Wednesday, January 21, 2009

Hatta RM5 sekali pun..

Salam,
Dulu aku diberi belanja RM5 sehari..
.
.
.
.
.
dan wang itu bukan untuk belanja sewaktu aku di sekolah rendah atau di sekolah menengah.
...tetapi wang belanja itu diberikan sewaktu aku mula mengenal erti hidup berumahtangga bersama suami dan beranak seorang, menyewa di Wangsa Maju.
Pada mula mula kehidupan itulah dianya..Rumah kosong. Tiada berperabut. Yang ada hanyalah kotak kotak yang diperolehi dari packaging sewaktu balik dari US. Mula mula benda yang kami beli hanyalah dapur gas, sekeping tilam, rak besi buat meletak pakaian serta tempat menyangkut pakaian dan tikar getah.
Tempat meletak dapur yang buruk ditinggalkan oleh penyewa sebelumnya, kami gunakan sehingga suamiku berupaya membeli yang baru. Seorang jiran India yang kebetulan ingin membuang sebuah almari buruk telah memberikannya kepada kami dan kami mengambilnya buat menyimpan barang barang.
Entah kenapa sewaktu mula mula hidup di Wangsa Maju keadaan agak sukar..suamiku telah meletakkan jawatan di Tan Chong. Dua bulan dia menganggur..dan dua bulan itu cukup perit buat kami bertiga.
Sebelum jawatan seterusnya diperolehi hidup kami sekadar mengisi sesuatu yang tak pasti. Hatta sewaktu itu RM20 dirasakan begitu mewah..hatta RM5 sekali pun..
Dan apabila suami aku mendapat kerja di sebuah bank, wang yang dipinjamkan kepada kami terpaksa digunakan sebaik mungkin supaya ianya tidak kehabisan sehingga suamiku mendapat gajinya yang pertama di bank itu.
Nak tahu bagaimana aku menghabiskan wang RM5 sehari itu.
1) Nasi lemak Rm0.50 dikongsi bersama anak kecil seorang..
2) Rm 2.00 untuk membeli 2 ekor ikan. RM0.50 untuk membeli sayur jika mahu..( optional)
3)Rm 0.50 selalunya aku beli udang kecil untuk dibuat bubur nasi anak kecilku.
4) Selebihnya aku simpan untuk membeli karipap Rm1 lima biji di waktu petang.
...........................begitulah awalan rumahtangga kami di sini.
Jadi hargailah RM5 yang ada di poket anda...kerana ianya mungkin adalah perbelanjaan sehari bagi satu keluarga seperti aku!

3 comments:

ibundo said...

mereka yang pernah melalui kesukaran yang dapat menilai kesenangan yang dikecapi kini.

GPI said...

فإن مع العسر يسرا.إن مع العسر يسرا

Surah Al-Insyirah Ayat 5-6.

ASH said...

kak pah,
ye benar.

GPI SKSV,
So da qallahu azim..