Saturday, January 31, 2009

Hari pertama kerja..

Salam,
Pepagi lagi kak Chah dah bangun.
Hari ini kak Chah mula kerja for the first time. Kerja dari pukul 7.30 hingga 6 petang. Kerja sementara menunggu result SPM keluar. Jadi waitress kat salah sebuah restoren di Bandar Baru Bangi ni. Nak tengok ketahanan kakak!
Hopefully kak Chah tahan lasak sikit. Cekal sikit..

Hari tu tak dapat pergi PLKN (Program Latihan Khidmat Negara). Dia pun sebenarnya fifty-fifty dengan program tu.

'Tak dapat, bagus juga..' dia kata.
Tang melasak lasak tu, dia teruja juga.
Kalau pergi kemas kemas kawasan sekitar, pergi rumah anak yatim atau orang tua tu, dia tak kisah juga.
Mengingatkan nak kena dengar kuliah tu....macam dia BORING sikit. Baru selesai sekolah ni kadang kadang memang kena rest kepala otak juga..
Entahlah..
aku pun tak tau program PKLN ni exactly macam mana...

Tak payah kata budak budak..orang tua pun boring jugak la kan kalau nak masuk kelas melas ni. Melainkan kalau kelas yang ada aktiviti macam masak memasak, bengkel tukang tukang, komputer...dan sebagainya yang beraktiviti...( ni kalau aku lerrr ni..).

Aku kalau dengar TEORI jer, mau MENGUAP sepuluh dua puluh kali. Kalau masuk kelas mengaji QURAN, kalau asyik dengor ustaz ustazah bagi TEORI TAJWID jer tanpa ada praktikal dari anak murid, mula aku punya fikiran berputor dan mata aku pun naik berpinor!! ADUI..
( setan tertenggek kut atas kelopak mata!!)
he he he..

Berbalik kepada tajuk entry ni, sebenarnya aku nak biarkan kakak kerja untuk cari pengalaman. Biar dia tahu kehidupan ini pelbagai. Pengalaman nak deal dengan ragam manusia. Pengalaman untuk bersabar dengan karenah orang ramai. Pengalaman dengan rakan setugas. Pengalaman dengan owner restoren..dan lain lain hal lagi.

Duit masuk tu perkara kedua. Kalau kita bagus, amanah, jujur dengan kerja yang kita lakukan, InsyaAllah rezeki ada..

Kerja kena amanah. Kena jujur. Kena perihatin..

Bila kakak kerja kat retoren macam ni, abah dia buka cerita pengalaman abah kat Boston. Kerja kat restoren KOSHER YAHUDI. Jadi tukang basuh pinggan..

YAHUDI yang jenis jaga agama ni, kalau ayam atau daging di sembelih stail kosher. (sembelih putus dua urat macam yang orang Islam praktikkan tu)
Babi, depa tak leh makan.
Arak depa tak leh minum..
So kalau kita kerja jadi tukang basuh pinggan tak gaduh pasal ada babi ke apa ke..
Tu suami aku bagitau la..Mudah sikit kerja.

Kalau kerja restoren lain kat oversea tu..ba alif ba ya' ni jadi makanan harian. Susah sikit kalau nak basuh membasuh ni.
Pepagi lagi depa dah pekena bacon strip tu..kekadang sosej la..
Tengahari pula depa bantai HAMBurger yang bercampur baur antara lemak lemak ba alif ba ya ngan daging lembu.
Pizza pula kalau PEPPERONI tu sah lah ada lemak lemak haiwan tu.

Sebenarnya jadi tukang basuh pinggan kat restoren di US tu, lebih kepada memasukkan sisa sisa makanan ke dalam tong sampah kemudian memasukkan pula segala sudu garfu, pinggan mangkuk ni ke dalam mesin pembasuh pinggan mangkuk.
( ha ha ha..ada mesennn..jangan tak tahu)
kemudian mempastikan pinggan mangkuk, sudu garfu terORGANIZED duduk bebaik kat tempat masing masing..tidak berkeliaran di sana sini....he he he..
Tu yang abah dia cerita la..Aku tambah garam gula sikit.


Kesimpulannya..
Kak Chah kena perihatin bab bab ni. Kerja kat restoren kena jaga kebersihan. Pakaian kena kemas. Tempat orang makan kena bersih. Meja kena clear lepas makan. Sudu garfu yang telah dibasuh kena keringkan dulu sebelum customer ambik. Pastu kalau dengan customer kena serve dengan baik...tak boleh endah tak endah.. Selain dari makanan yang sedap, benda benda macam ni akan menyebabkan restoren tu akan dikunjungi ramai orang..sebab ORANG DATANG makan dan dia BAYAR!!
You have to know that..Okay?

Kak Chah..good luck dan selamat bertugas..

sekian.

5 comments:

Cikgooden said...

wah...restoran mana nih?..nak kena cari nih..aku ni pi makan sambil usha usha anak dara orang orang tu...ha ha ha!.

ASH said...

Cikgooden,
di...Bandar Baru Bangi...
Round jer..

Cikgooden said...

syeksen berapa?
...aku tiap malam, tgh hari. pagi petang dok atoq kedai makan ja....besa la dok bujang..ha ah ah.

ASH said...

Errrr...errrr..errr..errrrr..risau la..sat lagi hang bok pelari pulak!

Cikgooden said...

ha ha ha.......pelari mana?...tarak aku nak berani haih., mak dia garang apa..