Tuesday, July 21, 2009

Depression..

Salam,

Ibu mertua aku seorang anak tunggal. Arwah Tokwan suamiku dulu bekas seorang guru sebelum dia berhenti dan cuba berniaga. Perniagaannya sebagai peraih getah terpaksa diBUNGKUS mengakibatkan segala hartanahnya terpaksa dijual untuk membayar hutang pinjaman MARA. Tok mertua aku pula adalah seorang suri rumah tangga yang membuat kuih kecil kecilan untuk belanja dapur.

Kisah perkahwinan mertuaku, aku dapatkan dari Tok mertuaku yang pernah tinggal bersama. Aku terlalu ingin tahu mengenai ibu mertuaku yang terlalu pendiam dan bersendirian.

Perkahwinan antara mertuaku adalah pilihan ibubapa mereka namun begitu ianya tidak kekal lama. Setelah suamiku berumur 3 bulan, mertuaku berpisah dengan talak satu.
Ibu mertuaku pernah bekerja di kilang udang untuk menyara anak kecilnya. Ayah mertuaku seorang guru lepasan MPSI kemudiannya berkahwin lain setelah 3 tahun berpisah dengan ibu mertuaku. Pun begitu ayah mertuaku tetap memberi nafkah kepada anaknya. Namun hubungan antara anak dan ayah terlalu kurang sehinggalah aku dan suamiku berkahwin dan menziarahi keluarga ayah mertuaku.

Bukan mudah menjadi seorang ibu tunggal yang berusia muda seperti ibu mertuaku itu. Berumur 23 tahun dan telah bergelar JANDA. Mungkin faktor perceraian di usia sebegitu muda menyebabkan ibu mertuaku lebih banyak menyendiri sementelah pula dia anak tunggal.

Setelah suamiku berusia 7 tahun, ibunya berkahwin semula.
Suamiku terus tinggal dengan Tok dan Tokwannya di Temelok, Trong manakala ibunya mengikut suami barunya di Ipoh.

Hidup sebagai cucu tunggal adakalanya meriah tetapi adakalanya agak sunyi. Suamiku suka berkawan tetapi disebabkan Tokwannya seorang yang agak tegas maka kawannya agak terbatas demikian juga segala pergerakannya.Dipantau!

Bila aku baca kisah seorang rakan yang berbapakan seorang tentera maka aku rasa mungkin suatu perkara yang lazim bagi ayah/father figure zaman dulu mempunyai sifat tegas seperti tokwan suamiku.
Mungkin sifat tegas itu juga yang membentuk diri suamiku..menjadi seorang yang penuh kasih sayang dan sering memahami diriku di kemudian hari.

Cuma aku kurang memahami sifat bundanya..terutamanya selepas dia kematian suami keduanya itu. Pendiamnya menjadi jadi. Menyendiri..ketika makan ataupun minum..
Adakalanya ibu mertua aku makan seorang diri di dalam gelap. Hinggakan adik ipar aku terpaksa membawanya berubat dan memaksanya untuk tinggal diKL selama dua tahun lebih.

Sewaktu aku bawa dia ke Bangi, pernah ibu mertuaku membuka gas dapur tanpa api dan bau gas semerbak di dapur. Bila ditanya..dia kata yang dia tak perasan pun buka gas itu.
Bila dibelikan makanan seperti roti, buah buahan dan sebagainya, dia masukkan ke dalam almari baju. Adakalanya hingga makanan itu busuk. Ibu mertuaku jadi pelupa dan seakan akan nyanyuk..sedangkan Tok mertua aku masih boleh berfikiran seperti orang biasa. Begitu berbeza sekali keadaan mereka.

Dia pernah memberitahu kepada Tok mertuaku yang suamiku telah berkahwin dua. Bila tok mertua aku bertanya darimana dia dapat cerita, dia akan beritahu sipolan sipolan walhal tiada siapapun yang menghubunginya.

Pernah juga dia menelefon aku bertanyakan hal adik sebapa suamiku yang dikatakan kemalangan jalanraya. Kami semua agak gempar dan bertanyakan dari sumber mana dia dapat berita itu...maka dijawabnya dari suratkhabar..walhal tiada pun berita itu di akhbar.

Adik iparku merasa begitu tertekan dengan keadaan bundanya. Dia selalu ingin membawa ibu mertuaku untuk berjalan jalan keluar dari rumah namun disebabkan ibu mertuaku ini seorang yang menyendiri, dia selalu menolak.

Pada tahun 2001, aku, suami dan Tok mertua aku pergi mengerjakan Umrah dan ingin mempelawanya bersama tapi dia menolak. Alasannya ialah dia terlalu sedih di Mekah. ( ayah tiri suami aku sakit di Mekah sebaik selesai mengerjakan haji..dan sakit batu karangnya itu tidak sembuh sehinggalah meninggal dua bulan kemudiannya di Malaysia)

Kini ibu mertuaku tinggal semula di rumahnya di Ipoh bersama Tok mertuaku. Aku perhatikan adakalanya dia seperti sediakala...tetapi adakalanya keadaannya tidak menentu juga. Dia agak lebih ceria berbanding dengan tempoh dua tahun selepas kematian suaminya itu. Mungkin keadaan mindanya lebih stabil..tetapi tak siapa yang tahu sebenarnya apa yang ada dalam fikirannya..

Dia agak menyendiri..

sekian

11 comments:

umi_e said...

salam... kesian juga membaca kisah mertua yang berpenyakit urung ni ya...

ibundo said...

mungkin tekanan perasaan setelah dua kali berpisah dengan suami. rasa kehilangan tempat bergantung, rasa ditinggalkan,anak-anak pula dah mempunyai keluarga sendiri.......... tu semua boleh membawa tekanan.
kena jenguk2 selalu.

Nizam.Ariff said...

Kena pecahkan barrier dlam dirinya untuk accept org lain, baru boleh ubati murungnya itu. Kalau masih menolak, macam mana nak sihatkan lagi...

Unknown said...

"Bila aku baca kisah seorang rakan yang berbapakan seorang tentera maka aku rasa mungkin suatu perkara yang lazim bagi ayah/father figure zaman dulu mempunyai sifat tegas seperti tokwan suamiku."

Mcm kenai saja rakan tu.....

Lukmanw

Tijah said...

mmm..kurang dosa tu...

Insyirah said...

Orang tua macam tu, kita kena selalu bersama dia. Tak bleh biarkan dia bersendirian terlalu lama, takut nanti kesihatan fizikal dan mentalnya bertambah kritikal.

Cuba banyak berborak dgn dia, suruh cucu-cucu dia main-main dgn dia. Kut la dia dapat lupakan cerita-cerita yg sedih.

ASH said...

umi_e,
ye...memang rasa sedih

kakpah,
aku rasa pun begitu juga..the first time tu mungkin dia masih okay sebab masih muda..the second time tu, macam dah rasa putus harap..

ASH said...

Nizam,
dia dok kat rumah dia pun, dia tak bercakap dengan jiran jiran sebelah..buat hal dia..
pastu kalau tak boleh tidur..dia telan ubat tidur..
kadang Tok mertua aku pun naik rimas..dengan Tok mertua aku pun dia tak bercakap!

LukmanW,
hmmm... agak agak siapa ek?

ASH said...

Tijah,
sebijik macam suami aku cakap!
...........hmmmmm...

Insyirah,
kalau cucu cucu datang ziarah, ada kut setengah jam dia duduk duduk sekali..pastu dia buat hal dia. Samada tidur ataupun termenung.
Yang melayan dan bergurau senda ngan cucu cicit ialah Tok Mertua aku yang sungguh GUMBIRA menyambut kami..
Bila berbual dengannya, kita rasa kita bercakap seorang diri..
no response..
sometimes her mind is somewhere else..

مسلمات فاريت said...

dah cerita lum mandi terjun kat ayaq katok...?

ASH said...

MP,
ni kira cam tak dak kena mengena ngan 'depression' kan??
...ayaq katok = ayaq penukui..

ha ha ha

belum tak pernah cerita lagi.

nanti la..