Saturday, July 04, 2009

Wahai anak..

Salam,


Aku tertarik ngan tulisan adik BerahimNYOK tentang bebudak Melayu sekarang. Penulisan Kakpah tentang 'mencangkul kat belakang rumah jumpa emas seketui' tu pun ada kaitan gak. Baca lagi penulisan penulisan dari Pakcik Usop Al-Berangque..
Hmm.... semuanya menulis tentang betapa susahnya nak MENJANA INSAN!


Bagi aku sepanjang zaman...sejak dari zaman Nabi ADAM, tiada sedetik waktu pun yang boleh dikatakan SENANG untuk MEMBENTUK INSAN ni!

.................................................................................................


Kita mengeluh ( walaupun tak baik kan mengeluh ngeluh..) perilaku anak muda kita cam gini, cam gitu, itu ini dan sebagainya..Tapi bagi pandangan aku yang terukkkk tetap ada..yang baikkkk pun tetap ada.




Waktu aku remaja, memang aku jarang dengar bebudak sekolah menengah MENGANDUNG anak luar nikah. Kat university pun jauh sekali....sebab kebanyakan yang di University tu yang telah terpilih. Kut nak perangai teruk pun ialah geng yang kerja bawahan seperti pekerja kilang. ITUPUN payah juga nak mendengar kisah gadis MENGANDUNG tak tentu pasal.


Kalau ada, mungkin tak berani balik ke rumah..ataupun lahirkan anak nun ke negara seberang.(Singapore atau Thailand). Mungkin anak yang dilahirkan pun tak berani nak di bawa balik dah.


Tapi sewaktu zaman aku juga, tak ramai orang yang menutup aurat. Kalau ada pun mungkin digelar HANTU KUM KUM..yakni kebanyakannya dari jemaah Al-Arqam. Makcik makcik kebanyakannya sekadar berselendang nampak jambul sana ke sini macam orang Pakistan.
(Itupun sebenarnya berdosa tapi dosa BERZINA lagi teruk!)

.........................................................................................................

Sekarang ni, bebudak perempuan kat sekolah kebanyakannya diWAJIBkan pakai tudung.. tapi makin galak pula mereka yang berzina. Tak kira pakai tudung ke, pakai kain singkat ke hatta yang bertudung labuh sampai ke ponggong sekali pun sanggup berzina!
( Seorang Ustaz pernah menangkap seorang pelajar sekolah agama berzina dengan boyfriendnya dalam keadaan berpakaian sekolah lengkap bertudung labuh dan berstokin sampai ke LUTUT....D*MN!!)

Aku dengar ceramah tu rasa macam nak menangis pun ada..
Rasa macam nak marah pun ada..
Rasa begitu hampa pun ada..

Waktu aku di luar negara, perkara berkesedudukan memang ada berlaku. (aku nak kata depa berzina tak boleh sebab aku tak nampak sendiri ngan mata kepala aku) tapi..memang aku tau girlpren siapa yang datang dari luag, tidog sekatil ngan student lelaki ni..
NI PUN SAKIT JIWA GAK!

Tapi di luar negara, BOLEH LAH bagi EXCUSE..oooo terpengaruh ngan Mat Salleh. tak tahan godaan..bla bla bla...Tak dak mak bapak nak tegur..

Eh..Ni yang depan mata mak bapak boleh selamba dekkk ni lagu mana pulak?
FRUST KAN?.....especially kalau mak bapak mengharap benar untuk anak jadi baik. Tup tup buat perkara tak senonoh.

.....................................................................................

Bila sebut didikan pula teringat MAK BAPAK yang semakin sibuk bekerja sekarang..

Hmmm...
ada tak orang kaji KESAN kedua IBU BAPA BEKERJA ini ke atas AKHLAK anak?
semenjak dari baby sampai remaja..sampai masuk U?

Aku rasa ada..

Aku pun macam boleh nampak dah kesan/pengaruh kedua ibubapa BEKERJA ini terhadap akhlak anak anak TADIKA dan juga terhadap PELAJARAN mereka.

Anak anak ini ramai yang ditaburi dengan mainan mahal mahal, duit yang banyak, pakaian yang cantik cantik tapi tetap ada kekurangannya..AKHLAK sukar diCANTIKkan.
Kat rumah yang cantik dan hebat itu hanya BIBIK yang mendidik..bukan dari IBU...

Sayang seribu kali sayang..

Kalau waktu mak ayah pergi kerja bulan tak habis jatuh lagi...waktu balik pulak dah tak nampak matahari, bilakah waktunya dia nak mendidik anak dia?
Kalau anak tak pandai, rosak pulak akhlak...cikgu salah ke?

wassalam

sekian

4 comments:

kakpah said...

budak dulu baya aku pakai mini skirt dah biasa. Kat sekolah pulak PE pakai short. Tudung? salam lah.. tapi masalah disiplin jarang dengar. Yang beranak pun tak dengar.
sekarang banyak sangat pengaruh. CD mengarut pun melambak. Internet pun, kalau nak tengok main ketuk keyboard je.
Walaupun tak semua mak bapak beratkan agama tetapi kebanyakannya mengajar anak-anak dengan nilai islam sejak kecil. Sampai masa ada juga anak yang terpeleot dari landasan. Siapalah nak kita salahkan ni. Salah ibubapak? salah anak? salah kengkawan? salah masyarakat? salah kerajaan? salah teknologi yang makin canggih?
Poning kopalo den.
Bayi yang terperosok dalam tong-tong sampah semakin melambak. Nampak sangat nyawa dah tak bernilai sekarang.

weh.. panjangnya aku menceceh.

Nizam.Ariff said...

Kita salahkan Setan dan Iblis... hehehe.

Tapi, tak bulih salahkan depa sebab apa yg depa buat tu betul. Bukan ke Setan dan Iblis tu kejenya menyesatkan dan memesongkan? Maknanya, depa buat keje. manusia pulak kena hindarkan semua tu. Jadi, yang tak buat keje ialah manusia...

Jangan la nak salahkan sesiapa. Kita tak pasti, mungkin semua itu adalah dugaan dari Tuhan dan mereka yang kecundang adalah mereka yang gagal dalam ujian Tuhan. Kita nak halang macam mana kalau? Kita hanya boleh berdoa supaya tak berlaku kpd kita dan keturunan kita... tu je la.

Fitnah Dajjal dah dekat. Nabi dulu dah risau pasal ni. Baca surah Kahfi byk2...

AZANI said...

salah satu tanda tanda sebelum kiamat, zina berleluasa.

teringat satu set dailog antara remaja lelaki dan remaja perempuan.yang dicakapkan sambil mebeli ayam goreng dan kentang fries di pasar malam.
p: i bukan taknak,tapi kita baru je kenal.
l:aala relaksla..nanti kita kenalllah dalam dalam...

mereka lupa yang mereka berada di pasar malam, tak nampak orang sekeliling,
aku nyampuk,kenal apa yang dalam dalam dik...
agaknya baru tersedar, mereka terus berlalu, patut aku follow depa sampai rumah.

CatlinaFly said...

yes..so scary membesarkan anak2 zaman ini...tempat sy dah ade berlaku..3 couple (student)ditangkap basah satu mlm!tapi muke cam tak bersalah je..agaknye bagi diorg, benda tu tak salah...open minded lah kunun2 tu..nauzubillah..mmg kita ni dah di akhir zaman...