Saturday, March 28, 2009

Time memancing

Salam,

Ini cerita dari satu sumber. Diceritakan semula pada aku.
Perihal seorang insan ini. Isu nak balik mengundi kat tempat dia membuang undi.

Pada musim pilihanraya yang lalu, si insan ini nak balik ke Kuala Terengganu untuk membuang undi. Dia balik satu keluarga.
Oleh kerana, perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kuala Terengganu itu memang jauh maka dia mulalah 'memancing' duit minyak untuk balik ke kampung.
Di tanya sana, diminta sini... maka hasilnya terkumpullah RM5000 untuk duit minyak balik ke Kuala Terengganu...
Fuyyooo..Banyak tu!!

Aku kata kat sumber yang beritahu tu, 'BIAG BETUI!!!'

Kata sumber itu,'Betul la tu..Duit ditabur macam gandum ditabur kat ayam jer kalau musim pilihanraya..Jangan tak tahu!!'

Aku kata lagi,' Apasal aku tak dapat pun duit minyak waktu balik untuk mengundi?'

Kata sumber tu,' Dah tak mintak...cuba mintak tengok.."

Aku kata, ' Tak tergamak la pulak nak minta sampai RIBU RIBU tu?? Ish..duit HALAL ke tu?"

Kata sumber, ' Sebab tu hang tak dapat sebab hang soal HALAL atau TAK..Orang bukan kira HALAL atau TAK sekarang ni..JANJI DAPAT!!"

Aku termenung...ISH!
Aku termenung duit tu dari sumber mana?

Pastu aku tanya lagi,' Insan yang balik tu dia mengundi siapa?'

Jawab sumber, 'Dia tak kisah..ikut suka hati dia nak undi sesiapa..'

Aku kata,'Oh! ye ker...'

Sumber itu cerita lagi. Pilihanraya kecil Kuala Terengganu baru ni, si insan tak balik.

Aku tanya, kenapa pula.

Jawab sumber,' Tiada siapa bagi dia duit minyak.'

Kemudian?

'Tiada duit minyak maka tiada undi..'

Oh gitu pulak?

hmmmmmmm.....sekian.

7 comments:

Nizam.Ariff said...

Cop dulu!

Nizam.Ariff said...

Aku salah seorang yang tak balik sebab sape nak bayar duit minyak + tol? Tapi, kalau aku balik pun bukan aku nak undi sesape. Aku tak daftar pun...saja memeriahkan majlis. Duit tu biasanya dari peruntukkan parti, diberi kpd orang cawangan untuk anak perantau yang jauh. Tapi, biasanya, org cawangan ni la yang sebat dulu, dia pas kat sanak sedara. Sehingga kini, aku tak pernah dapat pun duit minyak tu. Kalau tak silap, PRU12 dulu, sesape nak balik pantai timur pegi je kat PWTC tunjuk IC, kalau betul org sana, dia bagi duit poket RM300...aku bukan org pantai timur.

Cikgooden (Selumbar Emas). said...

undi rahsia. Duit minyak tak rahsia pulak!..ribu ribu?..tu sorang. jika ribu ribu orang?. dah ribu ribu ribu ribu ribu (disebut ulang2) dah kan?..he he he

kakpah said...

tak balik kampung ke tengok apa jadi kat bukit gantang.

ashley said...

Nizam,
pastinya aku bukan jenis rembat!

Cikgooden,
tadah tadah duit
pastu pi Hadyai..
sapa nak CHECK?
tak undi pun sapa nak tau?

Kakpah,
I ni busy la minggu ni..
I hantag hubby I je ler..
Lagi pun, I kan dok sibuk kat PWTC sekarang..
sedang pujuk Kak Pidah niii..

you ni laaaa..

GPI SKSV said...

Salam..
Ashley's hubby balik ke Nomination Day hari ni? Nape x sound.. leh tmpg sekaki.. kekeke..

ashley said...

SKSV,
sanggupkah anda tidur di rumah mertuaku?
ada hal hal keluarga dia kena settle..jadi he prefers to go alone.
But his brother, Ajib memang dok kat Kamunting sekarang. Kut nak lepak rumah orang bujang pun boleh.