Friday, July 03, 2009

Esok ada DINNER alumni!

Salam,

Malam esok ada dinner ASPUTRA (alumni Sek Men Sains Tuanku Syed Putra, Perlis).

Aku nak pergi. Dah tempah tempat duduk dah pun..
Sebenarnya esok aku dah janji ngan kengkawan pergi lepak kat Hotel dari pukul 3 petang lagi.
Ada yang nak menyicah pelam ngan GARAM BELACAN tepi kolam renang...

( Ni ngan Geng POMPUAN la ni..Had lelaki, depa lepak kat PADANG RAGUT)

Depa pakat nak bawak buah pelam, buah amra, buah jambu berbagai lah.
errrr..sapa bawak GARAM BELACAN? Aku pun tak sure!

Tak cukup belacan kalu, kat ghumah aku ni ada satu plastik belacan bakag yang aku angkut dari Melaka tempohari..TAK HABIS HABIS lagi..Stok 3 bulan TAU!! Lagi pun la ni MELAKA tu dah macam dekat jerr..

Habis stok, aku boleh beli lagi.
Tumpang dah anak aku tersadai kat sana sekarang.


he he he..

Bila sembang pasai sekolah, aku teringat kat Almarhum Raja perempuan Peghelih yang besa bagi hadiah kat aku. Merasa la juga naik pentas waktu Hari Penyampaian Hadiah...kat sekolah dulu..
Raja Perlis ngan Raja Perempuan turun untuk bagi hadiah kat kami TAU!! ( cam eksyen..ha ha)
Ya lah.. dah sekolah pun guna nama Almarhum Tuanku Raja Perlis.


Tu tangan aku le tu..yang terima hadiah.
Dapat le hadiah salah satu MATA PELAJARAN TERBAIK!


he he he
buat kenangan...


Sebenarnya hadiah untuk satu mata pelajaran tu aku dapat selama tiga tahun untuk the whole tingkatan. Waktu form one, waktu form three dan waktu form four. Pemegang subjek tu lah kiranya aku ni..

macam terer le sangat!

ha ha ha...

Dak aihhh..Siapalah aku ni?? KEBETULAN jer aku rasa..Tak de mende aku ni. Terlalu kerdil dibandingkan dengan orang lain..

Malam esok, dijangkakan ramai yang akan hadir dari kalangan bekas guru guru yang pernah bertugas di sekolah. Bekas pengetua Dato' Abdul Rahim Abdul Majid juga akan hadir. Geng SUPER SENIOR agak rama juga yang akan hadir. Batch aku, 1980-1984 dijangka akan hadir seramai 30 orang lebih. Ramai yang dah aku jumpa pada gathering sebelum ni. Tapi ada juga yang baru nak berjumpa pada gathering kali ini. Tak sabar rasanya nak melihat kawan lama yang dah 25 tahun terpisah..Bagaimanalah agaknya rupa mereka..

Aku yang kurus KERING SEKEPIANG dulu pun dah TAMBUN dan bertimbun lemak di badan. Kalau dulu berat badan around 40 plus KG..SEKARANG???

ha ha ha..JANGAN TANYA!..( rasa cam nak masuk ASIA's The biggest loser jer)

okaylah..

semoga perjumpaan hari esok berjalan dengan lancar. InsyaALLAH.

sekian








10 comments:

Nizam.Ariff said...

Jauh ke utara tu kak. Naik flight ke?

Kalau penat terbang tinggi-tinggi, singgah le kat pokok mana-mana.

ashley said...

Buat kat HOTEL SINGGAHSANA, PJ jerrr..
ha ha ha..
Sekolah memang le kat UTARA tapi kali ni buat kat sini.

Insyirah said...

Selamat bertemu kembali dgn sahabat-sahabat seperjuangan =D

Seronok bila reunion dgn geng-geng lama. Sure meriah bangat.

tasikmerah said...

kakkkkk... meleleh ayor lior aku mengenangkan mempelam cicah garam belacan tu!


.

ashley said...

Insyirah,
Kami dulu kalau kat sekolah asyik kebuluran memanjang..pantang ada yang bawak bekalan dari rumah. Mesti kena serbu..Makan pulak macam ikan piranha..sekelip mata..habissss...

ashley said...

TM,
akak pun agak lama tak menyicah ngan GARAM BELACAN. Kena orang PEGHELIH juga yang buat..baru ORI!

issshhh..
aku pun tak sabag nak pi cari pelam kat pasar malam sat lagi!

Jangan sampai berulang pi toilet malam esok sudah..

hang paham paham la aku ni kannnn!!

Tijah said...

owh. ingatkan gathering yg ada pakai2 gaun kebagai. hikhik

ashley said...

hua hua hua...

Jah,
tu kena belajo step Jah..
terpijak Gaon kang..
tersombam.
kemek idung...
tambah le penyet hidung aku ni!

ha ha ha

AZANI said...

selamat beralumni ashley..mesti banyak yang nak di updatekan info masing masing.juga kisah lama nak kena rewind balik...eee seronok nya...

ashley said...

ha ha ha..
cam hang pulak yang nak pergi dinner nih..ish!