Monday, November 16, 2009

Cekal..

Salam,

Dia buta huruf..
Dia beranak sepuluh..
Dia ibu tunggal ketika berumur 44 tahun lagi.
Membela 6 orang anak yang masih hijau tentang dunia..

Anak pertama dan kedua telah berumahtangga.
Anak kedua dikehendaki menjaga dua adik yatim mereka.

Tapi dia tabah..

Dangau kecil itu tiada apa apa.
Seingat aku hanya ada tikar mengkuang yang dianyam sendiri.
Sebuah gobok yang hanya berisi pinggan murah dibeli di pasar Sabtu.
Tidak banyak mana.
Gobok pakaian..tiada.
dapur kayu berasap tebal menembusi atap nipah..

Peti sejuk? Jauh sekali
TV? Washing Machine? Kipas? Air con?
ha ha ha ha..
Letrik dan batang paip pun singgah ketika aku sudah berada di sekolah menengah.
MUJUR...

Tapi DIA berdikit dikit..
Duit jual getah!
Duit jual limau...
walaupun masam...tapi HASIL JUALANnya manis!!
Jual tempoyak..walaupun busuk tapi hasilny wangi..
Berdikit dikit dengan jualan minyak urut.
Jualan ma'jun.
Biar apa jua dikatakan orang..

bak kata pepatah sikit sikit lama lama jadi bukit..

AKHIRNYA,
DIA berjaya mencapai cita citanya..
Untuk menjadi TETAMU ALLAH..
MISKIN?
Bukan halangan..
Buta huruf??
Bukan ALASAN..
tetapi itulah cita citanya..

Duhai nendaku..

Moga KECEKALANMU menjadi teladan.
DAN MOGA rohmu..dalam keRAHMATan ILAHI!!

sekian

2 comments:

GPI SKSV said...

tau tarikh lahir nenda?

ashley said...

tak...
tahun KATANYA sebaya TOK MANIS!