Sunday, January 25, 2009

Teman...


Salam,
Dalam hidup ini, kita sepatutnya ada ramai kawan. Kita tak boleh dok sorang sorang. Kita tak boleh melopong tak bersembang. Kita perlukan teman. Ada teman waktu nak gurau. Ada teman nak tolong picit badan time sakit belakang. Ada teman nak tolong ubat time pening lalat, mabuk muntah dan sebagainya..
Alang kan ayam, burung, dan segala mak neka binatang yang merangkak, menjalar, mengesot, berenang, berlari, terbang, luncur, lompat, ayun..semua suka berkawan kawan.
Hatta katak pun akan bernyanyi keriangan bila sesama kaum keluarga suku sakat teman taulannya. Yang perumpamaan katak di bawah tempurung kelapa tu..sebab ada hamba yang kenat kat katak. Diserkupnya katak tu nak tengok katak tu ada daya upaya atau tak melompat sambil angkat tempurung..
Tu kerja sapa waktu kecik tu?
Pastu kawan kita tu kita pakat start kumpul time time dok kenik lagi. Lepas tu kita kumpul lagi time lompat zero point walaupun patah tangan sekalipun, kita tetap akan berteman takkala nak melompat getah. Kita akan cari teman bila nak main polis sentri. Kita akan cari teman bila nak ajak terjun ayark sungai belakang rumah. Kita cukup teruja bila dapat lepas gian mandi manda dalam seluag sekeping bersama sama teman time kecik kecik la kan..(tak main la birthday suit..tau malu aihhh)
Kita cukup syok kalau dapat merayap pi rumah teman time petang petang. Sampai Maghrib pun kita cukup syok nak main aci nyorok lagi walaupun mak kita dah pesan Maghrib kena balik..Kita selalu lupa diri bersama teman sebab bestnya berteman. Kita tak kisah berbalog badan sebab pergi main sampai Maghrib dengan teman..Kita sayangkan teman..Kita sayangkan kawan..Kita sayangkan jalinan kemesraan bersama teman kerana keriangan itu tercipta bila berteman..
Dan bila kita semakin remaja..teman adalah individu yang dapat kita curahkan perasaan kita. Dapat kongsi kedukaan kita. Dapat memahami hati budi kita. Kita sayangkan teman kerana di saat kita bergembira, dia akan memahami. Disaat kita menangis dia akan mengasihani...
Dan aku bersyukur punya teman seperti di atas..teman yang kuanggap sebagai saudaraku sendiri...Biarpun ada yang lain fahaman politik, lain cara pemikiran tapi kami errrr..agree to disagree ( pinjam kata kata dari GJ) dan saling cuba faham memahami..
Sayang kat hangpa weeehhhh!!..semoga pertalian ini berkekalan sehingga akhir hayat...

4 comments:

ibundo said...

weh, banyak nye dah entry hang ni. tak pi bejalan ke (selain pi kenduri kendara)

ASH said...

Tak minat nak jalan jalan keluar dari kota time raya China. Jalan selalunya sesak...tiap tiap tahun dok perang atas jalan.Tahun ni saya dan keluarga relax kat sini.Hari ni ada kenduri lagi...

5 'so' bersaudara... said...

Tahun lepas raya cina.. kita dok berperang di bawah khemah kenduri.. pastu sangkut dalam jammed.. dari Semanggoi sampai rumah.. hampir 10 jam..

Ingat dak?

ASH said...

Tu yang tahun ini tersadai kat Bangi jer..

Tahun bila baru sampai RAWANG dah tengahari rembang..jam giler dekat 2 jam. Last last patah balik..

memang berperang kalau musim raya..
tak kira raya cina ke raya Puasa ke..