Saturday, July 11, 2009

Apa yang penting KERJASAMA..

Salam,
"...........APA YANG PENTING? KERJASAMA! APA YANG PENTING? KERJASAMA!
Linny, Tuck dan Ming-Ming juga..wonderpets datang membantu..
Kami tak besar dan kami tak kuat, bila bekerjasama semua jadi mudahhhh..
yeah..wonderpets!..yeahhh!"


Familiar tak dengan lirik lagu di atas.

Alaahh..... itu di antara senikata lirik lagu tema rancangan WONDERPETS yang disiarkan setiap hari jam...errr 3.00 petang diTV9. Rancangan ini telah dialihsuarakan dari rancangan asalnya yang berbahasa Inggeris. Versi bahasa Inggerisnya tak silap aku disiarkan pada waktu pagi diTV3.

Jam berapa? Aku tak tauuu... sebab pada waktu pagi, aku di sekolah..

Mungkin waktu siarannya jam 9 atau 9.30 pagi.


Cukup menarik rancangan ini terutamanya bagi kanak kanak berumur antara 2 tahun hingga PRA sekolah. Dan yang mengkagumkan, sewaktu rancangan ini mula mula diperkenalkan di TV9, anak aku yang di sekolah menengah pun sibuk memperkatakan tentangnya. LAGU TEMA ini cukup menarik sehingga sering dinyanyikan oleh kawan kawannya termasuk yang lelaki sewaktu disuruh bekerja secara berkumpulan!


Hmmm...menarikkan?


Aku pun kalau menyuruh anak anak murid aku berkerjasama sewaktu bermain dan bekerja secara berkumpulan..rancangan WONDERPETS inilah yang akan aku JUAL!!

ha ha ha...

bukan apa..

the three pets, seekor anak itik, seekor kura kura kecil dan seekor hamster atau lebih kepada guinea pig (but it's not a pig!..mind you) itu sungguh comel dan memang menawan hati anak anak muridku.


Ada seorang anak murid aku beritahu yang dia membela seekor kura kura dan menamakannya TUCK serta menganggap kura kura itu adalah salah satu dari WONDERPETS..

ha ha ha...

tapi of coz la..kura kuranya itu tak berjalan AKTIF macam kura kura dalam wonderpets yang ke sana ke mari seluruh dunia..dalam misi menyelamatkan kawan kawan!


Hebatkan cara penyediaan rancangan ini?

Bayangkan rancangan ini hanya disiarkan cuma 20 minit. Messagenya cukup simple tapi penuh beerti....'selamatkan kawan dalam kesusahan..dan bekerjasama dalam apa jua dugaan'


Hmmmmm...aku dok berkira kira, satu idea mesti diperah untuk buat satu persembahan masa Graduasi Cilik AULAD..

he he he..

an idea just POPS OUT!!


smile..

6 comments:

kakpah said...

Haha.. idea sudah mari. baguih..

umi_e said...

salam... memang bagus msg yg ingin disampaikan tapi... apakah msg itu dpt diserap oleh anak2?

ashley said...

kakpah,
satu idea sudah timbullll..

umi_e,
well..kalau dah hari hari tengok memang sampai dan lekat dalam kepala!

kucingorengemok said...

suami saya gi kursus 4 hari, room-mate dia pasang lagu ni kat alarm hp... sudahnya sejak balik kursus tak berenti nyanyi, sampai pening org yg mendengornya! aaaa!!

Nizam.Ariff said...

Aku pelik sebab ramai org veteran kat tempat aku keje pun suka cerita pasal ni...

ashley said...

kucingorengumok,
kiranya suami awak tu masih mempunyai jiwa kanak kanak..

nizam,
veteran pun kalau tak bekerjasama mesti patut malu ngan wonderpets..jadi kena tonton rancangan ini..