Thursday, January 29, 2009

Kawan tetap kawan...tetapi...

Salam,

Bila aku baca entry Kak Pah's 'Selalu terkena', aku rasa kesian. Bukan nak pekena lagi Kak Pah tapi aku nak cerita hati kering aku. Kadang kadang ada masa nya kita kena buat juga perangai hati kering ni..kalau tidak naya jugak kita.

Waktu aku dok kat Wangsa Maju aku, jarang le kena pujuk rayu macam yang Kak Pah selalu kena tu..tapi bila aku mai Bangi, aku tengok...aaahhh boleh tahan juga ajakan dan pujukan ni...

Macam Kak Pah cakap la..kena pula kengkawan taulan yang dok merayu rayu tu...hai sakit pewut pewut..

Bila mai tang bisnes, aku rasa rimas sangat orang dok mai rumah merayu suruh beli barang. Kalau orang yang datang tu salesmen atau saleswomen yang tak dikenali..tahu jer aku nak perambat. Samada aku suruh anak aku keghiau kuat kuat..menangis melalak dan aku pun minta excuse anak keghiau..ataupun aku buat senyap matikan diri dalam rumah. Orang bagi salam, aku jawab dalam hati jer..ha ha ha..

Kalau terserempak kat luar rumah time aku dok rehat rehat..aku kata aku nak rehat tak kuasa diganggu. Kalau orang tu cakap, 'Sekejap jer kak sekejap jer..'
Aku kata dengan ringkas,"Minta maaf ye..saya tak kuasa nak layan."
..MASUK RUMAH.Tutup pintu.Habis cerita.

Biar ler dia nak menyumpah..nak bengang ngan aku sekali pun. Aku tak peduli. Hak aku untuk tidak melayan orang yang aku tak kenali.
...tapi kes kes macam ni memang senang sikit ditangani sebab orang macam ni orang luar..

Macamana pulak kalau orang dalam? Orang yang kita kenali. Mungkin kawan kita..sahabat kita..sedara mara kita?

Kalau diorang bagi katalog, aku tengok ler..kalau dia suruh jadi ahli ke..senang jer..
'Nanti aku tanya suami dulu ye..'

Orang tak berduit macam aku senang sikit..alasan..' Duit saya kena minta suami...'

Dan suami aku pula takkan beli barang yang aku sendiri tak suka. Aku nak pakai Zhullian?...ha ha ha..Gelang apa pun aku tak minat! Aku RIMAS! Kalau pakai gelang, suka sangkut sana sini..Aku kan ramai anak. Asyik tersangkut kat rambut anak kalau dukung anak. Lepas tu mencederakan anak aku sendiri. Kalau pakai barang kemas ke apa ke suka tinggal merata rata. Kat tempat basuh pinggan. Dalam bilik air la..Kat atas kabinet dapur la..

Jadi daripada aku beli dan hilang...lebih baik aku tak pakai terus! Habis cerita.
Walaupun kadang kadang pergi kenduri memang terasa ODD tak pakai barang kemas..tapi aku jenis yang tak peduli..
Dah lama dah aku macam ni..So kalau aku pakai perhiasan jadi macam ODD pula..
BERGAYA terlebih sudah!
ha ha ha..

Aku jenis yang tak pakai make up. Aku rimas. Aku tak pakai beg tangan..Lemas..Aku ni jenis simple. Kasut masut yag tinggi..terpelecok. Ngarut jer kalau beli.

Jadi apa barangan yang orang nak jual kat aku?
Produk slim badan? ha ha ha..Kirim salam je lah..buat habis ayark liur goda aku..
Produk kecantikan muka dan rawatan kulit..hmmmm..
Biskut raya? Cookies?....Allah..kalau setakat cookies tu, aku dan anak anak pun boleh le bergasak kat dapur tu..Sedap tak sedap belakang kira. Janji boleh telan!

Kut aku terliur pun barangan baby..tu pun anak anak aku dah semakin membesar. Kalau mahal mahal pun, aku tak beli sebab anak ni cepat membesar.

Aku tahu kelemahan aku di mana..he he he..tapi hanya mereka yang rapat sahaja yang tahu..
dan kawan yang nak layork kat aku produk jualan mereka boleh la cuba..
tapi jangan marah kalau aku tak terLIOG!!

Dan yang penting, ingat ye..apa apa pun.. ongkosnya datang dari bapak ye..bukan dari aku..
ongkosnye kureng..kena kasi bilang bapak dulu...

sekian

11 comments:

ibundo said...

tu la pasal. kat kawan ni mulut aku dah terkunci nak kata 'no'. dah tu pulak duit dari poket sendiri. itu dulu la.. skang ni jangan cuba nak pancing-pancing aku. dah tak lut he..he..
by the way, hang ni dah ketinggalan zaman la. zhulian tu bukan jual emas tipu je. emas tipu ni aku tak telioq. macam-macam beb. penapis ayaq, barang kesihatan, barang dapur bla..bla.. Kang aku kempen kat hang, hang kena beli pulak kang hehe..

Nik Ha said...

Daya tahan yang amat tinggi tu..he..he..kalua saya pun better tak yah dgr dr awl, kalu dah dgr susah pulak nak menolak. Kat umah org mesin rumput selalu kring kring tp suh Qaiyum je bgtau "tak nak".Sib baik sng phm, terus g. Tp yg buat2 tak paham salesman melayu nih. duk la mengayat lg dr pintu pgr tu walaupun kita dah ckp "takpelah, tak nak". Boleh hangin tau!

ASH said...

Kak pah,
Ada beza dengan TERPAKSA beli dengan MEMANG nak beli.

Terpaksa..walaupun tak dak keperluan, nak ambik hati kawan, maka kita pun beli.

MEMANG NAK MEMBELI adalah di masa kita berkehendak barang itu, contohnya bekas TUPPERWARE ayark yang saya beli kat Kakpah tu...

Itu memang saya nak beli sebab bentuknya empat segi senang masuk peti ais dan senang nak bancuh ayark dalam tu. Anak nak minum pun tuang jer.Saya memang dok cari bekas 4 segi lagu tu..

Kalau memang keperluan..kita sendiri akan bertanya kat orag yang nak menjual tu.

Tapi orang yang buat marketing dan MLM ni tak payah la dok suruh beli beli beli beli beli dan beli kat kita sebab bila dia buat macam tu, nampak jer muka dia, kita nak menyorok atau buat buat tak kenal dah..
ha ha ha..macam sorang kawan aku..
aku nampak kelibat dia jer..aku buat buat tak nampak..rasa bersalah gak buat buat tak nampak tu..tapi..rasa resah juga kalau dia buka mulut suruh beli beli beli beli...

GPI said...

Kadang-kadang.. sebab MLM ni jadi punca kita malas nak contact kawan2 kita... terutama yg dah khusyuk dalam bab MLM ni.. sebab depa ni akan promote kita masuk jd downline depa..

serba salah kita dibuatnya...

ASH said...

Berniaga tu memang bagus...tapi kenalah tahu cara dan etika. Betul la..kita jadi serba tak kena.

ASH said...

Nik Ha,

Orang tak datang kat kita kalau kita tak berupaya membeli..tapi kalau tau kita punya ongkos, dia akan datang macam semut hurung gula.

itu biasa..

CatlinaFly said...

salam..sy link blog ni to mine..

ASH said...

CatlinaFly,
No problemo..
Semoga kelahiran baby mu dimudahkan.Take a good care of yourself.

siti_m said...

ashley
kadang2 kita kena hati kering dan kata tidak ngan salesman nie tapi memang la masalah bila kawan2 pulak yang jual barang2 nie... nak kata tak memang payah.
saya pun link kan blog nie kat blog saya ye...

ASH said...

siti_m,
no problemo..
nanti saya nak ziarah 'rumah' anda juga. thank you for visiting my blog.

ASH said...
This comment has been removed by the author.