun nak posing gak..

Salam,

Projek yang telah sekian lama diperam setelah teruja melihat resepi dan tayangan gambar di http://kucingorengemok.blogspot.com/

Entry yang mana satu aku dah tak ingat..he he he

Blog kepunyaan KOG itu telah menyiarkan cara cara membuat peach pie dengan menggunakan sour krim.

Jadi pepagi lagi aku telah menuju ke MyMYDIN, Seksyen 7, BBBangi untuk mencari sour cream hari ini. Tapi malangnya tiada. Lalu aku pergi ke Billion, BBBangi pukul 10 am pagi ni...juga tiada.
Aku malas nak ke Bintang WARTA ...aku rasa di sana mungkin ada tapi disebabkan dah pergi dua tempat maka aku hanya sambar mentega dan tepung serta beberapa barang keperluan di Billion.
Kemudian aku balik ke rumah untuk membuat projek masakan hari ini.

p/s
KOG,
Mydin, Putrajaya mungkin ada. Di sana lebih besar.

Untuk peach pie ini, aku buat DOUBLE CRUST PASTRY
Bahan ASAS bagi double crust pastry ini :-
250 gram tepung gandum
135 gram mentega
5 camb air dingin dari peti sejuk
1/2 camt garam
Tepung+garam, diramasgaul dengan mentega.
Kemudian masukkan air dingin. Jadikan doh dan bahagikan kepada 2 bahagian.
Bungkus dengan plastik. Biarkan ia di dalam peti sejuk selama 1-2 jam.
Semalaman lagi bagus.

Satu bahagian dileperkan menjadi lapisan bawah pie.
Satu bahagian lagi digunakan untuk menutup isi pie.
Bahan untuk isi pie:
PEACH dalam tin.
Digaul sedikit dengan 1/2 camb gula dan secubit serbuk kayu manis.
Sapukan bahagian atas pastri dengan kuning telur dan bakar dalam oven selama 20-30 minit dalam suhu 175^C.



Sedap dimakan bersama ais krim vanilla atau juga coklat.


YUMMMYYYYY!!!
....errr...maaf...resepi cukup cukup untuk dimakan oleh anak anak sahaja..
he he he
TAK TARUH untuk abah punnnn..
.
.
sekian




11 comments:

kucingorengemok said...

oh ni versi rajin, kak, kita punya godak pakai sudu je... hehe. kita beli sour krim kat cold storage, org beli kat mydin tu area pj/damansara sana kot

ashley said...

kog,
mulanya aku nak buat versi ko...tapi dah tak jumpa sour cream tu..nanti kalau aku jumpa sour cream,boleh le aku buat versi ko pulak...

ibusinga said...

ha ahlah...ni versi rajin...
dan versi ada mixer...

et said...

uh wah..lapo2..

ashley said...

ibusinga,
rajin sebab dah tak jumpa sour cream..ha ha ha..
kalau tidak....agak mim alif lam sin juga!

et,
ujan ujan ni kan?

cHeRyNa PiReS said...

rasa macam masuk program french food at home plak kak...marvellous!!!

ashley said...

cheryna,
kah kah kah..
masak untuk anak anak jer

AZANI said...

daaaaaaaaaaaaaaaaap...

DrSam said...

dari MYdin ke Billion ke Warta cari ramuan nih. semangat harus dipuji.

Errr...rasanya camne?

anjang said...

wow macam sedap je ni. Untuk raya korban ke ni?

ashley said...

Azani,
kalau jadi jiran boleh gak hulur hulur kan?

Dr Sam,
setakat MyMydin dan Billion jer...
tak sampai warta..
dah malas nak pergi.
rasa?
sedap..agak manis la..
resepi pastry ambik dari internet...
siap tengok youtube lagi..
anak saya suka..saya tak berapa

anjang,
tak dan raya haji aih...
sekali anak anak hadap jer..HABIS!!