Monday, November 30, 2009

Sorry for the inconvenience..

Salam,

Avoid coming to my house this week..

.........because of this,
....and this...

...work in progress!!
...and I think,
my hands are quite full already.
Unless, you come with nasi kandar or nasi padang.
....he he he.
sekian



Don't talk to the stranger!

Salam,

Just be careful, kids..

During this school holidays..



Take care....

sekian


Susah dan sesak?!

Salam,

Hari Jumaat -
Selepas Jumaat menuju ke Bota. Rumah kakak di Titi Gantong. Selepas kenyang makan bihun soto, durian dan anika kerepek, menuju ke rumah Hinggap si Budin ( "hinggap" sebab Budin sendiri pun masih tidak tinggal tetap di rumah ini lagi atas sebab masih bertugas di luar kawasan penginapan)

Pagi Sabtu -
Sarapan di rumah Hinggap Budin. Yong sudah masak pulut dimakan bersama durian atau sambal ikan bilis. Tuan rumah bergegas ke tempat lain pada pukul 8 am kerana ada upacara korban bersama Oman (yang juga telah bermalam di rumah Yong).

Aku dan Budin sampai around 10 am ke rumah Yong.

Budin memenuhi masanya dengan bermain bersama anak saudaranya yang ramai itu.
Aku? Sekadar meninjau apa yang anak dara Yong tengah proses bersama ibu saudaranya yang masih bujang, Si Wi.
Ohhh..laksa masih dalam proses pemasakan!
Aku sekadar melihat adik dan anak sedara menyediakan masakan untuk hari itu.
Bior CHEF CHEF ni meneruskan karier tidak rasmi mereka..he he he..

Around tengahari mak, Oman dan isteri balik dengan membawa CRV Yong yang sarat dengan buah berduri itu. Ada seguni buah langsat juga.
Oleh kerana mereka telah penat bergelumang dengan pacat dan becak maka tugas aku ialah mengupas durian untuk dimasukkan dalam bekas.
Ada yang aku bawa balik dan selebihnya untuk PERKELAHAN cucu cicit, anak beranak di rumah Yong.

Mak sebenarnya telah membawa dua GUNI rambutan. Satu guni rambutan kuning dan satu guni rambutan merah dari Semanggol.

Maka tugas aku pula ialah KENA bawa balik semua buah buahan yang dah dikait dan dikutip serta dibawa secara BERSUSAH PAYAH itu.

1)Durian
2)Langsat
3)Rambutan kuning
4)Rambutan merah

Susah ke tugas aku?
AKU KENA BAWA BALIK HASILNYA sahaja..

Sabtu ( around 2.30pm)-
Bertolak ke rumah mak mertua di Ipoh.
Singgah bermalam.

Ahad-
Pagi ke pasar tani...tak ramai yang berniaga kerana peniaga masih mood raya!
Selepas selesai bersarapan dan berkemas bertolak ke Bangi semula.
Tiba di Bangi around 1 pm...jalan dah bnyak kereta tapi tak jammed.

Around 3.30 pm bertolak dari Bangi ke Lendu, Melaka...untuk hantar Kak Aisyah.
Perjalanan lancar. Kini driver telah bertukar. Aku yang bawa kereta.
Kami lihat kenderaan dari arah SELATAN merangkak dari Pedas-Linggi menuju ke KL.

Sebelum masuk ke kawasan kolejnya, kami pergi makan di Pantai Pengkalan Balak dahulu sebelum hantar kakak.

Dalam perjalanan pulang, kami tidak mengikut lebuhraya PLUS sebaliknya melalui jalan pantai. Kemudian singgah Maghrib di Masjid Teluk Kemang....ambik Highway Port Dickson ...exit LUKUT....terus ke SEPANG dan akhirnya exit semula di Nilai. Perjalanan kami lancar dan tidak menghadapi kesesakan lalu lintas. Tiba di Bangi around 9 pm.

sekian

Sunday, November 29, 2009

Masjid Daerah Perak Tengah...

Salam,

Terletak di lebuh raya IPOH-TRONOH-LUMUT.
hmmm..cantik lalang lalang tu.
GREEEEN jer..
sesuai untuk latar photo shoot..
hehehe
sekian

Fening..

Salam..
Kalau dibaginyer kakak aku yang ini..
tak per..
idak le aku kesah bebenor

NAHHHHH...
ambikkkkkkkkk...


Ngelupaih tangan ngupaihyer...
PUAIH????

TOLONG JANGAN SEDAWA waktu semayang jemaah!!

OKEH?!!





Saturday, November 28, 2009

Kellie's Castle

Salam,
spooky castle?
On the way ke Bota..
singgah tangkap gambau jer!
okehhhh

Masjid Gopeng, Gopeng, Perak

Salam,

Dari Bangi naik ke Bota,
Menuju ke rumah kakakku nan seorang;
Wahai sekelian pembaca setia,
Tengoklah seekor selembu yang garang..

Masjid Gopeng...singgah solat asar.
Menaranya lawa..

Yang cengei tu bukan KOBAU bajak..tapi selembu..
Kacukan seladang dan lembu.
Tak berani aku nak dekat.
Tangkap gambar dia jauh jauh jer..
Tapi manusia lebih gagah darinya..
Sebab hari ini, InsyaAllah jadi lauk!!!
he he he
sekian


Friday, November 27, 2009

Salam Eidul Adha

Salam,

Hari ini hari raya Eidul Adha 10 Zulhijjah 1430. Ianya bersamaan dengan 27 Nov 2009 jatuh pula pada hari Jumaat.
Jemaah surau yang buat korban tak laksanakan korban pada hari ini sebab hari ni hari ni Jumaat takut tak sempat selesai kerja sebelum tiba masa Jumaat.
Jadi pepagi besok around 7.30 am, geng geng yang menyembelih lembu akan mulakan kerja.

Selalu hari raya korban ni, aku memang tak balik kampung.
Raya korban suka gotong royong kat surau.
Gotong royong bahagian masak memasak.

Sembelih lembu?
Siapa nak bagi orang pompuan sembelih lembu?!!
he he he..

Jadi orang pompuan ni kebiasaannya sewaktu orang tumbang dan sembelih lembu, dia jenguk jenguk kejap. Lepas tu dia sambung kupas bawang, hiris bawang, blender "AWAS-AWAS"
( awas-awas= bermaksud bumbu atau perencah) yang hendak digunapakai untuk memasak daging lembu itu nanti.

Di surau aku ni, saban tahun beginilah aturkerjanya.
Selalu menu masakannya ialah nasi + sup tulang, kari daging, goreng hati+daging berkicap, sambal belacan, ulam ulaman + air asam.

Bila dah selesai upacara penyembelihan selalunya geng yang kena masak ni sama sibuknya dengan geng yang potong daging.
Sebahagian daging yang dikorbankan itu diperuntukkan untuk buat masakan dan dijamukan kepada jemaah surau.
Jamuan makan itu adalah makan tengahari selepas solat zohor.

Sup tulang itu pula sepatutnya dimasak paling awal.
Sebab sebaik selesai solat zohor daging pada tulang itu nak kena empuk dah.
Kalau mula masak pukul 9, maka dapatlah direbus daging itu 3 jam...dah kira cantik dah sup tu.

Daging yang dipotong nipis nipis dan dimasak kari lebih senang empuk. Begitu juga dengan hati+daging yang dimasak kicap.

Memang seronok gotong royong dan makan tengahari bersama sama jemaah surau berdekatan rumah ini.
Baru MESRA ALAM!! Dapatlah bermesra dengan qariyah surau ni.

Gitulah...

Hmmm tapi raya tahun ini, selepas Jumaat nanti mungkin nak balik rumah mak mertua di Ipoh sekejap. Kemudian terus ke rumah kakak aku, Yong, di Bota. Adik adik lain pun semuanya berkumpul di sana.
Malam ini mungkin lepak RUMAH HINGGAP si BUDIN. he he he

Tak...kami tak terus ke sini...tak balik Semanggol.
Sebab esok nak bertolak balik Bangi semula.
Ahad nak hantar Kak Aisyah balik kolejnya dah..
Mungkin ada anak anak yang nak lepak rumah Mak LONG mereka cuti sekolah ni?
Entah lah..
Tengoklah nanti bagaimana sepupu mereka CUBA mempengaruhi mereka!!!
ha ha ha
.
.
.
.
Aku bukan apa...
Kesiankan kakak aku!!
sekian

Thursday, November 26, 2009

Ku panjatkan doa untuk mu, ayahanda..

Salam,

Hari ini masuk tahun ke 4, (1426-1430 H ...ni si Budin bagitau) ayahanda kembali ke Rahmatullah.
Ya...tanggal 9 Zulhijjah sewaktu umat Islam wukuf di Padang Arafah.
.
.
.
Sekalung doa untuk ayahanda.
Semoga 'tidurmu' di alam barzakh tidak terganggu sebagaimana tidurnya seorang pengantin!

Al-fatihah..

sekian

Wednesday, November 25, 2009

Cuti sekolah ek?

Salam,

Okay...
Mak Ngah tahu sekarang ni tengah cuti sekolah.
Mesti releks relek depan TV atau main game kat komputer.
Atau tengah lepak lepak kat shopping komplek.
Amboooooiiiii....


Dah beli kasut?!!
Dah beli baju?!!
Wah!! yang nak naik darjah satu la tuuuu...
Semangat berkobar kobar kan?

Mak Ngah pun agak TERsiksa dok rumah.
Asek dengar anak anak bertekak.
Okay...ronda ronda sendirian.

Ambik gambar sekolah sekolah kebangsaan.
Sekitar Bandar Baru Bangi ni.
Gigih tak Mak Ngah?

HA HA HA HA..
gelak orang TENSION!!



Nama : Sekolah Kebangsaan BBBangi
Lokasi : Jalan 2/5
Sekolah kebangsaan yang paling awal di BBBangi.
Mesti dah ramai alumninya.
.
,
.
Nama : Sekolah Kebangsaan Jalan 6
Lokasi : di SEKSYEN 16
Aku tak faham sekolah ni.
Perumahan sekitarnya menunjukkan jalan 6..
tapi seksyen 16, BBB!!
Pelik?!!
Di sekolah ini terdapat kelas khas bagi kanak kanak ISTIMEWA.
Sesiapa yang memerlukan, boleh mendapat surat doktor dan memohon untuk kemasukan ke kelas ini.

.
.
.
Nama : Sekolah Kebangsaan Jalan 3
Lokasi : di Jalan 3/4, Seksyen 3
Antara sekolah yang mempunyai pelajar yang PADAT dan SESAK.
Telah mendapat status SEKOLAH KLUSTER pada tahun 2009.
Apa mender sekolah kluster???
hmmmm....
Kena tanya geng cikgu cikgu sekolah kerajaan!!
ha ha ha ha
aku? cikgu tediker jer..
.
.
.
Nama : Sekolah Kebangsaan Jalan 4
Lokasi : Jalan 4/4, Seksyen 4
Sekolah ini pun padat dan sesak.
Mempunyai dua sessi.
Pagi dan petang.
Saingan terdekat kepada Sek Keb J3.
he he he he
.
.
.
Nama : Sekolah Kebangsaan Seksyen 7
Lokasi : Jalan 7/2, Seksyen 7
Sekolah yang agak baru berbanding dengan sekolah sekolah di atas.
Semakin ramai bilangan pelajarnya kerana perumahan di sekitarnya makin dihuni.
.
.
.
Seperti bandar bandar baru yang lain, BBBangi kini sedang pesat membangun.
Jumlah penduduknya semakin hari semakin bertambah.
Perumahan dibina dengan pesat.
.
.
14 tahun yang lalu, sewaktu aku mula mula menjadi penghuni di sini, Sekolah Kebangsaan Jalan 3 merupakan sekolah yang paling baru ketika itu. Sekolah Kebangsaan Jalan 4 pula masih di dalam proses pembinaan. Sekolah Kebangsaan Seksyen 7 masih tidak ujud.
Oh ya..waktu tu anak aku pun baru 3 orang sahaja..
.
he he he...
.
Kak Aisyah baru 5 tahun.
Sekolah TEDIKER!!
.
Okay..sesiapa yang mempunyai anak berumur 5 tahun dan tinggal di sekitar sekolah yang telah aku tunjukkan ini bolehlah mula mendaftarkan anak anak mereka.
Dan jangan lupa, bawa surat BERANAK asal untuk DICOP!!
Ingat ye..aku kata 5 TAHUN!!
Kalau ada anak 6 tahun TAPI BARU NAK MENDAFTAR...
ha ha ha..alamat laaaaa..korang kena merayu kat PPD!
Silap silap...kena hantar kat Sekolah Jenis Kebangsaan.
he he he
.
.
sekian






Lokasi surau di Seksyen 3, BBBangi

Salam,

Ini adalah gambar gambar dan lokasi surau yang berada di dalam seksyen 3, Bandar Baru Bangi.
Bagi mereka yang melalui seksyen 3 dan ingin menggunakan kemudahan di surau surau ini, informasi di bawah mungkin dapat membantu anda.


SURAU MADANI
Lokasi : hampir di hujung Jalan 3/3
Mempunyai kawasan yang luas.
Terdapat taman kanak kanak dan gelanggang badminton/takraw bersebelahannya.
Qariyah terdiri daripada mreka yang mendiami kawasan perumahan banglo, semi-d dan teres dua tingkat.
Terdapat pelbagai pengajian dan kelas agama yang dijalankan di sini.
.
.
.
SURAU SEMENTARA TTB3
Lokasi : Terletak di No 1 Jalan 3/42
Ia merupakan rumah teres dua tingkat (corner lot) yang telah dijadikan surau sementara.
Qariyahnya terdiri daripada penduduk di perumahan tersebut.





SURAU ABDUL RAHMAN A'UF

Lokasi : di Jalan Utama 3/1 dan 3/26
Terdapat Tadika Tahfiz yang berhadapan dengannya
serta
taska Cahaya Ummah di sebelahnya.
Berdekatan taman permainan kanak kanak juga.
Di surau ini terdapat kelas Tahfiz Ummah (untuk kanak kanak 7-12 tahun),
cawangan Abdul Rahman A'uf .
Bagi penduduk sekitar, surau ini juga mempunyai kelas kelas pengajian yang aktif dijalankan selepas Maghrib dan Subuh.
Qariyah terdiri daripada penduduk sekitar jalan 3/20 dan seterusnya.
Dikelilingi perumahan rumah teres dua tingkat.





SURAU BANGI PERDANA

Lokasi : di Jalan 3/1 dan berhadapan deretan Kedai Bangi Perdana
Mempunyai taman permainan yang selesa berhampirannya.
Solat Jumaat telah dapat diadakan di surau ini.
Surau ini masih memerlukan perbelanjan untuk menyiapkan pagarnya.
Qariyah terdiri daripada penduduk yang mendiami perumahan rumah teres dua tingkat di Bangi Perdana.



SURAU ASSOBAH

Surau ini adalah surau yang paling awal didirikan di Seksyen 3, BBBangi.

Ianya bermula dari surau yang kecil tetapi telah diperbesarkan dalam tahun 2004 untuk menampung keperluan jemaah yang semakin bertambah.
Setelah surau ini diperbesarkan maka Solat Jumaat dapat diadakan.
Lokasi : di Jalan Utama 3/4 dan 3/5F.
Bersebelahan Sekolah Kebangsaan Jalan 3.
Terdapat gelanggang badminton/takraw di sebelahnya.
Kelas Tahfiz Ummah (untuk kanak kanak 7-12 tahun ) terdapat di sini iaitu cawangan As-sobah.
Qariyah terdiri daripada mereka yang tinggal di perumahan rumah banglo, teres dua tingkat dan flat berhampiran.

Diharapkan informasi di atas berguna bagi mereka yang mengunjungi Seksyen 3, BBBangi.
sekian

Tuesday, November 24, 2009

Peach Pie pun nak posing gak..

Salam,

Projek yang telah sekian lama diperam setelah teruja melihat resepi dan tayangan gambar di http://kucingorengemok.blogspot.com/

Entry yang mana satu aku dah tak ingat..he he he

Blog kepunyaan KOG itu telah menyiarkan cara cara membuat peach pie dengan menggunakan sour krim.

Jadi pepagi lagi aku telah menuju ke MyMYDIN, Seksyen 7, BBBangi untuk mencari sour cream hari ini. Tapi malangnya tiada. Lalu aku pergi ke Billion, BBBangi pukul 10 am pagi ni...juga tiada.
Aku malas nak ke Bintang WARTA ...aku rasa di sana mungkin ada tapi disebabkan dah pergi dua tempat maka aku hanya sambar mentega dan tepung serta beberapa barang keperluan di Billion.
Kemudian aku balik ke rumah untuk membuat projek masakan hari ini.

p/s
KOG,
Mydin, Putrajaya mungkin ada. Di sana lebih besar.

Untuk peach pie ini, aku buat DOUBLE CRUST PASTRY
Bahan ASAS bagi double crust pastry ini :-
250 gram tepung gandum
135 gram mentega
5 camb air dingin dari peti sejuk
1/2 camt garam
Tepung+garam, diramasgaul dengan mentega.
Kemudian masukkan air dingin. Jadikan doh dan bahagikan kepada 2 bahagian.
Bungkus dengan plastik. Biarkan ia di dalam peti sejuk selama 1-2 jam.
Semalaman lagi bagus.

Satu bahagian dileperkan menjadi lapisan bawah pie.
Satu bahagian lagi digunakan untuk menutup isi pie.
Bahan untuk isi pie:
PEACH dalam tin.
Digaul sedikit dengan 1/2 camb gula dan secubit serbuk kayu manis.
Sapukan bahagian atas pastri dengan kuning telur dan bakar dalam oven selama 20-30 minit dalam suhu 175^C.



Sedap dimakan bersama ais krim vanilla atau juga coklat.


YUMMMYYYYY!!!
....errr...maaf...resepi cukup cukup untuk dimakan oleh anak anak sahaja..
he he he
TAK TARUH untuk abah punnnn..
.
.
sekian




Monday, November 23, 2009

Tuhan..qabulkan permintaanku..

Salam,

Hari ini selepas sarapan, aku menuju ke Tabung Haji di Kompleks Diamond bersebelahan Bintang (x-WARTA), BBBangi.
Tujuan aku ke sana ingin memasukkan sedikit duit 'raya' anak anak aku yang telah lama terperam. Di samping itu aku ingin bertanyakan status pendaftaran/giliran aku untuk menunaikan haji. Terasa hati ini TERPANGGIL (ha ha ...macam perkataan SKIMA le pulak)untuk mengetahui kedudukan penggiliran itu.

Setelah selesai urusan hal ehwal anak anak maka kerani TH memeriksa status giliran aku dan suami.

Oh!!! Alangkah gembiranya aku bila mendapati giliran aku menunaikan haji ialah pada tahun 2011 atau mungkin mendapat status WAITING LIST pada tahun 2010. Dan aku telah diingatkan oleh adik itu untuk belajar cara cara menunaikan haji dari sekarang..

Tuhanku...hati aku terasa gembira sekali!!
Ya Allah, benarkanlah aku menjadi tetamuMU. Benarkanlah..
Terimalah aku untuk berkunjung ke rumahMu samada tahun hadapan atau tahun 2011...atau tahun tahun hadapannya.

Ya Allah..panjangkanlah umurku untuk itu. Dapatkanlah aku berkunjung ke Raudhah sekali lagi...berkunjung Kekasih mu, Ya Allah.

Ya Allah..qabulkanlah permintaanku.
Dapatkanlah aku menunaikan haji dengan sempurna.
Jadikanlah diri ini bersedia untuk waktu itu.
Permudahkanlah segala urusanku Ya Allah..
Permudahkanlah..
Permudahkanlah..

Amiiiiinnnnnnn.

sekian

Seandainya..

Seandainya aku punya sayap..
kan ku jadikan awan temanku..
berjabat mesra dan meninjau angkasa

Seandainya aku punya sirip
kan ku jadikan laut itu sahabatku
bergurau senda terjah ke dasarnya

Seandainya aku punya kudrat
kan ku heret kaki ini ke semua arah
timur barat utara selatan
menjelajah dunia yang satu

Aku harapkan kesempatan itu
Seandainya aku mampu..
.
.
.
.
seandainya...

Sunday, November 22, 2009

Majlis Khatamul Quran dan Penyampaian Hadiah

Salam,

Pada hari ini telah berlangsung acara gilang gemilang Majlis Khatamul Quran dan Penyampaian Hadiah bagi pelajar pelajar kelas Tahfiz Ummah Bandar Baru Bangi.
Kelas Tahfiz Ummah ini mempunyai cawangan sebanyak 15 buah di usahakan oleh Angkatan Belia Islam Malaysia atau dikenali dengan nama ABIM.

Ianya bertaburan di setiap pelusuk qariah surau di Bandar Baru Bangi ini.

Cawangannya ialah Al-Abrar, Al-Amirin, Al-Ehsan, Al-Hasanah, Al-Ikhlas, Al-Ikhwan, Al-Kausar, Al-Madani, An-Nur, Ar-Raudhah, As-Sobah, Bangi 3, Damai, Bukit Mahkota, Seri Putra.

Majlis hari ini ialah majlis yang ke 22. Berlangsung di dewan Kuliah Utama Pusat Pengajian Islam, Masjid UNITEN.
Anakku si Zainab menyertai Majlis Khatamul Quran tersebut serta juga menerima hadiah. Begitu juga adik adiknya si Rahmah dan Raudhah.

Di bawah ialah gambar gambar majlis tersebut.

Dewan Utama tempat berlangsung majlis.
.
.
Sebahagian pelajar yang menerima anugerah cemerlang.
.
.
.
Sebahagian ibu bapa yang hadir
.
.
Majlis dimulakan dengan bacaan Al-Quran dan terjemahan oleh adik Huzaifah dan Muhammad Najmi.
Kemudian ada 3 ucapan..Letih ooooo..
Kemudian Majlis diRASMIkan!
.
.
.
Kemudian baru start Majlis Khatamul Quran diikuti doanya....
hei...berapa banyak "KEMUDIAN" daaa..
Anak anak yang khatam Quran dibimbing oleh Us Zulkifli Yusuff PHEP, UniTEN

.
.
Selesai bacaan doa dan pelajar kembali mengambil tempat..
tu dia baru nampak anak aku, si Jenab!!

Ada persembahan nasyid dari pemenang Majlis Ihtifal, Kumpulan Nasyid Bangi 3.
Lepas itu baru Majlis Penyampaian Hadiah....
.
.
.
Majlis hampir selesai bila ketiga tiga orang anak mendapat hadiah masing masing..

.
.
.
Dah selesai pun...posing tepi pagor Masjid UNITEN pula!
Tunggu abah jemput...
Alhamdulillah...Zainab telah tamat mengaji di Kelas Tahfiz ini.
Semoga segala bimbingan Ustaz dan Ustazah dapat diingati sampai akhir hayat.
..dan semoga mereka yang mengajar anak anak aku ini mendapat pahala berlipat ganda di akhirat kelak...InsyaAllah..terima kasih Ustaz dan Uztazah..
.
.
.
sekian







Sila buat pengecaman..

Salam,
Nak habark mai..
INI adalah KUIH KARAS..
speciality orang UTARA
kut tak kenai....ni nak bagi kenai.
kalau orang KEDAH tak kenai, meh sini aku nak tolong peluku!!
By the way, kuih KARAS tu adalah pemberian kakpah time aku pi jengok dia sebelum bertolak ke Mekah.
Dia dapat dari tok besan KEDAH...
.
.
.
Gambark bawah ni pulak..
Ni la Ikan KEDERA atau Belanak MASIN
sedap digoreng begitu sahaja..
tak yah dok buang perut atau buang kepala dia
sebab ikan ni kecik ja..
tak sampai sejengkal pun
.
.
.
.
Aku suka makan dengan nasi lemak atau pulut.
Nama 'KEDERA' selalunya digunakan di sebelah UTARA tanah air.
okay..
BTW, siapakah anak kelahiran PERAK di sini yang tidak tahu LOKASI tempat bernama TRONG di dalam negeri PERAK?
.
.
.
.
Aku rasa macam nak pulas telinga Dak TM!!!
Ada sesiapa lagi yang tak tau..?
.
.
.
ish ish ish..
Dan dan aku nak jadi cikgu ILMU ALAM nih!!
ha ha ha ha
sekian


Saturday, November 21, 2009

ANAK SAPA nih?

Salam,

Waktu aku ambik gambar demer sebenarnya mata aku tak berapa nampak..
Aku dah kena guna spek ..tapi aku selalu lupa nak bawa dan pakai.
Almaklum...tak biasa!

Ambik gambar dengan tak perasan langsung budak ni posing gaya cam gini..
Bila balik rumah, upload masuk dalam komputer...baru nampak..
ISH ISH ISH...
Cer teka anak sapa?
ha ha ha ha!!!
BTW, kepada maknyer..sila ambik perhatian..
Bila aku amat amati...
Bentuk telinganya sama jer dengan bapak budak nih!
Pipinya pula sama cam maknya!
DAH...
anak korang berdua!
sekian

Di kenduri Syirah jumpa orang kampungku..

Salam,

Aktiviti hari ini ialah berkunjung kenduri kahwin.
Ada anak jiran kenduri kahwin juga hari ini...HANTAR ANAK ANAK menjadi wakil.
Mak, ayah dan seorang dari anak lagi berkunjung ke tempat lain.
NGEH NGEH NGEH..

Aku bersama suami dan si Jenab pergi kenduri kahwin DAK Insyirah nih.
Gambar seperti yang tersiar..
he he he
MEMANDAI siar gambar orang kan?
Jangan saman akak, Syirah..
Akak boh KECIKKKKKK jer.
Aku tiba lebih kurang jam 12:45 tengahari.
Sejam sebelum tu jumpa Budak Nizam sekeluarga.
Demer nak kirim hadiah jer..

Tu lah Syirah..gerun sangat kat NIzam..
Udah macam MERAJUK jer..tak nak datang kenduri kamu!!
ha ha ha ha..
Kat Dewan Komuniti Taman Ibukota ni, aku jumpa Tas sekeluarga.
Demer dah sampai awai awai lagi.
Pecut dari MELAKA...
Selesai makan makan ..(errr aku melantak GULAI KAMBENG yang SODAP tu)
TAS??
dia kunyah kuih TAT jer..
ha ha ha!!!
Tunggu punya tunggu pengantin, sekali suami aku nampak orang orang yang dikenalinya.
1)Ustaz Idris ,Darul Izzah, Bangi.
2)Lepas tu, kawan kat tempat kerjanya pulak.
3)Kemudian jumpa lagi kawan kat tempat kerja lamanya ...si AFFIFUDDIN anak Us Baharuddin (al-Semanggolian).
4)Nampak pula, penulis kolum "Min Aina Ila Aina"...siapa lagi kalau bukan Pak Subky Latiff, pak saudara si Afiffuddin nih.
Suami sembang sama Epit. ( sebenarnya dia ni junior sekolah rendah aku=Al Semanggolian)
KEBETULAN... RUPANYA SUAMI INSYIRAH ADALAH DUA PUPU KEPADA SI EPIT..
ISH ISH ISH...ha ha ha
.....small WORLD!!
5)So dapat juga berjumpa ngan kak HAMIMAH, kakak Afiffuddin. ( sebaya kakak aku nih..my senior kat sekolah rendah..)
.....oh ye..anak anak kakpah, Farah sekeluarga , Fatimah dan Adik bongsu mereka juga turut serta..tapi demer balik awai sikit sebelum pengantin masuk dewan.
Thank you, syirah diatas jemputan dan semoga bahagia di dalam Rahmat Allah hendaknya sentiasa...
sekian


Friday, November 20, 2009

YUHUUUUUU....dah cuti sekolah!!!

salam,

AGAK AGAK APA AKTIVITI MENARIK AKU NAK BUAT WAKTU CUTI SEKOLAH KALI NIH?

SELAMAT BERCUTI SEMUA...PADA WARGA SEKOLAH MACAM AKU...

YANG KENA KURSUS KE, SEMINAR KE, JAGA PERIKSA TU...
TAK PA LA KAN...
KALAU GOYANG KAKI LAMA LAMA PUN BOSAN JUGA!!


HE HE HE....

DAH!!

ESOK NAK PERGI KENDURI INSYIRAH..

TM,
NAK BERTOLAK NANTI AKU CALL..

Saingan..harapan..kejayaan..

Salam,

Terdorong aku untuk menulis ini adalah kerana desakan seorang teman.
Yang bertanyakan formula untuk anak anak mendapat kejayaan yang cemerlang.
Yang bertanyakan rahsia.
Yang inginkan tips.

Siapalah aku untuk memberikan itu semua?

Aku hanyalah seorang cikgu yang tadika yang beranak sembilan.
Yang KECEPUH KECEPAS ke sana ke sini seperti seekor sotong KURITA "bertangan" dua terputus enam yang lain.

Aku tiada formula kecemerlangan.
Aku tiada tips kejayaan.
Aku tiada rahsia tersembunyi.

Seperti ibu ibu yang lain, aku hanya ada harapan.
Harapan yag ku bisikan dalam hatiku.
Harapan yang kupanjatkan dalam doaku.
Mungkin sedikit keilkhlasan.
Dan mungkin ianya dimakbulkan..

Dan aku tiada daya melainkan pemberian yang ESA.

Kiranya ingin berjaya dunia dan akhirat,
pesanku:-

1) Pastikan niat.
2)Tahu arah dan tujuan.
3)Usaha dan matlamat.
4)Mohon doa.
5)Peka pada suasana.
6) Ketertiban dan disiplin beragama.

sekian

Seni Lipatan- Bunga Melor..

Salam,
Bunga Melor yang selalu aku temui berwarna putih.
Aku tak tahu spesis bunga Melor yang berwarna selain dari putih.
Mungkin ada...
Ianya kecil tetapi baunya cukup wangi terutamanya di malam hari.
Segar.

Dalam pengetahuan aku, daun daun pokok bunga Melor ini juga boleh digunakan dalam perubatan secara tradisional.
Nenek suami aku memberi petua supaya daun pokok bunga ini ditumbuk dan ditepekkan di dahi sekiranya ingin mengurangkan suhu badan yang panas.
Daun ini juga digunakan untuk mengurangkan bisa sekiranya ada bengkak bengkak di badan yang disebabkan oleh gigitan serangga.

Kaedah perubatan tradisional yang diamalkan oleh nenek mertua aku ini tidak dapat dibuktikan secara saintifik tetapi sekiranya ada bahan ini di depan mata, maka aku tidak akan teragak agak menggunakannya sekiranya perlu.

Semalam aku melayari internet untuk mencari idea lipatan bunga.
Aku terjumpa kaedah lipatan untuk bunga melor ini.
Ianya boleh digunakan untuk melipat kain NAPKIN.

Sesuai benar kiranya untuk hidangan khusus buat pengantin atau mungkin juga inginkan satu kelainan dalam menyediakan meja bagi jamuan tertentu.
Yang aku lipatkan ini hanyalah kertas warna A4 yang dijadikan segi empat sama terlebih dahulu.
Kalau kain NAPKIN, bagaimana pula hasilnya...
Mungkin lebih menarik kerana kain Napkin lebih besar.
Sekali imbas aku tengok bunga ini macam bunga Lawang..
hmm...
apa apa aje lahhh..
sekian

Thursday, November 19, 2009

Lima jari..


Salam,

Hari ni RESULT UPSR keluag...

Mak Jenab selamber lenggang kangkung keluag awai dari sekolah tedikernya.
Pukul 11:30 dah tercatuk kat kantin.
Sebab cikgu dia kata pukul 11:30 boleh ambik result dah.

Tunggu sembang..tunggu sembang..tunggu sembang..

PERUT aku pun bersembang juga.
Sama rancak ngan mulut!!

Bila anak dah masuk yang ke empat, kurang dah debaran.
Tak macam mula mula ambik result Kak Aisyah dulu.
Waktu ambik result Maryam,aku yang KERIAU....UNSANGKAREBEL..
Waktu ambik result Husna, dia yang bagai nak ghak keriau....aku biasa jer.

kali ni..dengan result Zainab, aku?.. setenang air di TASIK!! ha ha ha ha

Releks jer..dapat berapa pun aku terima.

PUKUL 12:30 baru slip dapat kat tangan bebudak.
Sekolah Kebangsaan Jalan 3 BBBangi ada 128 orang yang dapat 5A..
Out of tiga ratus lebih pelajar darjah enamnya.

well...ALHAMDULILLAH...Zainab antara yang 128 orang itu.

Nangisss??? Jenab jer..
aku? sengihhhhh..
SYUKURRRRR!!


sekian

Tukar menu

Salam,

Malam kelmarin ingat nak buat sambal ikan bilis dan goreng ikan kedera masin.
KUNUNnya nak buat nasi lemak.

Hujung minggu baru ni cik abang balik Ipoh ziarah mak dan tok dia.
Balik sorang sebaik lepas seminar hari Sabtu.
Hari Senin dia tak dak kelas, maka hari tu baru dia balik semula ke Bangi.
Tumpang dah pi pasar tani pagi Ahad bawak mak dia, dia terus beli ikan bilis PANGKOR.
he he he...
HANYA apabila ada BILIS PANGKOR sahaja maka aku rajin sikit nak buat nasi lemak!!
Harap SEDIA maklum, okeh???

Tapi aisehhhhhhh...aku dah beli ikan siakap (siap BERSIANG ini) lepas balik sekolah
so..
menu ditukar menjadi IKAN SIAKAP GORENG BERENDAM!!

BERENDAM????!!
...dalam ayor ASAM JAWA!!
apasal perut nye macam TERBURAI cik kak?
ha ha ha!!
itu sebabnya tukang masak nak merasa ikan tengah panas panas..

okopuuuhhh...okopuhhhhh.....okopuhhhh
lebur lidah wehhh!
sekian

Wednesday, November 18, 2009

Bunga di tasik!!

Salam,
Adik adik, akak akak, makcik, mak ngah, mak long...
Buat apa tu??
Sibuk?

Ujan ujan ni dah goreng kurupok?
Teh o panas satu!!!

Sesambil ngunyap ngunyap tu..meh sini nak ajor satu menda.
Hah...walaupun musim UJAN tapi TETAP ghamai yang nak menikah.
Nak kenduri jugak.

APA??? tak dak idea nak buat gubahan?

Berehhhhhh...
biar cikgu tediker ni ajor satu gubahan munger.
GUBAHAN BUNGA TASIK dari enam keping duitttttt kertas...
ya duitttttt...agak agak berpinar tak tengok 6 HENGGET tu?

SILA IKUT TATACARA DENGAN TEKUN

1. Enam keping duit kertas..
....nak cantik guna la duit sepuluh ringgit.
2) lipat kat hujung

3) dua dua hujung cam dalam gambar..
dan lipat juga ke tengah tengah jadi macam shield orang SEGHAWAK gitu


4) buat semua enam enam keping dan couple couplekan jadi cam gini


5) ikatkan mereka!!

6) kembangkan sayap sayap itu...


7) bengkok bengkokkan kuntum kuntum bunga itu..
.....selapis.....


8) dan selapis lagi....maka SIAPPPPPP lahhhh

Boleh nyanyi cam AKAK SERIPAH AINI TAK?
Terataiii..
Terataiii..
Terataiii..
la la la la la la la...(la la la tu sebab LUPA LIRIK!!!)
cubalah buat untuk seni duit hantaran.
tak susah...
alangkan cikgu tediker pun boleh buat..KAN?
TM,
psttt...agak agak WATERLILY tersedak tak?
..
..
alamak!! lupa nak TRADEMARK kan gambar gambar I tuh...
hmmmmmmmmmm tak pa la...
I redho korang COPY PASTE!!
DOAKAN I dengan ILMU yang dicurahkan ini, okay?!!
.
.
.
sekian