Sunday, January 25, 2009

Cerita pasal cikgu..

Salam..

Kelmarin aku baca email aku yang bertimbun timbun dalam mailbox. Sebenarnya aku ada banyak egroups. Antara egroup aku ialah group rakan sebaya yang satu sekolah.

Semalam aku terbaca mail yang telah ditulis oleh xhead-boy 1984, Dr Ahmad Murad, pakar OnG.

' Bekas pengetua Dato' Abdul Rahim Majid nak kan cerita pasal cikgu cikgu.Dia nak bukukan.. Kalau ada cerita yang menarik hantag kat aku. Hidayatun, hang kena tulis niii..'

Aku malu malu alah gak la kalau nak cerita pasal cikgu ni..Bukan apa kan..Selalunya cerita yang aku boleh recall time dah berkurun tok nadok tu ialah samada kisah lucu, terkena naya atau nak bantai balik cikgu yang membantai kita tu...

Kalau cerita lucu tu kira orait la juga..
Kalau kes naya, nanti kena saman tak pasai pasai pulak.
Kalau cerita kena marah ngan cikgu, kena bantai ngan cikgu takut berdendam kesumat ngan cikgu pulak..Dok terbakag tak habis habis lagi.....walaupun kalau boleh kita nak forgive and forget..

so aku rasa, better aku tulis kisah lucu walaupun sebenagnya aku ada banyak kisah pasai pasai lain yang aku rasa hmmm lebih baik tak dibukukan takut terbuku pulak rasa hati especially bila dah tuo tuo ni..takut juga cikgu cikgu tak redho ngan ilmu yang dia dah curahkan!!

Tapi sebenagnya di sebalik kena marah tu..ada masa bila kita ingat balik, mende mende tu jadi funny..So I'll try to make it as funny as possible..Kalau kawan aku yang namanya Makmie tu nak menambah, kita boleh ubahsuai secukup rasa..and let's make it even funnier so that mende serius jadi KELAKOR!! he he he..

2 comments:

Brahimnyior said...

Hmm, saya penah kena pelempang cikgu. Denda? jangan cakaplah, bukannya jenis dok diam, sebab saya termasuk dalam golongan 'nakal'. Tapi saya bersyukur sebab itulah yang jadikan saya seperti mana hari ini.

ashley said...

Brahimnyok,
Kak Hida pulak?
Ketuk ketampi yang mengaibkan sampai 200 kali...
AAAAAAAH...