Wednesday, March 25, 2009

Dulu aku pernah...

Salam,

Ini kisahku sewaktu sekira kira berumur 5 tahun. Waktu ni, aku dah ada seorang adik...Entah kenapa sewaktu adik aku ni masih bayi, dia sering sahaja sakit sakit. Pada masa dia dimasukkan ke hospital, mak aku pun sibuk menjaganya. Maka sedara mara aku pun datang menjenguk kami (aku, kakak, abah, adik mak yang berdua..- aku pangge Kak yan dan Kak yah jer mak sedara aku ni ).

Masa tu kami tinggal di Batu Gajah, Perak.

Sekali, datanglah abang abah yang sulong, Pak Long Man ( nama sebenar Abdul Rahman).
(Arwah) Pak Long Man ni tinggal di Semanggol. Lebih tepat lagi di kampung Tua. Dia ada anak dua orang sahaja. Kak Mimah dan Abang Acun. Kak Mimah, waktu tu dah ke Sek Taayah di Ipoh dan Abang Acun pula masih di sekolah rendah.

Sewaktu datang ke Batu Gajah itu, Pak Long telah memujuk ayahandaku untuk membawa aku balik ke Semanggol kerana dia ingin menjagaku sementelah mak aku pula sibuk di hospital menjaga adik kecilku yang sering sakit.

Aku terlompat lompat gembira kerana seronok nak balik ke Semanggol.

Maka dengan kebenaran ayahanda, aku pun mengikut Pak Long Man ke rumahnya di Kampung Tua, Gunung Semanggol..atau sewaktu itu lebih dikenali dengan nama Tebuk ( sebab agak jauh dari jalan besar)

Sebenarnya walaupun di rumah Pak Long, tiada letrik dan bekalan air paip yang bersih, namun aku tetap gembira dan merasa sungguh seronok.

Sewaktu di rumah pak Long, pagi pagi lagi aku telah digerakkan oleh Mak Long untuk mandi air telaga.
Cerummm cerummm..brrrr..
Aku dibangunkan untuk melihat mereka bersolat subuh. Kadang kadang aku pun turut mencelah ikut Pak Long, Mak long dan abang Acun solat berjemaah. Kadang kadang aku melihat sahaja.

Mak Long memang suka mengajar pasal agama. Seingat aku, mak long lah yang menyuruh mandi dengan mulakan bahagian sebelah kanan badan. Perlahan lahan, Mak Long sabar mengajar aku.
Dulu aku suka bertanya..'Kenapa?'
Dia akan kata,"Dapat pahala.."

Bila nak pakai baju, Mak Long akan kata,'Pakai tangan kanan dulu'
Lepas tu aku akan kata,'Kenapa?'
Mak Long jawab,'Nak pahala tak?'

Aku selalu terfikir dulu..pahala tu apa?
Kalau aku tanya Mak Long, dia kata,' Kalau banyak pahala, nanti boleh masuk syurga'
Aku tanya pula,' Syurga tu apa..'
Mak Long jawab,' Syurga tu tempat yang cantik..Orang yang baik boleh masuk. Orang jahat tak dak. Semua yang baik ja'

Dan bila dengar macam tu, aku pun selalu berangan angan nak masuk syurga..
smile....
(walaupun aku sebenarnya termasuk kategori kanak kanak yang tak reti dok diam..he he he )

-------------------------------------------------
Tinggal di rumah Pak Long dan Mak Long, ada thrillnya yang tersendiri.

Toilet rumah Pak Long waktu tu agak berjarak dari rumah. Kira kira 30 - 40 kaki jaraknya...
Biasa lah rumah kampung. Jamban pula jenis ANGKAT/ANGKUT sendiri. ( jamban angkut ialah jamban yang mempunyai tadahan tersendiri..hanya orang yang melalui perjalanan hidup sebegini sahaja dapat merasakannya)
Nak membuang isi perut kena tahan hidung..he he he..faham faham le kan.
Kemudian bila tadahan itu telah penuh, Pak Long akan menanam segala ISI TADAHAN SISA PEPEJAL itu ke dalam satu lubang yang agak dalam yang telah dikorek sendiri kemudian lubang itu dikambus dengan baik.

Selalunya Mak Long akan menanam segala sayur sayuran dan pokok pokok di atas kawasan ini...NO WONDER tanaman Mak Long cukup cantik dan menjadi..Baja semulajadi yang dikitar semula..
keh keh keh!

Tapi aku hanya menggunakan jamban ini sewaktu siang hari sahaja. Kalau sakit perut bila waktu dah GELAP, bagaimana pula?...ha ha ha...
Titi laluan depan rumah yang di bawahnya ada parit taliair yang mengalir, boleh ajerrrr...
( aku budak 5 tahun kan... siapa nak peduli!)

smile..
itulah antara kisahku sewaktu dulu..

sekian.

2 comments:

kakpah said...

dulu kecik-kecik kalau malas nak masuk jamban aku uk uk bawah pokok pisang je. Lepas tu belum sempat angkat ponggong lagi ayam dah berebut-rebut datang makan. hik..hik..

mandi air perigi pagi-pagi sejuuukkk... aku selalu nak pegi sekolah mandi kceburrr..kceburrr.. jirus air laju-laju. Tapi yang basah muka aku jer. sampai sekarang abah tak tau wakaka....

ashley said...

Kak pah..
Yang dok buat kerja uh uh luag jamban ni, adik aku yang 10 tahun muda pada aku
..he he he..
Dia mungkin tak ingat, tapi aku ingat sangat la sebab ada satu hari tu gaya dia nak bertinggung tetiba ada SCORPION dok sapa dengan dia dengan penuh mesra alam..

Mujurk dia cerdik gak..dia sapa balik teguran tu..
'ape mende niiiii...'
TERUIH TAK JADI NAK UH UH..