Tuesday, November 17, 2009

cerita di hujung hujung persekolahan..

Salam,
Cukup la mati idea cikgu bila dah nak habis kelas nih. Buku buku semua dah diberi pada anak murid. Worksheets dah habis dah. Nak bagi latihan pun ramai tak datang sekolah. Tapi masih ramai juga yang datang lagi.

Kelas aku ada 20 orang budak tapi dah tinggal 12. 8 orang tak datang.

So yang ada ni kita ajar baca 10 minit setiap seorang. Tu pun ada dua tiga yang tak nak baca.
Selebihnya buat game.

Mula mula game puzzle. Ohhhhh dah terer.... tapi ada dua orang tak nak participate.
Si Qaiyum ngan si Dina..
Ishhh... bila nak ada perasaan BERSAING nih!!

Habis persaingan dalam game puzzle.
Buat persaingan dalam cucuk straw. Jadi rantai labuh..
Wah...TEKUUUNNN jer..
Satu tali dua orang...
Kalau ada lagi acara sukan cucuk manik tahun depan, ni kira dah PRACTICE dah dari tahun ini.

Habis cucuk straw, ke acara teka perkataan.
Bagus bagi yang ada PERASAAN nak bersaing.
Bagi yang tak nak, TETAP dok baring baring bawah meja.

Pastu sebelum waktu makan, kita bercerita dulu....
JENG JENG JENG..
CERITA "SKIMA" MUSIM BANJIR!!
.
.
.

Di dalam sebuah kampung tinggal 3 orang sahabat baik.
Seorang bernama Atan, seorang bernama Abu dan seorang bernama Busu.
Atan, Abu dan Busu selalu ke mana mana bertiga.
Mereka pergi sekolah bersama sama.
Mereka pergi mengaji bersama sama.
Mereka bermain bola pun bersama sama.

AMACAM PUNYA INTRO?!! ha ha ha..

Pada suatu hari, sewaktu mereka berjalan jalan di sebuah kampung bersebleahan, mereka telah tiba di sebuah tasik yang jernih airnya.
Hari pula sangat panas.

Lalu Atan berkata kepada kawan kawannya," Wah..cantiknya air ini! Jom kita mandi dan berenang, nak?"

"Ya lah, hari pun cukup panas ni. Boleh kita sejukkan badan kita" tokok Abu pula.

"Eh, tak berani lah. Ini tasik. Airnya pasti dalam. Lagipun ibu saya selalu berpesan supaya tidak mandi manda di tasik, sungai, kolam atau laut tanpa ada orang dewasa bersama kita. BAHAYA!!" sahut Busu pula.

" Ala..kau tengok itik itik di sana itu, Busu. Air tasik ini dalamnya hanya SETAKAT DADA MEREKA sahaja. Apa yang ditakutkan. Lagipun kita hanya berenang renang di tepian sahaja. Pastinya tak dalam" kata Atan pula.

"Ish...aku tetap tak berani nak melanggar pesan ibu bapa aku la. Aku takut. Kalau kau berdua nak pergi, kau pergi la. Aku nak duduk di sini sahaja" kata Busu.

Maka Atan dan Abu tidak berfikir panjang lagi. Mereka terus menanggalkan baju mereka dan terjun ke dalam tasik itu.

Hah!!..kawan kawan semua nak tahu tak apa yang terjadi selepas itu???

.........HE HE HE HE kita minum duluuuuuuuuuu..............

Korang pun boleh sambung cerita SKIMA nih kan???

sekian

7 comments:

AZANI said...

besoknya keluar di dada akhbar...atan dan abu...terapung , kes tragedi yang biasa kita dengar

Tijah said...

jatuh tasik? hahahaa...aku tau sapa watak yg jatuh tasek tu...misti dia tgh luka kat lutut kan?

kucingorengemok said...

ni cam simplifikasi cerita falsafah dak nizam je... hehehe

tasekM said...

hahaha... gampit tijah. hahaha..

kak, ko sebut tasek2 nih... patut la aku ada rasa nk tersedak dr semalam nih. hahaha...

:p

pssttt... semalam banyak kali phone aku berbunyi. kluar no ko kak. tp aku dengar suara budak2. anak ko main talipon yek...?

kul berapa nk jumpa kenduri syirah ni kak?


.

ashley said...

azani,
aku tak buat cerita ngeri cam gitu kat budak budak tadi...lite lite bagi kesedaran buleh la..

Jah,
ha ha ha..aku cakap TERJUN dalam tasik.
bukan tersadung tepi tasik..

KOG,
tiba tiba idea itik Nizam tu aku masukkan dalam cerita..
kasi budak tadika pikir sikit!!
jangan cepat TERPEDAYA dengan apa yang dilihat...kan??

TM,
kebetulan TAS..

ha ah...aku tengok pagi ni nombor ko timbul dalam dialing list..
ada la yang nak kena piat tu.
nama ko atas sekali dalam senarai nama kat phone aku tu..
I use A**Tmerah

Norani said...

Baru jumpa blog cikgu hidayah. Rajin menulis....kejap je dah habis persekolahan utk tahun 2009. Terima kasih ajar anak2 saya. Nazihah macam mana dalam kelas? Harap dia sentiasa ada perasaan nak bersaing.

Nora (ummi naufal & nazihah)

ashley said...

Nora,
ini blog catatan kemerapuan sahaja...he he he..
welkam to my blog!