Monday, July 27, 2009

Rezeki..alhamdulillah!

Salam..
Sebenarnya hari ini ingat nak puasa sunat.
Dah masuk Bulan Syaaban kan.
Rejab dah berlalu..Itu bulan Allah tu. Elok juga puasa sunnat.
Ini dah Syaaban..Bulan Rasulullah. Elok juga puasa sunnat.
Ye lah..Tak lama lagi nak Ramadhan .
Kalau tak dilatih perut tu takut lembik pulak Ramadhan nanti..
Dah niat nak bangun sebelum Subuh. Tup tup sedor sedor dah 6.10 am.
Hmmmm..
Kalau tak minum secawan air Milo, berat juga nak puasa.
Sebab bangun bangun tidur je mesti nak minum air.
Sekarang ni kadang kadang cuaca tak menentu..
Panas...hujan..panas...hujan
jadi cancel la untuk puasa..
orang lain akak tak tahu la..
Pun begitu hari ni pepagi lagi rezeki dah sampai..
Akak ambik budak naik kereta sama akak pergi sekolah.
Bapanya balik weekend lepas.
tup tup..dapat le buah tangan sebiji ni..
Berdengung baunya satu kereta!

Petang ni akak buka la kat rumah...

Hmmm..
tengok isinya tak banyak sangat..
Ini buah cempedak yang jenis kulit tebal..empulur je yang banyak..

haiihhh
apo macam?
anak anak dah berkobar kobar nak makan cucur cempedak nih..

sooooo
akak pun buat JEMPUT JEMPUT CEMPEDAK!

rekaan bagi yang beranak RAMAI..

ambik isi cempedak, buang bijinya..
tak payah digoreng sekali.
koyak koyakkan isi yang ada
campur tepung, gula sikit, garam secubit
bancuhkan ngan air suam..

goreng dengan minyak penuh

jadilah..
hah! dapat dua pinggan JEMPUT JEMPUT CEMPEDAK nih!

(macam cekodok pisang except digantikan cempedak aje)
Kan dah ada yang melarikannya...
he he he
panas panas tuu...


laksa ni pula sebagai tambahan untuk makan minum petang ini.
beli kat seksyen empat tambahan.

buat promosi abang ni punya laksa KEDAH
sedap...

kuahnya di masuk dalam periuk TANAH tau
akak syak dia taruh ikan kering kurau sama dalam itu kuah..
RASANYA PURE!!
memang macam KUAH LAKSA KEDAH!



Ini yang tak digodak godak lagi nih..
kalau dah kena sekali..
mau berulang ulang kali kunjung kat tepi jalan tu!
kepada yang berpuasa hari ini
SELAMAT BERBUKA PUASA!

sekian...

9 comments:

Nizam.Ariff said...

Aku suka makan cempedak begitu sahaja. Original rasa buah..

Cikgooden (Selumbar Emas). said...

laksa...aku suka.

ashley said...

Nizam,
kalau buahnya berkoyan memang la syoq makan begitu saja..
ini ada sebiji..
isi kurang pulak tu..
terpaksa la dibuat CUCOQ!
buat genaaaaa..

cikgooden,
kat bangi ni yang sedap..jual tepi jalan dekat ngan Restoren YUS di seksyen 4 tambahan.
petang petang 4.30 -6.30 pm...

kut nak sedap lagi, samada suruh mem buat atau kena lajak pi KEDAH ngan PEGHELIH!
he he he

kakpah said...

aku suka cempedak dan laksa.

ashley said...

Kakpah,
cempedak goreng?
laksa kedah?

cempedak saya ni kurang sikit..
seronok tengok anak anak makan ja.

Laksa pulak kalau kuahnya mengancam..memang seronok la kalau dapat makan.
Kalau kuah yang cerooooiiii, setakat masam ja..hmmm lemah semangat nak makan!

Insyirah said...

Saya pun tak berapa minat cempedak. Kalau durian tak apa. Bleh pulun banyak-banyak. Ngeeee.. =D

Laksa memang favourite saya. Slurrrppp.. :)

tasikmerah said...

kak, aku ni konon2 tak minat nk goreng2. banyak minyak. aku cekik je cempedak tu begitu sahaja. sebiji satu petang. hahahaha...



.

kucingorengemok said...

si peghak ni (saya le) tak reti pilih cempedak, suruh brader pasar tani tu pilihkan yg elok-elok... dia pilihkan yg muda berseri, elok la, tapi tak dpt den nak goreng nyo!

ashley said...

Insyirah..
Nak makan laksa?
jom pekena seround!

TM,
bebaik..
cempedak MEMANG boleh SANGKUT
bebaik..

KOG,
Senang je wehh..
cium bau..
tak dak bau, tak masak lagi!