Saturday, March 21, 2009

She is almost ready..

Salam,
Ini adalah kebanyakan dari barangan keperluan yang akan dibawa oleh Maryam ke MRSM Kuala Lipis.
Esok, mereka akan bertolak ke sana.
Mereka ialah Maryam, Abah dan kakak Aisyah.
Esok dan lusa, kakak ambil cuti untuk ganti tempat Ummi bagi menemani abah dan Maryam.
Sedihnya.. sebab aku tak ikut serta!!
Hari tu sebelum cuti dah ambil 2 hari cuti... takkan nak cuti lagi bila dah buka sekolah..nanti bising pulak parents anak anak murid aku especially yang aku kena angkut datang dan hantar ke dan dari sekolah..
Perkara yang berlegar legar dalam fikiranku ialah macamana penerimaan kawan kawan baru Maryam terhadap Maryam.
Yalah kan...
Muka Maryam masih dipenuhi parut dan bertompok tompok akibat kesan daripada chicken Pox tempohari.
Risau juga aku ni..
Al maklum..
kadang kadang orang akan tengok paras rupa bila nak menerima seseorang yang teman atau kawan yang baru..
First Impression!!
Tambah tambahan pula kalau budak yang baru yang datang entah dari mana..
Tak payah orang baru, kalau dah kenal lama pun sebab rupa paras yang semakin
TUA DAN HODOH
ni pun mungkin boleh MERENGGANGkan suatu ikatan..
he he he..
tak gitu adat dunia??
Ada orang suka tengok YANG LAWA sahaja..
lawa paras rupa lah maksud aku..
Anak anak pun kadang kadang yang disukai pun, mungkin yang comel comel jer..
yang agak kurang sikit rupa paras, mungkin ada diskriminasi..
buat lebih kurang...
Entahlah..
Bagi aku, cantik dan lawa tu bersifat sementara..
Muda pun bersifat sementara..
Kita ni pun sementara..
so what??
-----------------------------------------
Maryam rapat dengan kawan kawannya di SMKJ3.
Waktu pindah ke Alor Star selama lebih kurang 9 bulan dalam 2004 dulu, Maryam dan Husna adalah yang paling sukar untuk meninggalkan kawan kawannya.
Mereka selalu merindui rakan rakan mereka.
Hari Rabu kelmarin, kawan kawan Maryam berkumpul ajak Maryam untuk jumpa jumpa.
Dah la dua minggu tak datang sekolah sebab Chicken Pox.
Elok nak buka sekolah, Maryam dah nak ke MRSM..
Kawan kawan di sini concern tengok muka dia.
yang kelakarnya, masing masing bagi petua nak hilangkan parut Chicken Pox tu..
They are so close..
Tapi seorang demi seorang hilang di sambar MRSM, Sekolah Teknik dan SBP yang lain..
so kepada kawan kawan Maryam,
makcik nak pesan..
setiap pertemuan pasti ada perpisahan..
(walaupun aku sendiri sukar untuk menerima perpisahan...)
dan
pada setiap pertemuan ini, kita gunakan sebaiknya untuk mengenali diri masing masing..
panjatkan doa semoga setiap pertemuan dan perpisahan ini
diberkati oleh Allah SWT..
Semoga ada RAHMAHnya di situ..
wassalam

8 comments:

tasikmerah said...

salam singgah.

aku dulu kak, masa nk masuk degree. kena chicken pox. sesungguhnya gambor kad matrik aku sungguh lawa. macam harimau bintang. haih~



.

ashley said...

Tasik merah..welkam..
he he he..
ini pun sama la..12 keping gambor yang terkini.
Bayangkan lah segala gala kad yang akan dilekatkan dengan gambar itu. Tapi yang bagusnya, at least, ada kenangan..kan?

Hamirdin b Ithnin said...

aku teringat cerita home alone. yang kena chicken pox tu. kelaka abis. maryam, ummu ucapkan selamat menempuh alam baru.
.
.
alamak, terpakai akaun laki aku plak.

ashley said...

tu lah yang pelik sikit tu...
(apa hal pulak doc nak cerita pasal home alone)
mujur mengaku guna account orang lain..
he he
kalau tidak naya pakcik tu..

maryam kata tima kacih..

Tijah said...

kak. aku cadangkan maryam bawa olay total effect ke mrsm.

welcome to ansara club maryam!!!

4 'so' bersaudara... said...

Salam.. Kami dari Kah-loom-punk.. mengucapkan..


SELAMAT BELAJAR utk Kak Maryam...

Ikhlas tapi jauh,

Nabilah, Nasreen, Nawfal & Nawal...

http://nawalsofiyyah.blogspot.com/

ashley said...

tijah,
okay ke kalau pakai Olay total effect untuk kulit remaja..aku ingat kulit macam aku yang dah empat puluhan ni jer..he he he..

4 bersaudara,
thank youuuuu..InsyaAllah doa le untuk kak Maryam.

Nizam.Ariff said...

Jangan lupa bawak tisu muka barang dua tiga kotak....