Wednesday, January 07, 2009

Si Mat Salleh itu..

Salam,

Gambar yang aku selitkan pada entry aku kali ini ialah gambar kelas aku, 3 sains 1, diambil untuk majalah sekolah dalam tahun 1982.



( sekolah aku tu pakaian seragamnya macam sekolah biasa lah. Boys- baju putih, seluar hijau tua. Girls pula baju kurung putih berkain biru turqouis..tudung pula kalau sesiapa YANG NAK PAKAI..mestilah berwarna putih juga. Tapi entah kenapa dalam gambar ni yang dah larut dek zaman..kami yang perempuan dah berkain hijau pulak nampak gayanya..ish ish ish..)



Sekolah aku, bagi yang belum tahu lagi ialah sekolah yang tercatat namanya kat depan dewan besar sekolah aku tu. Sekolah ini menyimpan seribu kenangan pahit manis, suka duka aku..Banyak memori yang pahit yang tak dapat aku lupakan. Begitu juga yang manis yang aku sentiasa kenang kenangkan..he he he..apalah agaknye ye..

Kisah yang akan aku ceritakan kali ini bertajuk 'Si Mat Salleh itu'.. Si Mat Salleh ini bukanlah ada kena mengena dengan Mat Mat Salleh yang berambut Perang, berwarna biru, kelabu atau coklat yang aku pernah ceritakan pada entry entry sebelum ni. This particular Mat Salleh is A Real Macho man..Mat salleh 'kutai' dari negeri Perlis...( ha ha ha..kutai le sangat)

Mat Salleh, kawan aku ni dipanggil Mat Salleh sebab nama dia memang Mat Salleh. Dia pula adalah anak lelaki tulin si Jusoh. Dalam gambar ni mat Salleh dok di barisan depan. Tempat ke empat dari kiri...Hah! hensem tak?? he he he..jambul ala ala Joe Jambul. Gagah perkasa orangnya..kalau lumba lari selalunya sukar untuk ditewaskan..a runner! Kalau main bola sepak pula, fulamak...tak terkejar..(weh..lebih lebih pulak aku memuji muji nye)

Okay okay..mendenya lebih lebih sangat puji ni??

.....kesahnya....

waktu form one..(kami semua dalam gambar ni memang SEKELAS. Kami sekelas dari one hingga form three)

This particular Mat Salleh telah main wayang. Aku sebagai heroinnya. WAAAHHHH!! wayang apa tu?

Lokasi : dalam kelas 1 s1

Masa : pepagi hari waktu masuk kelas

Watak : aku sebagai heroin

mat salleh, the villain

'mukriang riang' bukan nama sebenar sebagai sidekick

' si baqi' nama pendek the cheerleader..

Senarionya : Semua pelajar telah duduk di kerusi masing masing dengan selamatnya , tenang dan sopan sambil menunggu kedatangan guru untuk mengajar kecuali aku?..

aku masih lagi tegak berdiri dengan berada di bawah derjah tahap didihan air....

apasal??

kerusi aku yang berkaki empat telah bertukar rupanya menjadi kerusi yang cacat anggota!

KERUSI BERKAKI TIGA TELAH BERADA DI TEMPAT AKU??

siapa empunya kerja ni??

Lantas aku pun meninjau ninjau ke seluruh kelas mencari cari kerusi aku yang sememangnya telah aku kenal pasti.

OOOOOhhh..di sini rupanya engkau ye... Amboi sedap sedap jer this particular Mamat mengambil kerusi aku yang elok sifatnya itu.

" Hei..ini kerusi aku la. Bok mai..."

"Banyak cantik..Siapa duduk, dia punya la.."

"Kelmarin kerusi aku kaki dia empat, siapa tukag dengan kerusi kaki tiga ni?" jerit aku.

"Ha ha ha ha...wooooo..naik angin dah! naik angin dah!" sidekick dengan cheerleader dah seronok semacam..

Tiup tiup...foooo fooohh bagi angin ribut aku makin kencang! Keadaan yang tenang dan tenteram tadi bertukar rupa menjadi gegar dengan segegarnya.

"BOK MAI BALIK KERUSI AKUUUU!", jerit aku lagi..

aku tak peduli dah..Sapa nak tengok tengok lah. Mari mari cerita baru nak mola.

Aku sepak kaki bangku Si Mat Salleh tu. Kut kut la nak bergerak ka...bagi dia jatuh. Malangnya oleh kerana si Mat Salleh ni berbadan macho dan besag sedangkan aku pulak kecik kemetot waktu tu, kaki aku yang kughuih cekediang tu tak dapat menjalankan tugasnya.

Lepaih tu pulak..aku tarik kuat kuat bangku tu. Mat Salleh pulak bangun! Dia cekak pinggang. Nak di taboh nya aku...

"Ish ish ish" dia kata. Tapi dia tak taboh aku sebabnya tak macho lah kan kalau budak besag gajah nak taboh budak kecik, cekediang pulak tu.

Aku tarik kerusi tu lagi. Mat Salleh pun tarik jugak balik.

Eh..dah main tarik tarik le pulok..Tinggal lagi tak dak muzik back ground jer. Kalau tidak dah jadi pelem Hindustan.

Nahh...mat salleh tolak aku dengan bangku.Melayang aku kat lantai.

"wak ka ka akaaa.." sidekick tak guna dengan cheerleader berkekek kekek gumbira.

Lantas, dengan tak mengaku kalahnya aku ini..BEDEBUKKK..aku hentam penumbuk aku yang tak seberapa itu ke belakang Mat Salleh.

KAH KAH KAH KAH KAH...hiruk pikuk jadinya kelas aku..

"OOOiii..awak ingat ini pesta ke???" Ustazah Minah Muda yang tak tua tua bercekak pinggang depan kelas.

" Okay..Mat saleh dengan "Ashley" jumpa saya lepas kelas...

..........................................habis cerita.

* tak silap si Mat salleh ni dah kerja kat sebuah jabatan kerajaan di perlis.

* oooh..kami tetap berbaik semula dan kekal sekelas hingga ke form three..

*ye baik tetap baik...bercakor tetap bercakor....tak dak hal punyerr.













2 comments:

ckLah @xiiinam said...

Aku pun rasa nak sepak kaki seseorang...he..he..

ASH said...

Cklah,
Ko nak sepak kaki siapa ni?
Takkan aku kut..aku innocent!