Sunday, January 11, 2009

Dari hati seorang isteri..

Salam,

Anak aku ada sembilan.. Lapan perempuan, satu lelaki. Anak lelaki comel aku tu(biarlah aku kata comel..walaupun orang lain tengok tak..he he he) adalah anak yang ke 8..

Aku nak suruh you all semua bayangkan perasaan aku sebagai seorang isteri dan ibu bila setiap kali mengandung dan scan..
1) perempuan..
2)perempuan..
3)perempuan..
4)perempuan..
5)perempuan..
6)perempuan..
7)perempuan
....................
rasa rasanya lah apa yang you all boleh agak?

Bukan aku tak suka anak anak perempuanku..
NO, absolutely not! Tapi aku benar benar KEPINGIN anak lelaki..
Sampai aku berniat untuk puasa 3 hari sekiranya aku
dapat anak lelaki..
Sehingga kadang kala aku menangis merayu pada Allah untuk beri aku anak lelaki..

Dan anak anak aku yang sulung, yang no 2, yang n0 3..dan seterusnya berdoa setiap kali aku mengandung dan pergi scan untuk mengetahui kedudukan dan jantina anak, mereka mengharapkan adik lelaki.
Apatah lagi suami aku..
Walaupun setiap kali dia menerima berita yang aku mengandungkan anak perempuan, kalimah yang keluar dari mulutnya ialah ALHAMDULILLAH..tapi jauh di sudut hatiku tetap sedih kerana masih tidak dikurniakan anak lelaki sehinggalah pada kandungan yang ke 8...(ke 9 sebenarnya..kandungan ke 8, keguguran)

anak 1, lahir 1991
ke 2, 1993
ke 3,1995
ke 4,1997
ke 5,1999
ke 6,2001
ke 7, 2003

....tahun 2005, aku sepatutnya melahirkan anak juga tetapi kandungan aku mengalami keguguran dan tak berapa lama selepas itu aku mengandung lagi dan anak lelakiku lahir 2006. (tahun angka genap...the even in the odd..or the 'odd' among the odds?).
Kemudian adik perempuannya lahir pula 2007..( tahun ganjil balik).
Funny or coincident? Aku pun tak tahu..Ini semua kerja Allah. Dan aku pun tak tahu kenapa tubuh badan aku ini terlalu subur..
(walaupun dulu badan aku sekepiang jerr).

Mudah sangat mengandung dan melahirkan anak.
Alhamdulillah..

Dulu sewaktu bujang, sekira kiranya, anganan aku adalah kalau berumahtangga, aku impikan 4 orang anak sahaja.
2 lelaki, 2 perempuan.
Kalau boleh yang sulung lelaki, kedua perempuan, ketiga lelaki, keempat perempuan..Berselang seli..Paling paling ramai pun, anak aku ialah 6 orang. 3 lelaki, 3 perempuan.

Tapi kelakarnya..lain pula yang jadi. 8 pompuan 1 lelaki. Anak SEMBILAN! Kenapa tak cukupkan aje 10..( itu reaksi raaaammmmmaaaaaii orang!!)

Aku ngandung 10 kali dah tau! Jadilah tu..jangan ngade ngade.

Bila dah sampai mencecah 40..aku merayu pada suami..okay bang, This is it! Aku dah takut nak getting pregnant lagi dah. Dah tak larat nak usung perut sana sini.

Sakit belakang aku dah kian menjadi jadi..

Oh ye...aku biasa jatuh terduduk waktu carry baby. Betul betul depan klinik Dr Huda, anak Us Harun Din. Umur baby waktu tu sebulan. Aku bawa dia untuk injection umur sebulan.

Oleh kerana masa tu aku tengah kendong baby dalam pangkuan maka aku jatuh terduduk macam nangka busuk. BEDEBOK!! Saaakitt.. sebab tak menahan tangan time jatuh tu. Baby tak de apa apa tapi aku yang lebam hampir dua minggu.

Semenjak hari tu, kalau berjalan jauh, aku dah tak boleh duduk lama lama dalam kereta. Sakit nak kena meniarap. Kalau aku duduk bersila pun tak boleh lama lama. Sakit..Tarik urat sampai ke belakang leher. Aku lebih suka berdiri dari duduk. Atau kalau duduk kena duduk atas kerusi..hatta kalau aku dok berblog ini pun sebenarnya lokasi aku pun ialah tertiarap atas katil.

Pulak tu selalu pula pergi mengurut..Terasa benar dah tuooooo nye.

eh eh..dah kona sampai terkeluar tajuk le pulak..Nak cerita pasal lain, dah masuk bab sakit belakang pulok dah ni.

Apa yang aku nak luah pada asalnya ialah perasaan aku sebagai seorang ibu kepada 8 anak pompuan, 1 anak lelaki dan isteri kepada suami aku tu..
aiseh man..

Feelnya dah tak ada pulok..Tadi semangat iya iya jer..
Ambil feel balik, ambik feel balik
.
.

.
.


......zzzzzzzzzzzzzzzzz

he he he he...itulah feel NYER!






9 comments:

azza_irah said...

akak..
tahniah sgt2..
sy yg baca rs teruja bila tgk tahun2 akak melahirkan anak2 tu. satu anugerah tak terhingga kan. akak 9 org anak...tahun ni sy cukup 9 tahun kawen..masih belum ada rezki. semuanya kerja yg Esa..jika ini ditakdirkan sy redha..dh lama sy dan suami redha sbnrnya.

tahniah utk akak sekali lagi..

ASH said...

Azza,Tq.

Oh..
Anak anak ni memang anugerah...
Azza;
don't worry..
anak anak yang azza take care itu, satu anugerah yang tidak terhingga. Bukan semua orang dapat menjadi guru Istimewa macam Azza..
Kena ada tahap kesabaran yang benar benar tinggi..

DrSam said...

ashley,

kalau saya cakap saya boleh memahami dan mendalami perasaan dan naluri seorang ibu agaknya saya berbohong. tapi saya percaya besar pergorbanan dan banyak penderitaan seorang ibu dalam membesarkan seorang anaknya. apatah lagi 9.

syukur dengan rezeki kurniaan Allah. memang subur :) kuat plak tu gen perempuan you ni.

saya plak hanya ada 4 superhero. wife dah tutup kilang. (fyi, anak pertama perempuan, tapi allah lebih sayangkan dia, dan dua keguguran). saya pun kesian tengok penat wife bila dah berumur ni nak melalui lagi proses tersebut.

namun saya bersyukur.

p/s: tak sangka you baca semua entri.

Cikgooden said...

aku juga kepingin anak lelaki..
tapi itu semua tuhan punya kuasa..kita cuma tahu mintak saja, kan.

anak sulung aku pompuan, adik dia pompuan..cuma tak pasti..anak yg first dulu...,yang keguguran tu, lelaki atau pompuan. Tuhan lebih sayang dia. Diambil dulu sebelum aku sempat tgk muka dia....


moga, lepas nih...ada la kut sangkut lagi sorang..he he he!

ibundo said...

Hidayah, cuba hang buat experiment. Lahirkan yang kesepuluh. Kalau 2010 dapat lelaki ke tak.

Unknown said...

Ini kena ambik tution dari "hubby saif". Setakat ini (setakat ini diulang!) hanya "anak jantan seorang aku itu" yg jadi penyeri rumah.

Lukmanw

Sunardi said...

a'kum,

selamat berkenalan. Terima kasih kerana sudi melawat blog saya.

inilah pengorbanan seorang isteri dan ibu.... hanya Allah yang mampu membalasnya.

Abahfateh

ASH said...

Salam

Dr sam..
Saya boleh bayangkan betapa bangganya si Ayah bermain golf ngan anak anak..
he he he..
dan betapa boringnya siemak dok kat dapur sorang sorang..(errr..buat camner..don't worry, the time will come when your house is full of menantu pompuan..)

Cikgooden,
InsyaAllah..Bangi ni murah rezeki..mana nak pi tau. Tak sangkut anak, sangkut orang rumah!!Bangi Branch!

kak pah..
errrr..4010 tu umur saya (kalau panjang) dah masuk 43. dah kira masuk red area dah tu. Saya takut kena berletiag ngan Dr Fatimah Annur le pulak!!

Lukman,
Nak tuition mende nyer..semua dah patut jadi pakar dah by looking at our age..Itu namanya REJEKI ye bung.
Rejeki hang, rejeki boleh jalan jalan cari makan satu Malaya.
Rejeki kami, jalan jalan 'lenggang pewut' satu Malaya..

Abahfateh,
Your blog menarik..saya akan kunjungi lagi. InsyaAllah.

ASH said...

Salam..err kakpah silap taip 4010 tu aku dah jadi rangka kat dalam banglo bawah tanah..what i mean is 2010..Fuh..