Sunday, March 01, 2009

Ya Allah, sembuhkanlah mereka..

Salam..

Minggu ni lagi hebat ujian aku..
( compare dengan ujian yang ditempohi oleh Nabi Allah Ayub...apa lah sangat ujian ku ini)
Hanya mereka yang baca komen aku kat blog kak pah saja yang tahu. Oleh kerana anak anak aku ramai yang dah pulih maka aku buat entry ini..

Sebenarnya setelah Huda selesai demam CHICKEN POX selama dua minggu, minggu berikutnya satu persatu anak aku dijangkiti..
Mula mula Muhammad ngan Raudhah demam.
Kemudian kakaknya si Zainab.
Rahmah juga mengadu tak bermaya.
Husna letih dan muram.
Maryam sakiiit belakang.
( Maryam ni jenis tahan sakit..kalau sakit sikit sikit ke atau susah hati ke apa ke..suka simpan...so kalau dia bersuara kata dia sakit tu..memang lah dah sakit sesangat...)
Kemudian yang agak akhir serentak ngan Maryam adik bongsu, Mawaddah.
Gambar kat bawah ni Huda dan Mawaddah.
Huda dah ceria, Mawaddah pula dah tunjukkan tanda tanda CP!
Bayang muka budak comel dan manja ini bertukar kepada muka selepas gambar ini...

Bayangkan perasaan aku bila tengok gambar bawah ni...

Itu saja..
Doakan kesejahteraan dan kesihatan kami...
AMIN..



8 comments:

Nizam.Ariff said...

Kata org, elok dapat masa kecik, resistence elok sikit. Kalau dah dewasa/tua mcm kita, org kata komplikasinya boleh bawa maut...entahlah, itu dari mulut org. Tak tau plak apa kata doktor.

Bab-bab sakit demam dan dugaan ni, sepanjang pemerhatian aku, ada kena mengena dgn apa yg kita doakan. Aku bagi contoh:
Masa anak aku nak masuk Darjah satu 2 thn lepas, aku selalu risau boleh tak dia perform dalam kelas. Jadi, aku fikir, aku perlu bina strategi. Anak aku perlu dikenali oleh guru-gurunya. Bila dah kenal nanti senang dapat perhatian. Tup-tup, baru 3 hari bersekolah kami sekeluarga kena Denggi. Lepak 10 hari kat SJMC. Minggu depannya baru inform cikgu yg dia sakit. Dan, seperti yg diminta, anak aku terkenal sehinggakan guru disiplin (yg aku kelaskan sbg makcik wok) pun kenal. Dan anak aku dah pegang keseluruha terbaik bagi darjah 2 tahun lepas... kemudian, aku teringat strategi aku dulu...

ibundo said...

kesiannya kat diorang. Minta-minta tak bertandalah muka come tu. Bila anak ramai ni macam tu lah. Sorang dapat,semua dapat. Macam anak kpah dulu gak. Sorang CP, semua kena CP. Sorang kena beguk, semua kena beguk. Huda cakap kakak aishah belum dapat. mudah-mudahan tak kena pada dia.

CatlinaFly said...

semoga anak2 kak ashley cepat sembuh dari cp tu..aminn...tapi takpe..bila dah kene, dah ade antibodi, lain kali tak kene dah kut..

doublea said...

wallahhuyashfiikum wahai anak-anak saudaraku...

Ano said...

get well soon=)

DrSam said...

memang sedih dan rungsing apabila melihat sikecil sakit. Itu nurani semulajadi ibubapa.

Semoga cepat sembuh.

ASH said...

Nizam,
hari ni keluar pulak pasal Chicken pox kat dalam surat khabar The Star.Semoga Paku Payung terus menerus cemerlang..

kak pah,
saya lebih risaukan si Maryam. tengok terlampau banyak kat muka dan badan dia. Waktu mula demam tu, dia sampai sakit belakang..tak boleh nak berjalan..menangis dia..Tapi so far dah tak da demam. Cuma nak surutkan dot dot dot tu saja la..sekarang ni pulak musim hujan pagi petang malam..hmmm

Catlina,
ye memang antibodi dapat terbina dalam badan tapi tetap ada..remain dormant somewhere inside the body..( itu yang akak faham le setelah baca article kat paper hari ni)

doublea,
amiiinnn..semoga mak uda dilindungi ALLah jua..

Ano,
thank you for your concern..may Allah bless you Always..

Dr Sam,
InsyaAllah..dan semoga Allah memberkati keluargamu jua..(teringin juga nak pergi meeting tu errr tapi agak shy..kalau saya hadir mungkin invisible..smile)

PerantauSepi1306 said...

Semoga cepat semoga untuk kalian sekeluarag, insyaallah...