Thursday, January 22, 2009

'Kerbau pendek'

Salam,

Aku tak tau samada hangpa tau tak binatang yang orang Utara pangge 'kerbau pendek'? ek elehhhlah..bukan KERABU lah... KERBAU...yang pendek pendek tu!

Istilah orang utara ni menarik juga. Binatang ini dipangge kerbau sebab ada yang memakannya.
Bagi setengah orang memang lah tak salah dan tak dak apa apa masalah.
Bagi setengah orang pulak alergik...in fact nak sebut nama sebenar pun rasa segan silu..malu malu alah gitu..

Kat belakang rumah mak aku, kat kampung, 'kerbau pendek' ni hidup agak meriah juga. Cukup meriah sehinggakan habis dikerjakan saki baki ayam mak aku di waktu malam.

Mulanya mak aku sangkakan binatang lain yang mengerjakan ayam ayam mak aku tu. Tetapi bila dah disuluh dan dilihat kesan tapak kaki sewaktu siang maka tak silap lagi yang mengerjakan ayam ayam mak aku itu tak lain tak bukan si 'kerbau pendek' inilah.

Ada suatu ketika sewaktu pulang berhari raya, sewaktu menjelang subuh...

KEDAPANG!!!!

Bunyi tembakan yang aku sangkakan letupan bom menjagakan aku dari tidur...Mula mula sewaktu aku bangun itu, aku sangkakan ada orang pecah masuk rumah kerana kelihatan lampu suluh merawang ke sana ke mari berdekatan dengan rumah mak.

Sangkaanku meleset kerana rupa rupanya ada geng yang datang mencari cari si 'kerbau pendek' ini. Dicari kerana katanya kalau 'kerbau pendek' yang liar, dagingnya lebih sedap dan enak...

AAAAAAHHH!!

Manaku tahu dagingnya enak atau tidak!

AKU ALERGIK!!!

4 comments:

Brahimnyior said...

Kerbau pendek, hehehehe. Kat kawasan rumah saya pun banyak.

Semasa kawan saya bertugas di Sabah, dia diajak memburu 'kambing batu'..

Wah, dia pun seronok bukan main lagi, maklumlah, bukan selalu dapat berburu, kambing batu pulak tu.

Tau apa dia kambing batu tu? Kerbau pendeklah..
huhuhuhuhuhu. Nasib baik dia diperkenalkan dengan haiwan tu sebelum berburu. Terus dibatalkan niatnya..

Leenoh said...

Orang Islam tak makan kerbau pendek ni, Orang Melayu lagilah tak makan kerbau pendek ni.

Dulu aku cadangkan supaya rasuah ditukarkan namanya kepada kerbau pendek, dengan itu orang Melayu tak rasuah lagi sebab depa rasa jijik dan loya.

Dan kerbau pendek pula namanya ditukarkan kepada rasuah. kalau macam tu hangpa pikiak apa jadi pada kerbau pendek tu pulak.

Jangan marah, melawak saja tu.

Sekian.

kakpah said...

aku pun alergik dengan kerbau pendek ni. Kat kampung aku pun banyak berkeliaran. Ntah mana datang gak nye.

ashley said...

Brahimnyok,
Kengkawan time CNY ni ramai boleh tolong tu..boleh depa tolong perkemas sikit kawasan rumah...
Bagi Clear sikit.

Leenoh,
terima kasih kerana berkunjung. jauh mai dari alog stag.
nak komen bab kerbau pendek ni..

Kpah,
depa dah tak cukup hutan tu kakpah..
Buat guanoo..
Biak cepat, tempat takdak. Tu yang berkeliaran masuk kampung tu.