Monday, July 20, 2009

Opppsss..mana si Jenab nih?

Salam,

Aku tak pernah cerita lagikan kat korang semua perihal satu peristiwa nih..
Rasa rasanya lah..

Not in the blog..Tapi aku dah pernah cerita kat dalam forum group sekolah aku. Dahsyat tau..habih aku kena kutuk!

Kalau aku cerita kat sini pulak, agak agak aku nak kena dakwa ngan MAHKAMAH tak?


Please la...
Ini kes KETIDAKSENGAJAAN!
Nak dongar ke tidak niii??

hah..
.
.
.
.

sila ambik tempat masing masing ek..
Wayang dah nak mola..

Peristiwa ni berlaku dalam tahun 2000..( kalau tak silap aku la)
Masa tu anak anak aku HANYALAH lima orang sahaja..
Kiranya masih tak ramai lagi macam SEKARANG.
( sekarang ni pun ada juga orang suggest kat aku suruh CUKUPkan sepuluh..
SUH dia beranak, pandai pulak dia bagi alasan)

Okay okay..kita teruskan bercerita cum berceloteh
Ceritanya bermula begini...


Pada suatu hujung minggu, aku dan suami aku bercadang untuk membawa mak mertua dan tok mertua aku pergi berkelah kat pantai Teluk Kemang. Waktu ni tok mertua aku memang la tinggal bersama dengan kami dan mak mertua aku pula tinggal bersama adik suami aku di Bukit Antarabangsa.


Pada tahun 2000, mak mertua aku ni macam kena penyakit MURUNG. Sebab suaminya dah meninggal dunia. Actually, suami mak mertua ( ini BAPA TIRI suami) aku ni dah meninggal dunia pada tahun 1998 tapi keMURUNGannya agak serius sehinggakan adik ipar aku ajak dia tinggal di KL..kut kut la bila dah bertukar angin maka kurang sikit penyakitnya itu.


So pada hujung minggu itu, kami sekeluarga, suami, aku, anak anak aku yang berlima, mak mertua dan tok mertua naiklah van SERENA (bontot bulat) kami menuju ke destinasi. Suami, aku dan Rahmah ( yang masih KOCIK bonar) duduk bahagian depan sekali..
Maklumlah drebar dan co drebar..

Tok mertua aku ( Tok Manis ), Aisyah dan Maryam seat bahagian tengah.
Manakala Mak mertua, Jenab dan Husna ( anak ketiga ) aku seat belakang sekali..

Meh sini aku boh umur anak anak aku waktu tuu..

Si Aisyah umur 9 tahun, si Maryam 7 tahun, si Husna 5 tahun++, si Jenab 3 tahun++, manakala si Rahmah setahun lebih.



Kami melalui lebuh raya Seremban-Port Dickson yang pada waktu itu masih KURANG bonar kereta yang melaluinya. Masih agak baru lagi.

Kami pergi sekira kiranya hampir waktu zohor. Terus menyinggah di Masjid Pantai Teluk Kemang untuk bersolat Zohor. Selesai solat, kami makan di kawasan gerai tepi pantai awam. Makan tengahari kat situ boleh tahan juga sedapnya kalau kena gerainya.
Setelah makan makan di situ, aku, suami dan anak anak membeli sedikit makanan untuk duduk duduk di tepi pantai bersama Tok Mertua dan Mak Mertua.

Anak anak aku si Aisyah terutamanya mana sah kalau pergi pantai tak mandi. Jadi suami aku pun menyewa pelampung dan mandi manda bersama mereka. Maryam dan Husna pun joint sekali..Zainab sekadar main pasir di gigi air kerana waktu tu masih berusia 3 tahun lebih.

Setelah hampir waktu Asar, anak anak aku tu pun dah letih benar dan kami pun bersiap siap untuk balik. Singgah semula di masjid Teluk Kemang untuk mandikan anak anak aku ni dengan air paip sekaligus menyalin pakaian mereka. Kami yang dewasa berehat seketika untuk solat Asar sekali.
Semua itu kami lakukan bergilir gilir. Aku took care si Zainab dan si Rahmah sementara Mak mertua dan Tok mertua serta suami aku bersolat dulu. Sementara mereka bersolat, aku menyiapkan urusan anak anak. Setelah anak anak selesai disiapkan maka suami serta mertua aku pun selesai solat Asar. Giliran aku pula bersolat dan semua anak anak diletak di bawah penjagaan suami dan mertua.

Sementara aku bersolat itu, anak anak aku masih bermain main sekitar tempat berwudhu' lelaki. Mereka bermain aci aci dan nyorok nyorok..
Selesai solat, aku pun terus mengambil Rahmah dari dukungan abahnya kerana sewaktu itu dia dah mengantuk serta mula meragam seraya minta disusukan.
Suami aku terus menggesa anak anak yang lain naik ke dalam van..tanpa MENGIRA terlebih dahulu semua anak anaknya memandangkan mak mertua dan tok mertua aku ada BERSAMA...
( mengharapkan mereka juga menjaga anak anakku)
Semua anak anak di dalam van itu semakin senyap. Aisyah dan Maryam dah mula nak tidur....
Al maklum dah letih.
Setelah van dipandu masuk ke LEBUHRAYA SEREMBAN-PORT DICKSON, tiba tiba anak aku yang ke tiga si HUSNA yang sewaktu itu berumur 5 tahun ++ bersuara..

" Eh, mana Zainab?"

Jeng! Jeng! Jeng!

Aku terus beralih ke belakang. Ingat kut dia tertidur ke apa ke sebab sunyi dan senyap je dah..Kut le dah terbaring kat lantai ke..

"Tengok betul betul..." aku kata.

"Hmmm mak perasan tadi dia takdak.." sahut mak mertua aku pula

"Dah.... kalau hang perasan dia tak dak, awat hang tak besogha?" kata Tok Mertua aku..macam marah aje kat mak mertua aku..

Suami aku tak mau kata apa...SAH LA ANAK AKU TERTINGGAI kat masjid....

ZOOOOOOOOMMMMMM.....dia bawak kereta macam oghang nampak pelesit. Bukan senang nak U-TURN di highway tu. Keluag kat Lukut baru boleh patah balik. Sikit punya jauh ka. Dah masuk highway, macam ni lah!

Aku pun senyap tak mau kata apa..Mujurk highway tu tak dak kereta. Kalau ada polis tahan pun kami nak minta bantuan polis. JADI ESCORT!
Aku tengok jarum kat speedometer van berada kat 140km/hr jerrrrrr..
Subhanallah!!

Sesampai kami di Masjid Teluk Kemang tu, dari jauh aku nampak anak aku dengan baju skirt PINKnye yang comel dok MELALAK sampai terhinggut hinggut badan!

Okay...abah datang for the RESCUE!!

Alhamdulillah... waktu kami solat asar tu elok masuk waktu. Jadi masa waktu Asar masih panjang dan masih ramai orang yang solat kat situ.
Mesti orang di situ ingat, hah, budak ni nangis mak ayah dia tengah solat!!

WALHALnya....hmmmmm..

okay okay....don't say anything..I know I know..OUR FAULT!!
Semenjak kejadian itu, aku dapat satu CONCLUSION....anak anak ni dipertanggungjawabkan ke atas IBU dan BAPA.....BUKANnya orang lain.PERIOD!

Dan setiap kali pergi mana mana aku panggil sorang sorang anak aku!
By names and their numbers!

1)Aisyah
2)Maryam
3)Husna
4)Zainab
5)Rahmah
6)Raudhah
7)Huda
8)Muhammad
9)Mawaddah

dan semua kena menyahut...SAYA!
macam askar tak?

he he he

okayyyy...take care.
sekian

10 comments:

Insyirah said...

Saya plak yg nervous bila baca part anak tercicir. Fuhh...waktu tu mesti cemas gila. Nasib baik zainab tak pergi mana-mana, stay kat satu tempat sambil melalak. Kalau tak, jenuh plak nak cari.

ashley said...

Dia nyorok di sebalik tempat ambik wudhu' waktu kakak kakaknya berlari naik van..Kami pulak tengok macam anak dah ada semua..nampak macam dah RAMAIIII...SILAP TEKNIK sebab tak panggil sorang sorang!

Dia berdiri kat tempat ambik wudhu' tu sambil MELALAK LALAK nanges..hinggalah kami sampai!kussssss...semangat..

Tijah said...

hehehe. main2 sebut nama ni tingat aku masa panjat gunung angsi dulu. aku penah tercicir sekali seb baik dapat catch up. kalu tak misti aku dah kawen dgn tarzan skrg. huwaaa...

ashley said...

Tijah,
dek kerana selalu sangat memanggil nama anak anak...kalau nyuruh seorang anak buat satu kerja pun..satu batalion aku sebut nama..sampai anak aku kata kak Aisyah dan kak Maryam tak menyahut sebab MIA!

ashley said...

Jah..patut hang kena jadi puteri GUNUNG ANGSI..kawen ngan dewa bunian..

kakpah said...

masa anak aku kecik dulu, setiap kali masuk kereta mesti kira dulu. kot2 terjadi macam hang ni la.
Mau tak comeh....

AZANI said...

home alone pun ambik pengalaman ini buat filem,rasa akulah...

kak ina kl said...

salam..nasib baiklah jumpa..issss kena berhati-hati skrg ni tau..dulu tak banyak penjahat...skrg ni byk warga asing..

ashley said...

Kakpah,
selalunya memang aku kira juga..tapi memandangkan dah ada tok dan mak mertua aku, aku rasa boleh rely on them...tak sangka yang mak mertua aku masih berada dalam situasi DEPRESSION..dia macam berada somewhere else..

ashley said...

Azani,
kalau tertinggal dekat rumah..lain hal..ini budak umur 3 tahun++..mak aiiii..COMEI lak tu!

Kak Ina,
teringat budak yang terlepas merayap kat SOGO tu..
Itu budak 5 tahun tu.
haihhhhh..Nauzubillah