Monday, July 13, 2009

Kisah canoing..

Salam,

Ada satu malam tu. Masa tu buat family day. Kat Nogori Sembilan.

Akak betul betul tak leh tidor. Ingat apasal la..sakit badan..cam nak cramp gitu.. Tangan KEBAS habis habisan. Rasa nak nangis tau! Puas akak pusing pusing.. Lari lari anak dalam bilik. Loncat loncat. Senam senaman. Buat cam aerobik pun ada..

Tapi kebas di tangan, bahu dan badan tak nak hilang hilang..Habis tu, akak bangunkan abang yang dah lama belayor dalam dengkurannya yang seakan akan motorbot sangkut ituuuu..( minta minta dia tak baca entry nih! kalau tidak merajuk nanti..) Suruh dia tolong urutkan tangan yang kebas dan bahu yang berdenyut denyut sakit!

Alah..korang pun pikirlah kan. Orang yang separuh sedar disuruh memicit badan kita yang lenguh ini....hmm.. ada kut tiga minit dah berdengkur semula!

Akak kata dalam hati, 'Serik aku macam ni..Ini lah akibatnya kalau tak WARM UP terlebih dulu'

Korang tahu apa yang akak telah lakukan disiang harinya masa tu?

Aku berKAYAK!
CANOING kalau dalam bahasa orang putih. Bukan sekejap tau!
TIGA JAM NONSTOP!!
dah la tuuu..
Tak reti nak WARM UP dulu..
Nampak canoe, terus TERKAM macam orang yang kelaparan menengok AYAM GOLEK Tijah.

Fulamak..best tau berkayak ni. Rasa macam tengah buat pelayaran keliling dunia sorang diri. Walaupun engko sebenarnya mengelilingi tasik buatan manusia!
ha ha ha

Tapi kalau aku dapat berkayak tempat yang cantik dan 'breathtaking' macam gambar bawah ni..
Maunya tak balik..

Bukan apa..
disorok dek MAMBANG AIR!!

Apa ke hal berkayak tengah tengah SENJA..


sekian..





13 comments:

kakpah said...

acik ajak hang berkayak tu kat tasek putrajaya hehe.. Aku tak masuk campur.

Nizam.Ariff said...

Masa form 4 dulu aku pernah berkayak dari K.Kangsar ke T.Intan, 3 hari 2 malam sebab ada aktiviti sampingan di kampung-kampung yang disinggah. Muka habis terbakar merah

Tijah said...

aku tak penak kenuing kak. tak terbalik ko? aku dah la x pandai brenang

ashley said...

kakpah,
sedap juga tuuu..
memang saya pernah tengok canoe kat Putrajaya tu..tapi setiap kali pergi asyik kena hari tutup.

ashley said...

Nizam,
ko bercanoe ke atau bersampan tu?
tapi tak heran lah kalau merah padam muka..
aku yang bercanoe 3 jam tu pun jadi menghelit!
Lip lap lip lap..

ashley said...

Tijah,
kalau kat tasik ni payah la nak terbalik..lain la kalau kat jeram atau kat laut!
aku pun tak reti berenang..tapi pandai la juga mengkontrol itu kanu!

LamaQue said...

nice posting...banyak ilham menulis?

ashley said...

LamQue,
biasa biasa jer..
hmm kerja Silverstone? kenai LuwmanW kut?

kucingorengemok said...

omputih tak kira senja ke tgh hari buta... mambang tu kawan dia! hehe.

NJ@goboklama said...

pernah berkayak dgn my son kat PD, tk sangka lak rupanya kat tengah laut sket tu airnya jernih cantikiikkkksss tak mcm kat tepi laut yg banyak sampah & bau meloyakan. Pendek kata, mmg ralit lah! :D

ashley said...

Kucinguringumuk,
...diorang MAMBANG PUTIH ek?

NJ,
kalau berkayak ni memang ghalit! sedor sedor muka yang naik menghelit.

LamaQue said...

Lukman? My x office mate la hehehe. Dia dah jadi orang besar..

ashley said...

OKOB is his blog..guess you know it already!
Tu schoolmate suami saya tu..
geng Izuddin.