Friday, July 10, 2009

Soal jodoh..

Salam,

Aku sebenarnya tak nak peningkan kepala aku..
Tapi bila dapat sms dari adik aku, si Budin.
Rasa terpaksa pening pening gak la..

"Our sis tu worry sangat level of education!
Orang tu SPM...
..tapi Ustaz sekolah anak si polan polan yang dikenali"

Cam tu lah lebih kurang maksud sms yang aku terima.

Aku faham kenapa adik pompuan aku yang dimaksudkannya itu merasa susah hati untuk menerima..

Adik pompuan aku ni TENGAH further study.
Buat Master in Biotech...memang la dia inginkan lelaki yang soleh sebagai peneman hidup.
Tapi dalam masa yang sama dia nak yang SEKUFU la juga.

Aku tak mau kata apa apa..tapi aku teringat time kak aku dulu!
Mungkin adik adik yang lain tak tau peristiwa ini.
Depa mana nak pi tau..semua kecik kecik lagi!
dan ada yang tak lahir lagi.

Dulu waktu kak aku tengah dok study Medik kat UM, ada sorang kawan dia nak matchkan dengan abangnya. Abangnya ini kira bagus la dari segi akhlak...tapi dia kerja Technician.
Satu malam, ( sewaktu itu aku pulak tengah semester break maka aku ada la kat kampung), entah macamana..kakak aku telefon mak kata ada orang nak mai masuk meminang.
Orangnya sekian sekian..begini begini..

Bayangkan waktu tu aku ada kat rumah dan memasang telinga serta melihat reaksi dari muka ayah aku. Ayah aku ni sebenarnya jenis Happy-Go-Lucky..tapi malam tu muka ayah cukup serius dan malam tu juga ayah naik keretapi pi KL jumpa kak aku!
Warning :Kut nak cari sendiri, kami kena cari pasangan yang at least same level of education. SEKUFU! ( especially time ayah masih around!). Bab miskin atau kaya tu ayah tak berapa kisah..tapi bab education memang selalu diperingatkan...

Bila ayah balik dari KL, aku kena syarah lagi panjang..
( leceh kan..bila orang lain punya pasai..kita pulak yang kena tempias!!ha ha ha )

So untuk sedara sepusat sepusing aku..
weii....
Korang pikir ahh sendiri!
Dan buat yang empunya diri, buatlah solat Istikharah..
Have faith in qada' and qadar Allah.
Kalau rasa berat nak terima, tak payah lagi!
Kalau rasa suka, terima jer lah..
mana tau kut orang tu pun datang semangat nak further study cam kita gak.
Who knows??!!

.......................jodoh ni kalau ada, datangnya nanti cam TAK NYEMPAT NYEMPAT!

Tengoklah contoh contoh yang ada sebelum sebelum ni.

sekian

12 comments:

kakpah said...

haha.. tang bab2 jodoh ni kita pun tak tau sapa yang dijodohkan untuk kita sejak azali. kalau dah memang disuratkan jodoh yang tak sama sekufu nak buek camno. tapi kalau boleh... kalau bolehla.. biarlah lelaki up sikit pada yang perempuan atau sama tahap. bukan apa, takut ada inferioriti kompleks pulak.

Tapi aku tak kesah. menantu aku yang sorang ni pun bukan orang universiti pun walaupun kaklong tengah buat masters. Aku tengok okay je.. hehe..

ashley said...

kakpah,
tu la pasal..

Insyirah said...

Kalau nak pentingkan sekufu atau tak sekufu, ramai la kut yg tak dapat nak berkahwin. Rasanya ramai je pasangan yg tak sekufu dari segi education.

Adakah sekufu level education akan menjamin kebahagiaan dunia dan akhirat? Kalau nak cerita sekufu-sekufu ni, kekadang tu saya terasa hati juga. Sebab saya pernah juga ada perasaan tak sekufu dengan tunang saya. Tapi tak berapa nak kisah sgt sebab si lelaki yg lebih hebat drpd si perempuan. Cuba kalau si perempuan yg lagi hebat? Mesti semua orang bantah habis-habisan. Sebab semua orang akan fikir, biar orang lelaki yg up daripada perempuan.

Apapun, pokok pangkalnya...soal jodoh adalah ketentuan Tuhan sejak azali lagi. Toksah la nak fikir banyak sgt pasal sekufu atau tidak. Doa banyak-banyak agar kita dijodohkan dgn yg baik-baik...insyaALLAH!

AZANI said...

ashley, carilah yang sekufu , itu dibolehkan,takkan takada yang beragama,bernasab baik.

Tijah said...

kok dapek mmg la nak cr yg sekufu. tapi kok tak dapek tu redha yo lah kan...

ashley said...

Insyirah,
orang lelaki rata ratanya EGO nya tinggi. Dah sifat nya begitu..

Kalau dia nanti kurang daripada isteri tak kira lah, gaji ke, pangkat ke,education ke...

takut kemudian hari dia yang rasa rendah diri.Tambah tambah pulak so far, semua kelima lima menantu mak ayah aku yang ada sekarang level of educationnya tahap UNIVERSITI....

macam kakpah baru sorang jo menantu nyerrr.....tak do sapa nak dibanding banding!!

kadang menda menda cam gini pun boleh gugat rumahtangga di kemudian hari tau.

ashley said...

azani,
dulu aku memanglah tak da bopren. Entah macamana kuasa Allah sekali yang datang bertanya 3 orang serentak!! Puas gak la solat istikharah..minta Allah berikan petunjuk...tapi tiga tiga orang ni semuanya belajor kat US gak la..

Soklan yang bermain dalam fikiranku: adakah hati adik aku sudah cenderung untuk berkahwin atau hanya mak yang risau tentang jodoh dia...

tuan punya badan sendiri macam nak tak nak jerrr...??? wat to do??

DrSam said...

ini bab serius...kahwin bukan macam kes sewa beli kereta. Kereta kalau buat hal dan meragam tak tentu pasal boleh aje buang dalam longkang. kereta baru pun ada warranty.

Nak kahwin memang kena pikir dalam-dalam. kena buat ala-SWOT analisis gitu. restu kedua orang tua penting. Kalau tak panjaaaaannnggggg cerita.

orang kata kala bercinta memang kentut pun wangi (camne buleh jadi gitu :).

Saya setuju benor bab SEKUFU ni. Bukan nak kata pilih kasta, tapi jika boleh dielakkan cari yang sepadan. Kita yang pilih. Kalau dipaksa tu lain le cerita ye.

tapi kalau dah jodoh...tanggung sendiri dan redha aje le.

ashley said...

Drsam,
tuan badan tak dak BOPREN juga ni...
dicarikan untuknya..
umur dah masuk 26..

comei jer adik aku ni..
raut muka tak le outstanding sangat..
tapi tak la BUruk pulak
no so bad looking.
tak gemuk, tak la kurus kering pulak.

CUMA tinggiiii..stail cam anak dara arab..
ha ha ha..cam promote jer kan!

alberangque said...

Kalau sekufu dari segi education itu memang patut. Tapi la ni ramai juga yang suami further study kemudian sikit. Syaratnya si suami tu kena ada passsion to futher the education.Kalau dia dalam bidang perguruan di KPM itu perkara mudah aje, pergi kursus 14 minggu kemudian ikut OUM. lepas 3 tahun dapatlah Ijazah. atau ikut program eksukatif di UKM kalau bidang agama, after 3 yrs boleh grad. Tapi pucuk pangkal mesti ada passion for success in education. Ini nasihat orang pencen

ashley said...

Thank you so much Pak Usop!!

Untuk adik aku, tolong consider menda ni!

sekian sahaja..

ashley said...

Tijah,
entry ni terskip pulak ko ek..jgn kecik ati jah!!

biase le Tijah..kita kalau boleh nak yang boleh tolak ansur. bukan tolak menolak...kan!