Friday, January 16, 2009

KAWASAKI..a disease!

Salam,

Aku bukan nak cakap pasal motorsikal grand prix ke mende ke...
Bukan juga nak cakap pasal Mat Rempit langgar lari bontot kereta orang.
Aku pun tak nak cakap pasal motor Pak Su aku yang hancur berderai terpelosok masuk bawah lori...( alhamdulillah Paksu aku selamat ...nyawa masih panjang..Hanya terpelanting terbang lalu jatuh atas belakang lori).
Pun aku tak nak cakap pasal anak Pak Lang yang meninggal waktu baru seminggu dapat motor!

Ini bukan Kawasaki the big Bike!
This is KAWASAKI, a disease.

Ada ke nama penyakit KAWASAKI?
ADAAAAAA!!

tak caya?..layari le mana mana website pasal penyakit.

Sebenarnya penyakit Kawasaki ni pernah menyerang salah seorang anakku. Oh ye..diulangi sekali lagi KAWASAKI.
Bukan Cocksakie..eh cam mana le pula eja nya?Cowsakie..eh tak betul..Cowsakai..Lagi tak betul. macam nak sakai orang le pulak...
Apa apa pun aku harap korang perbetulkanlah ejaan tu yerr..Pepandai koranglah....aku malas nak tengok kamus Medik.

Cuba teka siapa di antara 9 anakku ini yang telah diserang penyakit ini sewaktu dia berumur kira kira 4 bulan?
Hah!!
Siapa cepat dapat ganjaran mata..mata kuching!

Ye..betul. betul. memang tak betul.

okaylah.

Yang kena penyakit tu sewaktu berumur 4 bulan ialah tak lain tak bukan si Rahmah, budak yang menang Hadiah Nilam TAHAP 1 tahun 2008 sekolahnya tu. Dah darjah 4 dah anak aku tu. Walaupun kalau diperhatikan badannya lebih kurang sama tinggi saja dengan adiknya yang dalam darjah 2.

Sewaktu 3 bulan yang pertama, Rahmah tak pernah jatuh sakit. Alhamdulillah..kuat minum susu dan badan pun kuss semangat. Montok seperti kanak kanak sihat yang lain sehingga Mak Udanya menggelarnya Rahmah Tomei.


Tapi entah kenapa pada suatu hari, bila masuk sahaja umurnya 4 bulan, sewaktu kira kira dia dah mula mahu meniarap sendiri. Rahmah demam panas. Pada mulanya aku kira demam panasnya itu demam panas yang biasa lalu aku berjumpa doktor biasa dan diberi ubat demam sahaja.
Tetapi apa yang merisaukan aku ialah setiap kali ubat diberi, suhu badannya akan turun dan bila habis sahaja tempoh kesan ubat itu maka suhu badannya akan kembali tinggi. Kiranya panas dibadan tidak mahu kebah.

Lantas selang dua hari, aku bertemu lagi dengan doktor yang sama, memberitahunya tentang demam anakku yang terus menerus tak mahu kebah itu. Pada malam hari, aku terpaksa berjaga keran arisau. Kepala anakku kerap ku lembabkan dengan tuala lembab supaya dapat dikurangkan panas. Tambahan pula Rahmah mula tak mahu menyusu. Sakit badannya berpindah kepadaku pula. Aku pula terasa nak demam kerana bengkak susu dan tak tidur malam keletihan menjaganya.

Perasaanku kian gusar bila sahaja masuk hari ketiga kerana kulihat tapak tangan Rahmah mula membengkak dan lidahnya mula bintik bintik kemerahan. AHHH..Penyakit apa pula yang menyerang anakku ini. Sewaktu ini Rahmah mula kurang bersuara. Suaranya agak tersekat sekat. Selalunya tangisan suaranya agak nyaring tetapi menjadi begitu perlahan dan hanya kelihatan seolah membuka mulut tanpa suara.

Aku berkejar ke klinik pakar Azzahrah. Namun pakar kanak kanak tiada sewaktu itu. Lantas aku telefon semula kepada klinik Ummi Salihah yang ketika itu lokasinya di seksyen 4 di mana terletaknya Klinik Al-Huda sekarang.

Doktor pakar kanak kanak adalah adik kepada doktor perempuan yang merawat anakku itu. Nama mereka semua bermula dari Khairul..Doktor perempuan itu menyuruh aku datang segera ke klinik. Lantas pada malam itu aku bertemu dengan Dr Khairul Azhar ( ke Anwar..aku dah tak ingat namanya..) Doktor ini terus mengenal pasti penyakit anakku. KAWASAKI katanya. Rawatan di HUKM ada tapi RM3000 something harga ubatnya. TERKEDU aku!

Nak keluar duit dari mana sebanyak itu dengan sekaligus. Waktu itu gaji suami aku berapalah sangat dengan anak yang dah masuk 5 orang. Aku telefon abah. Memberitahu masalah aku.

Abah kata "Tok sah dok kira banyak mana belanja..Masuk dulu anak tu ke hospital. Bawak dulu..Ubat dulu. Duit cari kemudian!"

Doktor menasihatkan aku pergi ke hospital malam itu juga kerana keadaan anakku sangat kritikal. Lembik tak bermaya.. Kesan serangan virus memang sudah ketara benar. Suami aku belum sempat pulang kerja lagi, aku telah dibawa jiran sebelah rumah untuk ke HUKM.

Sebaik sahaja tiba, Rahmah terus diambil darah dan dicheck segala segi. Rupa rupanya Dr Khairul telah menghubungi pihak HUKM.
Esok harinya Dr Zulkifli pakar kanak kanak turun padang memeriksa anakku. Kawasaki is a very rare disease. Puncanya ketika itu masih tidak diketahui. Alhamdulillah, penawarnya ada..

SERUM dari KUDA!!


Sebaik sahaja mendapat kelulusan dari pihak atasan HUKM, rawatan segera dilakukan ke atas anakku. Serum dari kuda dimasukkan ke dalam saluran darah dan masa yang diambil adalah selama 10 jam.

Letih aku menunggu sepanjang malam...

Kesan ubat itu begitu ketara keesokkan harinya. Rahmah mula mengeluarkan suara kembali dan mula mahu menyusu. Keadaannya semakin ceria. Tetapi bengkak di telapak tangan masih belum surut. Doktor masih lagi mau memeriksa keadaan jantung dan organ penting yang lain.

Rupa rupanya penyakit ini menyebabkan darah menjadi beku ( clogging ). Dr Zulkifli membuat pemeriksaan jantung Rahmah setiap dua hari. Ubat ubatan lain juga diteruskan. Aku di HUKM hampir seminggu sehinggalah aku merayu kepada doktor untuk pulang kerana anak anakku yang berempat di rumah sudah seperti anak ayam kehilangan ibu. Doktor membenarkan anakku dibawa pulang dengan syarat anakku dibawa berjumpa doktor seminggu dua kali pada dua minggu pertama dan seterusnya seminggu sekali jika keadaannya pulih. Aku juga dikehendaki mematuhi segala perincian ubatan yang diberi. Ubatan yang diberi sebanyak lima jenis itu...

Dua bulan aku pergi dan balik ke hospital membawa anakku. Sehinggalah ubatan yang diberikan tidak perlu disambung lagi dan anakku diisytihar pulih sepenuhnya...dan bill nya agak agak berapa ye?

Oh.. tak lah banyak sangat kerana kos ubat yang RM3000 itu telah dikira sebagai wang ehsan dari HUKM kerana mereka mendapat benefit 'research'. Anakku jadi bahan kajian budak medik UKM. Hanya pemeriksaan jantung sahaja yang agak mahal sedikit. So dapatlah suamiku settlekan segala kos yang dikenakan itu..dan aku juga mendapat 'benefit' dari penyakit anakku itu. Sebelum anakku sakit, aku hanya bawa kereta sekitar Bangi tetapi bila KEADAAN memaksa maka aku terpaksa memandu sehingga ke HUKM di Cheras itu..Skill pemanduan aku juga dapat dimajukan. Naik taraf!!

Alhamdulillah segalanya dipermudahkan Allah.

6 comments:

kakpah said...

Ee.. kalau cite pasal anak sakit ni,meruntun jiwa. Kalau boleh nyamuk pun kita tak kasi gigit anak kita. Doa-doa kalau kita pulak yang satu hari nanti jatuh sakit, anak-anak kita taklah merungut jaga kita pulak.

ayah-bonda said...

baru tahu tntg kejadian ni... tahun brpa ye? kenapa pulak x perasan masa tu... emm.. ramatomey...

ashley said...

Kak pah,
InsyaAllah..

Ayah-bonda,
(pasal pulak aku pangge ko ayah-bonda??)
anyway..masa tu anda tidak diiktiraf sebagai ahli majlis persatuan Al-Semanggoli lagi!!
ha ha ha..
1999

kak ina kl said...

salam ashley...akak ni tak pernah lagi dgr penyakit ni...alhamdulliah rahmah dah sembuh...
duit boleh dicari...anak tak ada penggantinya..

ashley said...

oh..baru terbaca komen Kak Ina. Penyakit ni memang jarang tapi ianya ada berlaku...dan selalunya doktor pakar kanak kanak boleh detect dan ubatnya pun ada cuma ubat itu berkesan sekiranya penyakit itu dikesan awal. Kalau lewat penyakit ni boleh bawa maut sebab darah dalam saluran badan membeku.

Beebee Marfieza said...

alhamdulillah anak puan tlh sembuh. anak saya juga sdg konsum aspirin dn kerap periksa jantung krn kawasaki pd 28 mac yg lalu. kisah yg hampir serupa, disahkan kawasaki pd usia gnp 4 bln. sedih Allah shj yg thu. cume sy bimbang mgkinkh ada kesan pd jantungnya dewasa nanti. byk yg saya baca mngatakan akan ada kesan pada jantung pesakit. Ya Allah.. sembuhkanlah kami dgn sebaik2 kesembuhan.. :(