Thursday, January 22, 2009

Sembang petang bersama Si Huda..

Salam,

Ummi : Hari ni ada homework tak?
Huda : Tak..

Ummi : Homework yang 'cat' tu dah hantar?
Huda : daaahh..(bunyi cam eksyen jer)

Ummi : Ummu kata Huda suka sangat cerita Ali si gembala, betul ke?
Huda : Eh, Ummi tahu ke? Ummu cakap kat Ummi ke?

Ummi : Tak cakap...tapi ummi tahu.
Huda : Ummi tahu macamana? tenet ke??
Ummi : Aa ahh..

Huda: Wah..Ummu cakap kat komputer??( macam konpius jer..)
Ummi : .......( malas nak jawab)

Ummi : Ceritalah kat ummi pasal Ali si gembala tu..
Huda : Ummi nak dengar ke?
Ummi : Aaa aah..

Huda : Ali tu dia dok kat bukit sorang sorang jaga kambing. Kambing dia ada sepuluh ekor..pastu dia pikir apa dia nak buat sorang sorang. Dia boring..lepas tu dia pun macam nak pangge orang kampung.

Ummi : Iya ker..ohhh

Huda : Pastu dia pangge kuat kuat, jerit minta tolong kata ada harimau nak makan kambeng dia. Pastu orang kampung datang. Ada naik basikal. Ada naik kereta. Ada naik motor.Ada yang tua jalan kaki bawak tongkat. Ada bawak pedang.

Ummi : Iye ke bawa pedang...
Huda : Aaa ahhh..Yang jalan kaki bawa tongkat tu nak pukul harimau dengan tongkat. Macam macam diorang bawak. Nak tolong Ali. Tapi Ali gelak kuat kuat bila diorang datang sebab Ali tipu jer.

Ummi : Sian pakcik tua tu..mesti penat dah kena tipu..

Huda : Aaaa ahh. Pastu esok pun Ali buat macam tu lagi. Dia pangge lagi orang kata ada singa nak makan kambing dia. Orang pun raaaaaamai datang. Tapi Ali gelak kuat kuat jer sebab dia tipu lagi..

Ummi : Huda nak tipu macam Ali ker?

Huda : Tak lahhh...Ummi ummmi..lepas tu kan..pastu hari yang no 3, Harimau datang betul betul. Dia lapar. Pastu dia tengok kambing Ali. Dia kata..haa perut aku lapar, aku nak makan kambing ini. Pastu Ali takut. Naik atas pokok. Dia jerit kuat kuat minta tolong. Tapi orang tak nak datang sebab orang dah sibuk main tenislah..main bola la..bila dengar Ali jerit orang buat tak tahu jer sebab orang kata Ali mesti tipu lagi.

Ummi : Oh ye kerr..
Huda : Ha aaahhh...Pastu Ali balik tanya kenapa orang taknak tolong...habis kambing Ali kena makan..
Pastu orag kampung kata sebab Ali suka tipu.
Ali pun pikir pikir..aaah tak boleh tipu tipu gelak pada orang...
Macam tu la cerita.

Ummi : best la cerita Huda..nanti boleh Ummi cerita kat Perdana pulak. ( walaupun aku dah biasa baca cerita ni dalam buku teks sekolah aku entah zaman bila dulu...)

2 comments:

kakpah said...

hahaha.. pandai si huda bercerita. Dia tak tunjuk ke aksi orang naik kereta, naik basikal, naik moto dan pakcik yang jalan pakai tongkat tu.

ashley said...

Kakpah,
Sembang petang itu disulami serta diselangi dengan jeritan dan tangisan adik adiknya jadi segala aksi watak yang telah diceritakan mungkin tidak dapat dihuraikan dengan terperinci..
namun yang penting mesej tetap sampai.

Kudus to her teacher!!