Thursday, January 29, 2009

Tak ladylike langsung!

Salam,

Dulu ada seorang kawan suka usik dan ketawakan aku. Aku buat deeekkk jer...

'Hang ni aku tak tau la, Hida..'
'Apasal?', aku tanya.
'Awat lah aku tengok hang gena tah..,' kawan aku komen.

Aku tetap buat dekkk saja.
Lantaklah..Aku rasa aku nak pakai baju apa. Aku pakai. Aku tak mengikuti fesyen terkini. Aku tak ambil pusing. Kain bunga bunga kecik ka, bunga besag ka.Chiffon ka..geogette ka..apa ka..aku tak ambik hal.

Kalau aku bergaya sikit, orang tegur juga..
Berperasaan betullah aku ni..
Itu yang aku malas tu..

Waktu kat oversea lagi best, aku pakai baju kurung tapi kalau musim sejuk dan berangin baju kurung ni susah sikit sebab selalu jadi eletrik statik..kainnya suka melekat sana sini. Jadi untuk lebih praktikal sebab aku selalu masuk lab maka aku pakai baju kurung berseluar jean.
Ha ha..
Cuba pakai macam tu kat sini!!

Selama 41 tahun dah hidup aku ni, aku rasa aku hanya ada dua beg tangan yang betul betul boleh dipanggil beg tangan. Kedua duanya pun bukan aku beli. Dihadiahkan orang.

1) Beg tangan bertali panjang halus, warna coklat diberi khusus untuk semarakkan semangat datangnya dari kakak aku yang seorang tu sebelum aku pi luar negara. Aku guna sakan beg ni waktu kat oversea sampai putus talinya.

2)Beg tangan warna coklat beli kat Padang Besag oleh suami tercinta aku..Rega RM35 jer. Pun aku guna sakan sehingga terkoyak talinya.

Selain kedua dua beg ni memang aku tak ber'hand bag'. Beg keperluan bayi atau beg yang tak dipanggil 'handbag' tu mungkin banyak la..
'Hand bag' asli aku ialah yang aku kendong setiap dua tahun sekali ini. Itu yang aku jarang 'miss' letak!

Selalunya aku ke sana ke mari bawa dompet macam orang lelaki. Boh dalam poket. Dulu baju kurung aku selalu ada poket. Sengaja aku buat berpoket. Selalu rabak juga poket baju kurung aku tu sebab macam macam benda aku sumbat dalam poket.

Bila dah tuo tuo ni malas le nak buat poket kat baju kurung. Aku jarang tengok orang pakai baju kurung berpoket dah sekarang ni. ( macam dah fashion conscious le sikit..sikit jer..ha ha ha)

Tapi kalau aku pakai baju jubah senang sikit sebab selalunya jubah berpoket so rabak jugaklah selalunya poket baju jubah aku tu.

Time ada dinner function ke atau kenduri kahwin, aku cuba la juga nak bergaya macam orang POMPUAN..tapi beg tangan selalunya suami aku tak kasi bawa.
( tak dak mana pun sebenarnya..nak bawa gena ha ha ha...).

Dia kata mengarut jer kalau aku bawa. Takut tertinggal kat mana mana. Sebab aku bukannya jenis pakai beg tangan ..

Aiseh man...tak leh le aku bergaya cam mak mak datin ker..
ISH ISH ISH...

2 comments:

DrSam said...

tak ladylike takpe, asal jadi ladylove. macamana 'hand bag' asli tu ye?

ashley said...

...after all these years, yang dikendong, didukung, dikelek ialah anak anak tercinta.
Mana ada masa nak belek beg tangan..ha ha ha..