Monday, January 19, 2009

Lawatan sambil belajar..

Salam,
Suami aku ni dia memang seronok sungguh pi buat 'lawatan sambil belajark'. Hari tu waktu aku boh entry pasal buat kek Lembab tu, aku dah tunjuk hasil dia pi melawat kilang syringe. Dia bawak balik sample syringe.

Aku nak buat apa tak tau. Buat hiasanlah kut..
Tak pun buat koleksi hasil lawatan dia..


Minggu lepas pulak dia buat 'lawatan sambil belajark' lagi. Kali ni dia pi kilang ADABI..
IYA..apa lagi! Hah..bawak balik hamper sample produk ADABI. Ni lah sebahagian produk ADABI yang telah atau hendak dipergiatkan lagi di pasaran.
Aku bukan nak iklan promosi ke apa ke..
Nak habag jer..
Kut nak beli, hangpa pi beli sendiri kat kedai, supermarket ke apa ker..

Suami aku dapat SAMPLE jer..




9 comments:

kakpah said...

umm sudah baguih. Lawatan this year nak pi mana ha. Hari tu ada cina dari genting mai ajak buat trip pegi genting naik cable car lagi. Weh seghiau. Taknak la. Nak pi mana ha?

ashley said...

Pi petrosains hari tu mmang menarik. Ada pertunjukkan buih sabun, ada 3D show dan pameran dinosour plus lots of science games/tools kat dalam tu.Tapi indoor le semua tu..Dan mungkin ramai yang dah pergi..err tapi tak tau le jugak.

kat melaka ada zoo. Menarik juga zoo Melaka tu. Tak dak la asyik asyik pergi zoo negara jer..

Kat melaka pun dulu saya dah pi ostrich farm. okay gak la..tapi kut kecik jer la.( selain dari ostrich kat situ ada rabbit, kambing, burung, buaya kecil, ayam turkey etc..tapi private individu punya)

kat Tapah ada deers' farm dan hotspring.mungkin tak sesuai untuk outing sekolah...saya tak pernah pi lagi so tak leh nak komen,

Melaka tu banyak juga tempat menarik tau..kak Pah layari tengok la internet.Mungkin ada yang sesuai untuk lawatan kita..

Bangi ni pi Melaka pun orait.

lukmanw@gmail.com said...

Salam KakPah/Hidayah

Antara program tahunan tabika org rumah saya seorg itu ialah lawatan ke balai bomba. Siap bomba ambik dan hantar berbudak itu pakai "fire engine". Kebetulan bomba ada kursus 3K (siap dgn sijil!) khas utk kanak-kanak tabika. Rujuk posting lama saya dalam blog; http://oshthejourney.blogspot.com/.
Antara lain saya (saya "guru besar" tabika :-)) perkenalkan ialah "main air" di Bkt Merah Lake Town Resort sampaikan pihak pengurusan BMLTR tiru acara saya itu pakej mereka skrg ini.

Byk lagi aktiviti-aktiviti kanak-kanak tabika yang saya buat. Tabika org rumah saya seorg itu dianggap contoh di Taiping sbb "berebut" company yg nak sponsor - kami ada sponsor roti setiap Rabu, sadirn, air dan pelbagai lagi

nak tahu lebih lanjut - email kpd saya.

Lukmanw

Cikgooden (Selumbar Emas). said...

tu stok utk dua minggu tu kak!..he he he...

lukmanw@gmail.com said...

Cikgooden

kalau lawat kilang roti dpt roti, lawat kilang oren dpt oren. Agak-agak lawat kilang tayar boleh dpt tayar tak? Ataupun lawat kilang simen dapat simen?

Mai lawat rumah aku - gerenti dpt t-shirt dan caps!*

Lukmanw

*Bergantung kpd stok dan size

ashley said...

Dearest Lukman,
Aku rasa kalau kami semua nak pi Balai Bomba Bangi, mahu ranap Balai Bomba tu..ada 7 Tadika di bawah pengurusan kami ni!! Kalau center sahaja paling kurang ada 6 kelas...kat tempat aku ada 2 kelas jer...Kat tempat lain ada 2 atau 3 kelas.. Kami pi selalunya tak kurang dari 3 bas panjang sekolah.

pening kepala ahli Bomba melayan bebudak tu..he he he..

hmmmm...
Sebab tu kena tengok tempat yang agak besar sikit.
yang luas.

last year kami pi Sunway WildLife. Sebelum tu Zoo Negara.
Sebelum tu lagi Taman Burung dan juga apatah Mines Wonderland ke mende ke...dan macam macam lagi...

kami kena ada paling kurang 7 atau 8 tourist guides yang boleh control groups ini. selalu bila dah masuk satu satu tempat, kami ber pecah di bawa oleh guides ini.


memang pernah terfikir nak pi Balai Bomba tu. Tapi tak boleh bawak semua tadika ni serentak. kalau satu tadika yang 30/40 orang budak okay kut..

aku rasa la.

ashley said...

Kalau lawat kilang tayar, tukag la empat empat tayar kereta tu.Bagi baru semua...

kalau lawat kilang simen, suruh depa mai buat rumah baru terus...

ha ha ha..

lukmanw@gmail.com said...

Hidayah

Kalau tengok blog OSH saya tertera "Penyelaras Aktiviti Tabika Perpaduan Larut Matang & Selama" - biasanya kalau saya buat aktiviti mesti melibatkan sekurang-kurangnya 7 atau 8 buah tabika. Setiap satu tabika ada 30 org kanak-kanak dan bermakna 200 lebih kanak-kanak terlibat. Rahsianya jemputlah 5, 6 org ibubapa untuk membantu guru yg hanya 2 org shj setiap kelas.

Aktiviti yang baru diperkenalkan (baru tak barupun sudah 2 tahun!) - biarkan kanak-kanak buat sarapan sendiri; bagi roti, mangerin, kaya, jem, sadirn lenyek, pisau plastik - buat (sapulah) sendiri.

Lukman

lukmanw@gmail.com said...

Salam

Saya pernah "terlawat" ke pusat ternakan babi di Bkt Pelanduk utk tetapkan laluan (reccee) rally kereta. Nasib baik tak dpt cenderahati dari pihak pengurusan di sini.

ha, ha,

Lukmanw