Sunday, November 08, 2009

Hutang Piutang..

Salam,

Dalam kehidupan sehari hari adakalanya kita terpaksa berhutang dan adakalanya kita pulak yang bagi hutang kat orang.
Selalunya orang berhutang bila time nak beli rumah..yelah..kut ada duit seketul bedebub RM 200K, boleh le beli rumah CASH kan?
Tapi kalau tak ada, terpaksa la buat muka sekeping minta tolong BANK belikan rumah tu untuk kita...
Lepas tu kita beli pada BANK dengan harga lebih mahal sikit...katakan RM230K.
Mestilah BANK buat untung sebab dia dah tolong belikan rumah tu untuk kita..dia nak jual kat kita berapa harga pun, ikut suka dia laa...kalau tidak, tak usah beli rumah.
Sewa sampai mati!
he he he

Kemedian, ada pula orang susah, kesempitan wang, minta tolong ngan kita pula.
Minta pinjam duit..
Ye laaa..kita ni pun kesian. Ada duit lebih sikit, kita tolong.
Bila bila dia senang, dia bayar le..
Kita buat janji Qardhul Hassan...bagi pinjam duit CASH ni, takleh pandai pandai nak buat UNTUNG pulak.
Kita bagi pinjam duapuloh hinggit .....selepasa berapa lama sekali pun...orang tu TETAP bayar duapuluh hinggit.
Kalau kita bagi pinjam duapuluh hengget...pastu after one year kita suruh dia bayar duapuluh lima hinggit...lima hinggit tu dah HARAM....DAH RIBA..okeh??

Jadi kadang kadang orang yang pinjam duit kita tu naik LEMAK.
Alaaaa duapoh hinggit..nanti aku bayar laaaaa......katanya!!
EKSEN dia nih. Pesen muka tak malu.
Walhal hari tu minta tolong kemain lagi kan??
Heii duapoh hinggit pun TETAP HUTANG jugak.
Kalau dah ada duit, sila bayarrr..okeh?

........Okay, entry ini adalah bertujuan untuk menyedarkan seorang kawan sekolah LAMA berjantina LELAKIyang telah pinjam duit aku tahun lepas, 15 NOV 2008 hari Sabtu to be exact.
Dia nih telah pinjam duit aku sebanyak RM500 kerana ...whatever reason....
Aku dengan baik hati kasi can sama dia almost one year untuk bayar balik duit tu.
Aku minta cara baik, dia ignore SMS aku.
Aku phone dia, dia tak angkat.
Aku tinggalkan message dalam phone, dia tak der le nak call aku balik.
Aku masuk dalam email group, dia sonyap..
Ini aku nak masuk dalam BLOG pulak.

Dia nak suruh aku tayang ke muka dia dalam BLOG aku?
.
.
.
Aku considerate juga...takut malu satu dunia kan?

Ishhhh...kawan kawan sekolah aku suruh aku sabar..
Ya...aku memang sabar..
.......................ni tanda aku sabar la nih!
Kut aku pi rumah dia nanti, baru dia tau aku sabar atau tidak!

he he he he he he

sekian

psssstt...aku bukan ALONG, aku hanya mau TOLONG

18 comments:

DAMAI IMPIAN D'BANGI said...

Alahai Ashley, belum habis lagi kisah aku nak tuntut pinggan aku kau dah timbulkan satu lagi tajuk yg buat aku la..gi panas.

Bab hutang piutang duit ni, toksah cakap la, lagi teruk aku kena. Baik adik beradik, sedara mara, kawan2 puas aku laki bini kena kapur.

Nak kata aku ni baik sgt tak juga, bangang lagi la tak cuma.. cepat kesian kat org kut, tak sampai hati.

Tapi, jgn jolok sarang tebuan silap aribulan ada yg masuk icu kang! CUBA TRY, GARANG TAK AKAK!

kakpah said...

utang? Weh.. aku dah ponek pasal utang ni. tak bagi pinjam, dio merayu. datang mintak sampai ke rumah. janji nak pinjam sebulan dua. Di dah nak hujung tahun, dia buat2 lupa. Aku ni memang lah pelupa tapi pasal hutang ni, aku INGAT!!!!!!!

parents hutang yuran ngan aku ni beribu gak. Aduyai....

anjang said...

hutang emas boleh dibayar
hutang budi dibawa mati

Takutnya aku dengan hutang

et said...

huu..hutang2 xley bwk maen..kalu utang, mesti bayar..selagi mampu, xmo bhutang..kalu kne jimat gle2 pon buat jugak..takut nk hutang2..huu~

ashley said...

Damai Impian,
kadang kadang tu yang kita jadi kedekut tu...tak hingin nak jadi penjamin ke apa ke..tak pasal pasal menanggung beban orang lain! Laki aku dah masak dah bab ni..

kakpah,
aku teringat entry kakpah yang lama bab utang dulu tu... mesti tengah hangat tu..
ni aku pulak kena..
time kita nak balik duit, dia buat senyaaaaaapppp jer..
kalau dia telipun minta maap ke, sejuk gak hati kan?

anjang,
kita bagi hutang baik baik, bayarlah dengan baik kan?
kalau dengan ALONG, dah lama dah kena dia nih!!

ET,
jangan berjinak dengan hutang..
kut ada pinjam PTPTN ke, MARA ke, esok esok dah dapat kerja dan bergaji...sila bayar...
he he he

kucingorengemok said...

dulu kat ofis ada serial-borrower, buat muka kesian kata claim tak masuk², sekali pecah lubang rupanya ramai orang kat ofis dah pinjamkan dia duit, kira total beribu²... last² dia cabut camtu je, cari kat rumah pun takde [dan ni zaman sebelum m.l.m]

cHeRyNa PiReS said...

huuuuuhhh...garang tuh kak along sorang nieh:)

hmmm...teringat plak lagu m.daud kilau tuh.."satu ringgit...dua ringgit...empat ringgit...."

macam ada kena mengena.

tp rasanya maybe dia tak mampu nak bayar lagi kot, dats why dia ignore. cuba tanya org2 terdekat?

* akak..sha suka layout baru akak nieh:)

ibusinga said...

letak je gambar dia...
siap nama penuh lagi...
(jahat nya aku... :) )

GPI SKSV said...

emm.. saya ada hutang lg kan? berapa ye?

Nizam.Ariff said...

Hutang emas boleh dibayar, hutang budi dibawa ke mati.

Betul ke?

Aku rasa, semua hutang boleh bawak ke mati kalau tak bayar...hehehe

tasikmerah said...

komen yg x de kena mengena.

kak, kenduri syirah minggu depan, kan. mmg pesen sharp pukul 12.00 yek...? lewat semenet pun tak bulih yek...? :)

aku tunggu ko kt sana tau. td br bukak kad yg ko hantar tu. sekali dekat dgn greenwood daaaaa... so aku balik greenwood hr jumaat ptg. sabtu kita jumpa yek? ko nk beli hadiah apa hah? aku dh tak de ilham la kak...


.

ashley said...

KOG,
tu pasal aku hebah pada kengkawan sekolah aku yang lain tu...aku takut ada yang terkena. cuma aku tak habag nama lagi la...tunggu seminggu dua. Kalau kawan ni buat tak tau juga, aku DECLARE nama..

Cheryna,
aku ni jenis concerned tapi kalau ada yang cuba ambik peluang..then aku tau la cara nak ajar...
he he he

ashley said...

ibusinga,
tambahan...
no kad pengenalan..
alamat rumah dan tempat kerja
ha ha ha...
bahaya kan berhutang tak bayar nih!!

GPI,
weiii dah settle laaa..
sebelum pindah Kedah, itu hari!
langsai...kalau tidak, dah lama kasi REMINDER!!

ashley said...

Nizam,
memang le dia bawak ke mati....roh tergantung gantung....bagus kan?
ha ha

TM,
Syirah cakap hari tu, start nye memang 12 tghari. tapi berlanjutan macam kenduri orang Melayu kita gak...

hadiah baju tidur???
ha ha ha

weiiii... dulu kawan aku bagi hadiah macam tu kat aku!!

best gak!!! ha ha ha ha ha ha

Norazah said...

Ashley, lama tak komen. sibuk. Ttg bab hutang ni, mmg payah nak kata. Nasib baik hutang dgan gomen masa ke USA dulu tak kena bayar. Skg ni hutang dgn bank n credit card ajalah.
Next time, u hv to be careful. Sy doakan semoga Ashley mendpt semula wang yang dipinjamkan. Amin.....

Norazah said...

Ashley, lama tak komen. sibuk. Ttg bab hutang ni, mmg payah nak kata. Nasib baik hutang dgan gomen masa ke USA dulu tak kena bayar. Skg ni hutang dgn bank n credit card ajalah.
Next time, u hv to be careful. Sy doakan semoga Ashley mendpt semula wang yang dipinjamkan. Amin.....

Lukman said...

Hem, hem ....

1. Hutang pada seorg member sek RM 50 semasa dia buat persediaan ke oversea tahun 1988 - bayar bila jumpa dia tahun 2003!

2. Hutang pada seorg member tu masa di UM 1987 (beli motor dia RM 1100) RM 100 - bayar bila jumpa dia bulan lepas (Okt 2009!).

3. Ada le 5, 6 org yg masih berhutang kat aku (jumlah semua byk juga!) - kalau dia org masih sesak tak apale - bila senang nanti bayar le - kalau sudah ajal - aku halalkan tapi kalau senang juga tak bayar payah le aku nak halal!

Lukman

ashley said...

norazah,
kita dapat BIASISWA...he he bukan PINJAMAN..
dan yang leganya saya tak dak credit card!...ye lahh. cikgu tadika jerrrrr...sedor diri!

Lukman,
pepandai le manage kan?