Wednesday, November 25, 2009

Cuti sekolah ek?

Salam,

Okay...
Mak Ngah tahu sekarang ni tengah cuti sekolah.
Mesti releks relek depan TV atau main game kat komputer.
Atau tengah lepak lepak kat shopping komplek.
Amboooooiiiii....


Dah beli kasut?!!
Dah beli baju?!!
Wah!! yang nak naik darjah satu la tuuuu...
Semangat berkobar kobar kan?

Mak Ngah pun agak TERsiksa dok rumah.
Asek dengar anak anak bertekak.
Okay...ronda ronda sendirian.

Ambik gambar sekolah sekolah kebangsaan.
Sekitar Bandar Baru Bangi ni.
Gigih tak Mak Ngah?

HA HA HA HA..
gelak orang TENSION!!



Nama : Sekolah Kebangsaan BBBangi
Lokasi : Jalan 2/5
Sekolah kebangsaan yang paling awal di BBBangi.
Mesti dah ramai alumninya.
.
,
.
Nama : Sekolah Kebangsaan Jalan 6
Lokasi : di SEKSYEN 16
Aku tak faham sekolah ni.
Perumahan sekitarnya menunjukkan jalan 6..
tapi seksyen 16, BBB!!
Pelik?!!
Di sekolah ini terdapat kelas khas bagi kanak kanak ISTIMEWA.
Sesiapa yang memerlukan, boleh mendapat surat doktor dan memohon untuk kemasukan ke kelas ini.

.
.
.
Nama : Sekolah Kebangsaan Jalan 3
Lokasi : di Jalan 3/4, Seksyen 3
Antara sekolah yang mempunyai pelajar yang PADAT dan SESAK.
Telah mendapat status SEKOLAH KLUSTER pada tahun 2009.
Apa mender sekolah kluster???
hmmmm....
Kena tanya geng cikgu cikgu sekolah kerajaan!!
ha ha ha ha
aku? cikgu tediker jer..
.
.
.
Nama : Sekolah Kebangsaan Jalan 4
Lokasi : Jalan 4/4, Seksyen 4
Sekolah ini pun padat dan sesak.
Mempunyai dua sessi.
Pagi dan petang.
Saingan terdekat kepada Sek Keb J3.
he he he he
.
.
.
Nama : Sekolah Kebangsaan Seksyen 7
Lokasi : Jalan 7/2, Seksyen 7
Sekolah yang agak baru berbanding dengan sekolah sekolah di atas.
Semakin ramai bilangan pelajarnya kerana perumahan di sekitarnya makin dihuni.
.
.
.
Seperti bandar bandar baru yang lain, BBBangi kini sedang pesat membangun.
Jumlah penduduknya semakin hari semakin bertambah.
Perumahan dibina dengan pesat.
.
.
14 tahun yang lalu, sewaktu aku mula mula menjadi penghuni di sini, Sekolah Kebangsaan Jalan 3 merupakan sekolah yang paling baru ketika itu. Sekolah Kebangsaan Jalan 4 pula masih di dalam proses pembinaan. Sekolah Kebangsaan Seksyen 7 masih tidak ujud.
Oh ya..waktu tu anak aku pun baru 3 orang sahaja..
.
he he he...
.
Kak Aisyah baru 5 tahun.
Sekolah TEDIKER!!
.
Okay..sesiapa yang mempunyai anak berumur 5 tahun dan tinggal di sekitar sekolah yang telah aku tunjukkan ini bolehlah mula mendaftarkan anak anak mereka.
Dan jangan lupa, bawa surat BERANAK asal untuk DICOP!!
Ingat ye..aku kata 5 TAHUN!!
Kalau ada anak 6 tahun TAPI BARU NAK MENDAFTAR...
ha ha ha..alamat laaaaa..korang kena merayu kat PPD!
Silap silap...kena hantar kat Sekolah Jenis Kebangsaan.
he he he
.
.
sekian






13 comments:

Anonymous said...

adeh...
kihkihkih...
ni pehal ni jalan2 pusing2 ambik gambar sekolah2...

anjang said...

banyaknya sekolah di bangi. Dahulu rasanya tidak sebanyak ini

ASH said...

ibusinga,
ini namanya STRESS MANAGEMENT..
kita alirkan arus stress supaya menjadi mende yang lebih menafaat!!
he he he

anjang,
dulu tu agak agaknya bila?
10 atau 15 tahun lalu..

aza ni said...

bagus ash...kumpul info bagi siapa yg emerlukannya...pastinya setiap kebaikan akan di balas kebaikan...selamat dan salam aidil adha...

ASH said...

azani,
selamat hari raya aidil adha tu you tooo..
beraya di mana pulak kali ni?

cheryna zamrinor said...

SKBBB...

hehehee...ingat ada satu budak yang sha minat time sekolah. SKBBB pastu masuk SMBBB sebelum masuk sek. sha...

dulu siap usha kat mana SKBBB nieh sebab nak tgk kat mana sekolah dia.

boleh tak jadi stalker yang berjaya?

kawan2 SKBBB alhamdulillah semuanya berjaya:)

DAMAI IMPIAN D'BANGI said...

amboi! rajinnya meronda.. round satu bangi tengok sekolah orang. Apsal tak ajak aku skali boleh round satu malaya.
besday anak aku smalam tu untuk yg sulung le, anak aku bukan ramai pun 3 org jer. bukan cam kawan kita tu subur kan main dekat sedozen ek! ni musim hujan, udara sejuk hang jaga sikit..kih..kih.

jangan marah, kak ti nak mohon maaf zahir batin. Selamat menyambut Aiduladaha esok, tak balik kampung ke.

DAMAI IMPIAN D'BANGI said...

amboi! rajinnya meronda.. round satu bangi tengok sekolah orang. Apsal tak ajak aku skali boleh round satu malaya.
besday anak aku smalam tu untuk yg sulung le, anak aku bukan ramai pun 3 org jer. bukan cam kawan kita tu subur kan main dekat sedozen ek! ni musim hujan, udara sejuk hang jaga sikit..kih..kih.

jangan marah, kak ti nak mohon maaf zahir batin. Selamat menyambut Aiduladaha esok, tak balik kampung ke.

ASH said...

Cheryna,
wahhhhh..anak sapa la kena ngendap itu?
ha ha

Damai 2X,
satu malaya?
semenanjung dari hujung ke hujung dah..
he he..

GPI said...

Dah habis sekolah kebangsaan?


boleh buat topik pasal Tadika Islam sekitar Bangi...
siapkan fakta sekali.. dan perbandingan yuran..

ASH said...

GPI,
tak payah the whole Bangi, seksyen 3 pun dah LELAH!!
ha ha ha

et said...

hek3..rajin nyer pusing2 jejalan amek gambo..lalalaa~

ASH said...

et,
rajin??
bukan rajin tapi menangani ten SION