Friday, November 27, 2009

Salam Eidul Adha

Salam,

Hari ini hari raya Eidul Adha 10 Zulhijjah 1430. Ianya bersamaan dengan 27 Nov 2009 jatuh pula pada hari Jumaat.
Jemaah surau yang buat korban tak laksanakan korban pada hari ini sebab hari ni hari ni Jumaat takut tak sempat selesai kerja sebelum tiba masa Jumaat.
Jadi pepagi besok around 7.30 am, geng geng yang menyembelih lembu akan mulakan kerja.

Selalu hari raya korban ni, aku memang tak balik kampung.
Raya korban suka gotong royong kat surau.
Gotong royong bahagian masak memasak.

Sembelih lembu?
Siapa nak bagi orang pompuan sembelih lembu?!!
he he he..

Jadi orang pompuan ni kebiasaannya sewaktu orang tumbang dan sembelih lembu, dia jenguk jenguk kejap. Lepas tu dia sambung kupas bawang, hiris bawang, blender "AWAS-AWAS"
( awas-awas= bermaksud bumbu atau perencah) yang hendak digunapakai untuk memasak daging lembu itu nanti.

Di surau aku ni, saban tahun beginilah aturkerjanya.
Selalu menu masakannya ialah nasi + sup tulang, kari daging, goreng hati+daging berkicap, sambal belacan, ulam ulaman + air asam.

Bila dah selesai upacara penyembelihan selalunya geng yang kena masak ni sama sibuknya dengan geng yang potong daging.
Sebahagian daging yang dikorbankan itu diperuntukkan untuk buat masakan dan dijamukan kepada jemaah surau.
Jamuan makan itu adalah makan tengahari selepas solat zohor.

Sup tulang itu pula sepatutnya dimasak paling awal.
Sebab sebaik selesai solat zohor daging pada tulang itu nak kena empuk dah.
Kalau mula masak pukul 9, maka dapatlah direbus daging itu 3 jam...dah kira cantik dah sup tu.

Daging yang dipotong nipis nipis dan dimasak kari lebih senang empuk. Begitu juga dengan hati+daging yang dimasak kicap.

Memang seronok gotong royong dan makan tengahari bersama sama jemaah surau berdekatan rumah ini.
Baru MESRA ALAM!! Dapatlah bermesra dengan qariyah surau ni.

Gitulah...

Hmmm tapi raya tahun ini, selepas Jumaat nanti mungkin nak balik rumah mak mertua di Ipoh sekejap. Kemudian terus ke rumah kakak aku, Yong, di Bota. Adik adik lain pun semuanya berkumpul di sana.
Malam ini mungkin lepak RUMAH HINGGAP si BUDIN. he he he

Tak...kami tak terus ke sini...tak balik Semanggol.
Sebab esok nak bertolak balik Bangi semula.
Ahad nak hantar Kak Aisyah balik kolejnya dah..
Mungkin ada anak anak yang nak lepak rumah Mak LONG mereka cuti sekolah ni?
Entah lah..
Tengoklah nanti bagaimana sepupu mereka CUBA mempengaruhi mereka!!!
ha ha ha
.
.
.
.
Aku bukan apa...
Kesiankan kakak aku!!
sekian

9 comments:

kucingorengemok said...

ish ish, orang dah kenyang kat rumah abah, dia baru nak gerak...mentua kita takde dah, hihihihihi (ops, adakah terlebih gumbira?) hehe ;)

cHeRyNa PiReS said...

ye, mmg itu tugas org perempuan kak. tp tahun nieh anak dara sorang ni terlepas. sebab belum kupas bawang air mata dah meleleh2...cuba kupas lepas tu macam orang tgk cerita hindustan...hehehe..

selamat pulang ke kampung, selamat hari raya aidiladha.

kalau ada typo error mintak maaf yeee, mata tak nampak benarnye nieh...

sha.c3 said...

salam..nak panggil ape yepp..
makcik ke akak...heheh..
i'm 18years old..uia students no taking tesl..
ntah cmne jumpee blog akak nii td rasenye nk cari bda lain..entah laa saye..hehehe
emm..cikgu ke?? smk or srk??
ooo..samalaa ngan mymum nii..mymum is a teacher too..
glad to meet u here..
looking forwards to ur reply sooner!!

sha.c3 said...

opppss..lupe..
happy eid ul adha too from me whole family here..
r u in bangi?? ho'ohh...i hope u r not one of my lecturers who now staying in bangi...heheeh

et said...

ngee..sye jarang sgt2 turun padang melapah daging tu..tau2 da siap..lebey suke lepak umah..layan abg2 dtg umah..penuh umah..haha~

salam aidiladha kak..^^

DrSam said...

first time dengar AWAS...awas ye :)

Salam Eidul Adha buat Ashley sekeluarga.

ashley said...

KOG,
kita prepare ayam golek dulu sebelum balik..he he he..
now rehat rehat bersama BUDIN sekeluarga kat Rumah Hinggapnya!

Cheryna,
ko rehat je la...takut terhiris jari..lain pulak datang sakitnyer..

ShaC3,
lebih molek panggel acik je lahhh..
sebab my eldest daughter pun sama umur dengan shac3.
welkam to my blog..

shac3,
salam eidul adha to you too...

et,
kita kena turun juga bergaul ngan masyarakat..
tidak nanti jadi kekok nak buat kerja kerja...
lama lama hilang ROH bermasyarakat dan ROH bergotong royong..

Dr Sam,
'awas' is TOTALLY different from 'awas-awas'...
just like 'tupai' is different from 'tupai tupai'...

armouris said...

info tentang kebaikan cara sembelih Islam kat sini - Kelebihan Menyembelih Binatang

ashley said...

armouris,
okay..thanks!