Thursday, July 02, 2009

Jawapan..

Salam,

Dalam satu semester, ada lebih kurang 4 bulan.
Dalam satu bulan pula, ada lebih kurang 4 minggu.
Jadi satu semester ada lebih kurang 16 minggu.

Kelas Free Hand Drawing di kolej aku dulu ialah seminggu sekali.
Jadi ada 16 waktu selama dua jam setiap waktu.
Ini juga mungkin menyebabkan 12-16 lukisan/asignment yang perlu dihantar.

Hmmm..setiap minggu anda perlu melukis.
Mungkin minggu pertama lukisan 3D. Mungkin diletakkan bongkah bongkah berbagai bentuk dan anda melukis dari sudut pandangan anda. Anda mungkin dikehendaki melukis dengan arang/charcoal.
Minggu berikutnya pula mungkin anda melukis satu raga buah buahan..dari perspektif anda juga. Mungkin di suruh melukis dengan pensel pula.

Seterusnya anda mungkin diajak bersiar siar ke kotaraya Chicago. Melukis pandangan dari atas (bird's view). Dari Sear Tower misalnya. Juga John Hancock's building juga. Anda dikendaki melukis dengan pen/drawing pen pula.

Anda juga diajak meninjau binatang di Lincoln Park Zoo dan melukis pergerakan binatang ini. Berjalan, berenang, memanjat misalannya. Pilihlah binatang yang anda suka. Pensel warna di cadangkan di sini.

Kelas Free Hand Drawing ini hebat kerana ia juga mengkehendaki anda melukis tumbuhan pelbagai corak dan warna. Di sini anda dikehendaki melukis dengan berus dan warna air.

dan....pada minggu minggu terakhir kelas..ha ha ha..

Kelas FREE HAND DRAWING ini mengajak anda mengikuti kelas FREE SHOW nya..
Enam minggu terakhir anda di sajikan dengan 4 kujur tubuh yang datang berbayar sebanyak US100 per hour!



Setiap minggu, kujur tubuhnya mungkin berlainan warna dan jantina...dan yang paling tak tahan ialah seorang UWAN badan gemuk cam Hippo dengan segala galanya yang kedut dan ganyut dijadikan model LUKISAN.

UIKSSSS...

psttt... aku diBERITAHU oleh kawan aku yang masuk kelas.

Aku ponteng 3 minggu selang selang. Tak pergi, kena buat assignment. Pergi pulak...rasa cam NAK TERMUNTAH! TAK REDHO AKU TAUUUUU!!!

sekian

8 comments:

Nizam.Ariff said...

HAHAHAHHHAAAA....

Aku dah agak dah!

Lagi gelebeh laaaaaagi tinggi seni ukirannya kak!

ashley said...

Tak patut kannn!!..

Aku ponteng waktu makcik TUO ni datang. Yang kawan aku sorang ni, (budak Melayu kita) lukisan "UWAN TUO" dia cukup bagus sampai dipamerkan waktu Exhibition Day..

Dia malu kemain sebab naik nama kat lukisan tu!

....mat salleh pulak siap bagi pujian....

tasikmerah said...

aku syak kalau uwan tu jadi model sepuloh menet siap dah lukisan tu. tak lalu nak mandang. hahaha...



.

ashley said...

TM,
dua jam UWAN tu duduk tak gerak gerak tauuu..

kawan aku kata gamaknya waktu muda, dia jadi model iklan patung kut..sebab kita yang kira cam muda ni pun LENGUH pinggang beralih kira kanan!

kakpah said...

haha.. kedut dan lipatan. di situlah seninya. rugi hang tak lukih.

ashley said...

Dua minggu yang terakhir dah masuk bulan posa kakpah..
LINGKUP habis posa kami!

AZANI said...

ashley:ketaq ka tangan lukis?hi hi hi

ashley said...

...TAKKK....
aku di encourage oleh seorang cikgu yang cukup PRO! aku lukis orang LIDI tunggang terbalik pun dia PUJI..
GOOOD..GOOOODD..well done..
ha ha ha ...cukup pro kan?