Wednesday, January 28, 2009

Suatu hari di .....(bersama Miss Anne)

Salam,

Nama penuhnya Cik Tan Bu Chu Anne. Tapi kami semua kenal dan memanggilnya Miss Anne sahaja. Aku tak tahu pun nama penuhnya Tan Bu Chu Anne. Kalau aku tahu dulu...mesti ada penambahan pada nama itu. Aku hanya tahu nama penuhnya bila aku membelek dalam majalah pertama Puteraindera tahun 1981 yang ada di tanganku ini.

Ohhh..
Nama penuh, Miss Anne Tan Bu Chu rupanya ye...
Hmmm ...dan aku sudah mula nak menambah nambah..
Err...tapi aku sudah menjadi guru sekarang. Tidak betah buat aku menambah nambah nama seseorang.Tidak betah buatku menggelar nama yang sudah cantik buat seseorang itu.

Tapi kotak fikiranku terus diterjah.
Hmmm... kalau dulu kutahu..sudah pasti Tan Bu Chu ni menjadi Miss Anne BUCHUK..he he he
( NO, You shouldn't do that! YOU ARE Absolutely NOT ALLOWED TO DO THAT)

Berbalik kepada Miss Anne...rupa rupanya dia mempunyai kelulusan SC/MCE dan juga mendapat sijil guru (MPSP, MPIK) jadi tak hairanlah sekiranya dia adalah guru pendidikan jasmani. Asyik berjemur di padang sahaja Miss Anne ni. Dari pagi pagi pukul 7:45 sampai 11:00, tiap tiap hari.
Dan aku ada cerita yang agak menarik juga bersamanya.....

beginilah ceritanya :-

Pada suatu hari yang sungguh panas. Hari di mana, kalau boleh, semua orang rehat rehat di rumah sambil minum teh 'o' ais limau, aku di SMTSP terpaksa bertungkus lumus dengan tugasan sebagai pelajar.
Hari itu juga merupakan hari kelas aku mempunyai waktu pelajaran P.E (physical education) di paginya.

Pada pagi itu kami bermain bola keranjang...permainan yang aku memang tak handal langsung. Dengan susuk tubuhku yang agak rendah dan tanganku yang kurang kuat, aku tak suka kalau disuruh bermain bola keranjang.

'Alahai..Main basketball ke? Aku malas la nak main basketball ni..Boring...mau patah jariku sambut bola. Dah la bolanya keras kematu." itulah rungutan aku kalau kelas terpaksa bermain basketball.

Bukan aku tak pandai dribble bola. Bukan juga aku tak pandai sambut dan lontar bola. Aku cekap menyambut dan melontar bola. Tetapi aku paling menyampah kalau terpaksa 'shoot net'. Rendah..Hah..Mesti tak masuk punya!!
Jangan mimpi lah nak buat SLAM DUNK..
Selesailah period P.E hari tu.

Kemudian dua waktu sebelum waktu rehat adalah masa SRT. ( Sains Rumah Tangga). Ahh ha..pelajaran masak memasak. Best juga..Dapat makan.
Se tak pandai tak pandai aku memasak, keputusan SRT aku tak le fail tau!! he he he..
Nasib badan..

Hari itu aku dan kawan kawan di ajar memasak kuih karipap berinti kentang dan daging.
Daging kena hancurkan dengan pisau. Kentang kena potong dadu kecil kecil. Tepung pastri pula kena gaul dan ramas pakai ujung ujung jari..
(Oh ye..ingat lagi cara gaul dan ramas pakai ujung ujung jari...hah! tu sapa dah nak kona 360 derjah tu?)

Letih juga kelas masak memasak ni. Tapi yang bestnya kelas ini hanya ada 10 orang sahaja.
Almaklum..the boys at the time kena belajar SENI PERUSAHAAN. Hah! Tok tukang..tukang kayu. tukang petri. tukang besi....
Kelas aku,budak pompuannya ada 10 orang sahaja. Manakala budak lelakinya ada 20 orang. Ratio budak pompuan dan budak lelaki ialah 1:2. Kelas waktu tu hanya ada 30 0rang sahaja.
Jadi kalau kami memasak, meja dan dapur yang digunakan hanya 5 sahaja kerana satu kumpulan 2 orang...Alangkah seronoknya ketika itu..

Kena pula kalau dapat pasangan kawan yang cekap memasak macam seorang kawanku yang bernama Timah.
Hari itu tak silap aku masak berpasangan dengannya...
Tapi kalau dah memasak itu, letih tetap letih kerana selama 2 jam kelas itu, sejam yang pertama selalunya kami terpaksa mendengar segala leteran dari guru SRT kami, CIK S. M. a.k.a 'saya cekik pala awak kang..' ( ooohhh bukan aku yang bagi gelaran tu tau..tapi dirinya yang sering menyebut nyebut kalimah itu hingga terkenal seantaro SMTSP dengannya)
Kelas yang berakhir sebelum rehat itu sungguh memenatkan. Sementelah pula tenaga aku telah digunakan sebahagiannya pada waktu P.E pagi itu..

Mata pelajaran lain tetap kami pelajari sehinggalah pada waktu yang akhir, mata pelajaran KESIHATAN!! Ada satu period sahaja MATA PELAJARAN kesihatan ini dan padahari itu kami semua ke bengkel alatan sukan bersama dengan Miss Anne sekali lagi. ( untuk pengetahuan..Miss Anne hanya mengajar P.E bagi pelajar perempuan. Pelajar lelaki diajar oleh En Ahmad B Hussain..) Tetapi bagi pelajaran KESIHATAN dia yang mengambil kelas ini.
Oleh kerana Miss Anne ini guru yang rajin berdedikasi maka masa MATA PELAJARAN KESIHATAN ini selalu terisi dengan ceramah ceramah kesihatannya. Dan juga setiap minggu ada sahaja assignment yang diberinya.

Minggu sebelumnya kami disuruh melakarkan gambar anatomi bahagian paru paru
Alahai..nak kena lukis gambar paru paru serta menamakan setiap rongga rongga yang penting dalam pernafasan.
Kebanyakan dari kawan kawan aku, agak malas nak melukis paru paru ni. Tapi mereka tetap buat assignment yang diberi. Aku pula bagaimana??

Hah!! Aku pula terlupa habis habisan tentang assignment yang diberi. Aku masih tidak menyiapkan lakaran gambar ini..
Sedangkan waktu itu sepatutnya kami sudah siap melakar dan masa kesihatan yang akhir itu untuk melabel serta mewarna dan menyenaraikan nama rongga rongga dan fungsi anggota pernafasan.
Aku juga terlupa habis habisan untuk membawa manila kad yang mempunyai lakaran tak siap itu ke kelas.

Hari itu yang aku ingat hanyalah kelas memasak karipap sahaja dan aku tak lupa untuk membawa apron dan kap yang AMAT penting untuk kelas itu kerana kalau tidak 'kepala kami akan dicekik' oleh Cik S.M.

Jadi, aku pun memberitahu Miss Anne bahawasanya manila kad aku tertinggal di bilik dorm. Miss Anne menyuruh aku mengambilnya..Maka aku berlari ke asrama, naik tingkat empat tergesa gesa tetapi sebaik sahaja aku di atas aku dapati yang aku tertinggal kunci loker dalam kotak penselku di kelas. Maka aku berlari turun dan ke kelas semula.

Miss Anne bertanya ' Mana manila kad awak?'

Aku, " Saya tertinggal kunci loker. Saya nak ambik kunci cikgu"

Entah kenapa hari itu agak malang..

Miss Anne marah marah..
Selalunya dia tak begitu.

" Awak jangan bohong saya. Awak tak buat kerja. Awak kata itu ini. Mau trick dengan saya. Ketuk ketampi seratus kali"

Satu kelas bisik bisik..terutamanya budak lelaki. Semua orang terdiam.
Biar betul. SERATUS KALI??!!

"Cepat!! kalau awak tak buat saya bawak awak jumpa pengetua.."

Kecut perut aku mendengar perkataan 'PENGETUA'. Orang yang paling cuba dielakkan sama sekali.
Dengan kerana itu, walaupun kaki aku begitu letih berlari ke sana ke mari, aku terus mengetuk ketampi...dan dalam beberapa ketika selesailah 100 kali ketuk ketampiku itu.

"SUDAH?!" kata Miss Anne meraguiku.

"Sudah.." kata ku takut takut..Al maklum memang ada yang aku cilok.

"Manyak cepat. Lu kata seratus kali ka? Saya tak percaya! Buat seratus lagi!"

Angin apa entah hari tu Miss Anne ni..

"Fatimah, awak kira tengok betul tak seratus.."

Miss Anne menyuruh sahabat karibku mengira ketuk ketampik yang ditambah seratus kali lagi.
Hah! Timah..Timah amat kesiankan aku.
Dia suruh aku ketuk ketampi lambat lambat sebab dia tahu aku dah tak berdaya. Dengan waktu P.E pagi pagi yang telah mengambil sebahagian tenagaku, dengan waktu SRT yang telah mengambil kudratku..dan aku berlari ke sana ke mari..lututku seolah olah terketar ketar untuk melakukan ketuk ketampi seratus tambahan!

(KEZAMMM....KEEZAMM..KATA HATIKU)

Bila sampai 30 kali, Timah bilang 50 kali. Bila sampai 80, Timah kata dah cukup seratus. Aku takut teramat. Letih pun teramat. Gigil lututku. Timah kata tak pa..Dia berani bohong untuk selamatkan aku. Tapi memang aku dah tak daya. Stamina dah meleweh.Perut aku pulak dah lapar. Makan ala kadar. Setakat dua biji kuih sewaktu pukul 10 pagi.
Tak sabar sabar nak menunggu loceng berbunyi untuk habis kelas.

Bila selesai sahaja aku ketuk ketampi untuk seratus kali kedua itu, Miss Anne suruh aku balik ambil kertas manila kad itu juga. Sampai di dorm, aku terjelepok. Rehat sekejap sambil air mata aku menitis...
Ya..aku menangis.
Menangis sebab geram. Sampai hati cikgu aku denda yang bukan bukan..
Menangis sebab ditertawa kecil oleh budak budak lelaki kelas aku.
Yang bisik bisik sambil senyum senyum seronok...

BENCI!!!!BENCII!! Jerit hati ...menyumpah juga di dalam hati.

Sebaik aku tiba di kelas...KRRRRRRIIIINNNNGG..habis waktu belajar untuk hari itu. Kami semua ke dewan makan dengan aku berhidung kemerah merahan kesan kesedihanku.

'Tak pa, Hidayatun..Aku ada idea,' kata Timah menumpang geram kerana kejadian itu.

Petang itu sewaktu kelas prep, kisah aku didenda ketuk ketampi dua ratus kali itu tersebar kepada rakan sebaya bagai api yang marak.
Bahaya betul..

Timah mengemukakan satu idea lucu..Ha ha ha. aku ketawa..Biar betui. Biar betui betui..

Untuk praktikalnya kami tunggu waktu P.E berikutnya.

'TIMAH, AWAK TAK NAMPAK KE SAYA NI!!!' jerit Miss Anne sewaktu Timah TERBALING bola keranjang tepat ke kepalanya.

'OOOpppss..tak sengaja cikgu'

BOINK! BOINK! Dua kali tak sengaja nyer TU!!

*maaf kupinta cikgu...cikgu baik sebenarnya..cuma hari tu mood talak baik punya...

Sekian











2 comments:

Gurindam Jiwa said...

Panjangnya berjela..

ashley said...

Ye..sengaja dibuat panjang. Satu cerita buat mereka yang ingin membacanya...Bagi yang tak nak baca..tak kisah..no problemo..