Tuesday, July 28, 2009

Takziah kepada keluarga Dr Mahadzer Mahmud.

Salam,

Petang tadi adik ipar aku datang singgah rumah aku bersama seorang rakannya.
Dia kebetulan datang ke UITM Shah Alam semalam.
Tujuan kedatangannya itu adalah dalam berkira kira untuk further study.
Nak sambung PhD...

Selesai taklimat penting di UITM itu pula sepatutnya dia terus balik.
Tapi kawan dia tu pulak dapat satu call kata seorang sepupunya yang bernama Mahadzer Mahmud telah diserang sakit jantung dan meninggal lebih kurang jam 12.40 pagi ini.

Tau siapa dia sepupu kawannya itu?

Dr Mahadzer Mahmud...CEO KLIUC (Kuala Lumpur Infrastructure Univ College)

Keluarga Allahyarham Dr Mahadzer ni pulak kebetulan pernah tinggal berjiran dengan aku sebelum dia berpindah ke rumahnya sekarang. Juga di BBBangi ini.

Dulu sewaktu mereka baru pulang dari USA, mereka menyewa di kawasan kejiranan aku ni.
Dan aku baik juga dengan isteri dan anak anaknya.
In fact, anaknya si Afiq, Adibah dan Adib happened to be my anak murid yang datang dok mengaji malam malam atau petang petang di rumah aku.

Itu kira kira lebih kurang 9 atau 10 tahun yang lalu.
Waktu tu anak anak ni semuanya masih bersekolah rendah lagi.

Sekarang ni, kadang kadang aku terserempak juga dengan kak Ita ( isteri Allahyarham ) di pasar seksyen 4, BBBangi.
Tiap tiap hari, aku sebenarnya melalui hadapan rumahnya tapi tadi memang aku tak perasan bahawasanya ada kematian di situ sehinggalah sepupunya ( kawan adik ipar aku ni) datang dan beritahu..

Inna lillahi wainna ilahi rajiun..

It was quite a shock to me!

Walaupun sebenarnya aku tak lah terkejut bila mendapat tahu bahawasanya Abang Ded kena serang sakit jantung sebab sewaktu dia jadi jiran aku lagi, dia dah ada penyakit ini..
( dia didapati ada heart problem sewaktu umur 38 lagi..)

Yang sedihnya baru minggu lepas birthday dia..
Aku tahu sebab waktu dia berjiran dengan aku, kak Ita selalu bagi pulut kuning dengan kari daging/telur on 20th of July...( her husband's birthday) dan ianya sehari selepas birthday anak aku si Maryam (21st of July).

Waktu kak Ita jadi jiran aku, anak bongsunya Dik Nor Afiqah pula suka bebenor nak main dengan baby..maka Rahmah la yang selalu jadi anak angkat kak Ita. Kak Ita rajin dok bawak lari Rahmah dan si kecil itu siap lepak kat rumah dia. Kemain Rahmah dapat Royal Treatment sebab waktu tu Rahmah lah yang masih baby lagi!

Nama Allahyarham Dr Mahadzer Mahmud ni selalu saja keluar dalam news kalau ada kejadian tanah runtuh atau apa apa kejadian yang melibat struktur tanah.
Itu bidang dia..
Civil Engineering..aku rasa dia fokus dalam bidang Soil Struktur! ( aku rasa laaa..yang ni aku tak berapa nak tau..hangpa google la nuuu...sebab dia memang selalu masuk paper!)

Rasa sedih menghiba juga..
sebab aku dok terbayang anak anak dia..(Afiq, Adiba, Adib and Afiqah)...and also kak Ita!

Semoga Rohmu sejahtera di sana Doc...

Al Fatihah..

wassalam

7 comments:

lukmanw@gmail.com said...

Alfatihah

Aruah mmg Civil Engineer yg byk terlibat dlm bencana tanah runtuh ini.

Kebetulan ada beberapa papernya saya guna utk kelas Emergency Response saya.

Lukman

ASH said...

Lukman,
dia ada menulis satu buku yang dalam proses nak diterbitkan.
...........
kalau ada budak engine yang nak buat reference, boleh la tengok tengok nanti..

Gurindam Jiwa said...

Prayers and do’a to the whole family.

انّا للہ و انّا الیہی رجیعون

الفاتحة

al-Fatihah.

Insyirah said...

Saya juga kenal Prof.Mahadzer. He's really a great man. Saya dapat berita ini pagi semalam, memang sedih sgt2. Dia sgt baik dan anggap kami ni mcm anak-anak dia.

ALLAH lebih sayangkan dia. Moga Allahyarham ditempatkan di kalangan orang-orang yg beriman...Amin.

:(

ibundo said...

Allah memanggil balik sesiapa yang dikehendakiNya. Alfatihah untuk allahyarham dan takziah buat keluarga yang ditinggalkan.

ASH said...

Insyirah,
yes..indeed.
a nice and humble man!

kakpah,
aminnnnnnn...

ASH said...

GJ,
ya..hidup ini begitu sementara..